networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, January 26, 2015

Tok Guru Pondok Diiktiraf Gelaran Dato'..Satu Pengiktirafan Untuk Ulama' Pondok...

Tok Guru Pak Teh Mat atau nama sebenar beliau Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Noor
Dipimpin erat Menteri Besar Kedah DS Mukhriz Tun Dr Mahathir
Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini institusi pondok telah mendapat perhatian oleh kepimpinan negara kita..baik dari strutktur organisasi, kemudahan dan terkini ulama' pondok pula menerima gelaran Dato'..

Ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri dan institusi beraja sentiasa peka dengan perkembangan pengajian pondok di negara kita..Di pihak kerajaan, YAB Perdana Menteri telah mencetuskan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) yang telah mengamanahkan kepada Dato Dr. Mashitah Ibrahim menjadi Pengerusi Eksekutif YPPM..Dalam pembentangan bajet 2015 yang lalu, sejumlah RM 25,000,000 telah diberikan oleh kerajaan untuk membangunkan Instutusi Pondok ini..

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyeru agar Pengajian Pondok ini didaftarakan melalui YPPM bagi memudahkan pemberian bantuan kepada institusi pondok ini..

Kerajaan negeri Kedah antara kerajaan negeri yang tidak meminggirkan institusi pondok ini, baru-baru ini, Tok Guru Pak Teh telah menerima Darjah Kebesaran D.S.D.K (Darjah Setia Diraja Kedah) yang membawa gelaran Dato'..

Tok Guru Pak Teh Mat atau nama sebenar beliau Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Noor, antara nama yang telah dicadangkan oleh MB Kedah, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir untuk menerima pingat ini..Pemilihan Pak Teh ini memuktikan bahawa kerajaan negeri Kedah turut mengangkat martabat Institusi pondok ini yang memberi sumbangan besar dalam dunia pendidikan agama di negeri Kedah..

Dengar khabar, Menteri Besar Kedah selalu merujuk ulama'-ulama' agama bagi mendapatkan pandangan mengenai corak dan acuan kepimpinannya...usaha yang dilakukan oleh negeri Kedah ini harus ditiru negeri lain bagi memartabatkan Institusi pengajian Pondok dan menegakkan Syiar Islam dalam kepimpinan...

Ulama'-ulama' ini perlu dijadikan tempat rujukan dan mereka seharusnya diasingkan daripada terjebak dalam kancah politik...nanti tujuan berdakwah akan lari...timbul pula golongan bertopengkan ulama' tapi memberi ceramah memporak perandakan pihak lain...Ulama' sebagai rujukan dan bukan medan melaga-lagakan parti politik..kesudahannya Agama Islam pula dijadikan alat menghalalkan cara..nauzubillah..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA