networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, January 17, 2015

Yayasan Mesra Guna "Secret Weapon" Galakkan Masyarakat Amal Gaya Hidup Sihat...


Masyarakat sekitar Felda Pasak hari ini berpeluang melibatkan diri dalam mengenali lebih dekat tentang keselamatan dan kesihatan diri mereka..Program berkonsepkan "Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera" ini dianjuran oleh Yayasan Mesra dengan kerjasama JKKK Felda Pasak serta agensi-agensi kerajaan seperti AADK, KEMAS, PDRM, Pejabat Kesihatan Kota Tinggi turut serta bersama masyarakat akar umbi bagi membantu mereka mendapatkan perkhidmatan dengan lebih rapat...

Program Mesra Sihat ini padat dengan beberapa acara sepanjang program berlangsung...antaranya ialah senamrobik, pertandingan mewarna, ceramah kesihatan, pertandingan masakan sihat, demo masakan sihat, dan taklimat keselamatan oleh Insp Devendiran a/l Paliniady dari Jabatan Siasatan...

Sepanjang program pada hari ini, pengunjung turut disajikan dengan pameran yang disediakan oleh pihak Pejabat Kesihatan, Farmasi, PDRM, LPPKN, AADK, JKM, SAWARI, Bank Muamalat dan Klinik Gigi..

Dibawah ini saya kongsikan gambar sepanjang program Mesra Sihat tadi..


Aktiviti Senamrobik pada awal pagi sebelum acara bermula..semua petugas pelaksana dan masyarakat turut serta memeriahkan senamrobik pada pagi tadi...


Si cilik dari Tadika Kemas sekitar kawasan Kota Tinggi menunjukkan bakat masing-masing dalam acara pertandingan mewarna yang dianjurkan...


Suri rumah turut tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat mereka memasak dan menghias menu...untunglah suami dapat isteri yang kreatif macam ni...walaupun dah kenyang tengok isteri hias hidang masakan pun boleh jadi lapar balik...hehe..


Ceramah kesihatan ini disampaikan oleh Puan Amirah Binti Mohamed Jalal, Pegawai Sans Pemakanan..Khusyuk mak cik-mak cik ni mendengar ceramah..apa tidaknya, Puan Amirah menerangkan kaedah penyediaan makanan yang seimbang...kuantiti makanan sehari dan makanan apa yang perlu dan makanan apa yang perlu dikawal...


Gambar bawah ini merupakan demo penyediaan makanan Sihat turut di sampaikan oleh Puan Amirah...


Pada sebelah petang, masyarakat di sini diberi taklimat keselamatan yang mana telah disampaikan oleh Insp Devendiran a/l Paliniandy dari Jabatan Siasatan Jenayah...

Antara info penting yang disampaikan Insp ini ialah kaedah menghadapi situasi cemas sekiranya mendapati rumah dimasuki pencuri..ramai yang tidak tahu, perkara yang pertama perlu dilakukan sekiranya terjadi insiden ini ialah melaporkan kepada Polis dan jangan sesekali mengusik barangan kes...




Pemeriksaan Gigi turut dlakukan ketika program tadi...



En. Fazli Bin Hj. Buyong, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mesra turut bermesra bersama masyarakat setempat ketika mengisi borang pendaftaran peserta...





Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Ahli Parlimen Kota Tinggi turut meluangkan masa bersama isteri,  Datin Zubaidah Kassim hadir pada program ini...Datuk Ehsan dan isteri melawat pameran, melakukan pemeriksaan kesihatan dan melawat pusat derma darah...








Datuk Ehsan mengingatkan penduduk setempat agar menjaga kesihatan dan memastikan kawasan rumah dalam keadaan bersih...beliau menuntut masyarakat sedar tentang bahaya dengi dan wabak e-coli..

Selepas ucapan, Datuk Ehsan menyerahkan kerusi sorong kepada 5 orang penerima yang layak dan memberi hadiah cabutan bertuah...





Program ini harus diteruskan dan perlu dilaksanakan di setiap kawasan perumahan dan Felda disekitar parlimen Kota Tinggi...jika Parlimen Kemaman boleh jadi pengurusan banjir contoh masakan tidak Kota Tinggi menjadi parlimen contoh masyarakat Mesra dan Sihat...Inilah Secret Weapon yang dimaksudkan.... Wallahu a'lam

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA