networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, January 16, 2015

Syabas!!! MCA Janji Tadbir Urus Bantuan Pasca Banjir Lebih Telus...


Petang tadi telah berlangsungnya satu sesi sidang media Penyerahan Sumbangan oleh Persatuan Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) kepada sukarelawan banjir Crisis Relief Squad Of MCA (CRSM) bertempat di Wisma MCA...


Datuk Wee Ka Siong dan Dato Lua Choon Hann mewakili CRSM telah menerima sumbangan daripada Persatuan Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) bernilai RM12,000 dan 10,000 set alat tulis oleh pengeluar alat tulis terkemuka Pelikan hari ini di Wisma MCA...

Sehingga setakat ini Sukarelawan Crisis Relief Squad Of MCA (CRSM) telah berjaya menyampaikan bantuan lebih 1,000 tan barangan bantuan untuk mangsa banjir yang bernilai lebih daripada RM1.8 juta. Barangan tersebut berupa keperluan mangsa banjir seperti tilam, pakaian sekolah, selimut dan sebagainya.

Dato Lua Choon Hann, Ketua CRSM bekata ketika sidang media petang tadi " CRSM telah mulakan misi menghantar bantuan ke pedalaman kampung orang asli Gua Musang. Di Gua Musang mempunyai lebih kurang 20 perkampungan orang asli, kira-kira 200 keluarga dan 2000 orang penduduk kampung."

"Namun dalam misi kami baru-baru ini, kami hanya berjaya masuk ke 12 kampung tersebut kerana kereta 4WD yang kami bawa tidak mampu mengharungi keadaan jalan yang amat teruk. Oleh sebab itu kami menyeru pemilik kenderaan 4WD yang lebih tahan lasak dan mampu mengharungi keadaan jalan yang ekstrem untuk tampil menghulurkan bantuan kepada kami dalam misi penghantaran bantuan ke 8 lagi kampung orang asli yang tidak berjaya kami masuk tempoh hari", kata Lua lagi yang mengetuai misi penghantaran bantuan ke perkampungan orang asli 4 hari lepas.

Dalam artikel yang lepas, saya ada melaporkan tentang kesukaran dan cabaran yang terpaksa diharungi oleh sukarelawan CRSM dalam misi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir kepada orang asli..boleh rujuk di SINI..

CRSM memang menghadapi masalah untuk menyampaikan bekalan bantuan memancangkan kenderaan 4WD tidak mencukupi..memandangkan permasalahan ini, Timbalan Presiden MCA Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Ketua CRSM Dato Lua Choon Hann menyeru pemilik kenderaan 4WD untuk tampil menghulurkan bantuan kepada CRSM yang bertungkus lumus menghantar bantuan ke kampung orang asli di pedalaman Gua Musang, Kelantan.

CRSM telah menubuhkan bantuan banjir Pantai Timur sejak bencana ini melanda negara...perkara yang harus diteladani melalui MCA dan CRSM ini ialah, mereka telah berjanji akan mengemukakan hasil pungutan derma tabung tersebut dari masa ke semasa...

Langkah MCA ini harus dipuji..lebih bagus daripada parti Syurga PAS dan pembangkang yang lain..buat tabung bencana bukan main lagi..tapi tak pernah laporkan jumlah...akaun pun sumbang kepada nama parti...lepas tu senyap...duit entah ke mana...di situ saja kita dah tengok parti mana lebih telus...

Derma Banjir masuk akaun PAS
Akhbar lidah rasmi Penang lapor jumlah bantuan RM 1.5 juta..Guan Eng lapor RM 1,15 Juta
Kemana baki RM 350,000?
Rakyat yang menjadi mangsa penganiayaan petualang-petualang bertopengkan imej agama ni...dalam keadaan rakyat dalam kesusahan pun masih lagi ada orang nak ambil kesempatan...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA