networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, February 28, 2015

Nepotisme Anwar Subur Dalam PKR...

1 comments

Sejurus mengetahui bahawa Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dijatuhi hukuman penjara 5 tahun secara tidak langsung telah melucutkan kelayakan Anwar Ibrahim sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya sejak 2008..pelucutan in dirujuk kepada Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000...

Tidak semena-mena muncul pula wajah baru yang sebelum ini tidak langsung terlibat dalam arena politik Malaysia..orang itu ialah Nurul Nuha, anak kedua Anwar..ramai meramalkan bahawa Nuha bakal dipertanggungjawabkan bertanding yang diibaratkan mereka sebagai kubu kuat yang telah dipertahankan Anwar dan legasi nepotismenya sejak 1982..

Jika tepat ramalan Nuha akan bertanding parlimen Permatang Pauh, ini menunjukan seolah-olah Parlimen Permatang Pauh hanya untuk keluarga Anwar..ketika Anwar dijatuhi hukuma penjara 1998, Isterinya Wan Azizah telah mengambil kerusi itu sehingga 2008, kemudian diambil semula oleh Anwar pada Ogos 2008 selepas Wan Azizah mengosongkan kerusi tersebut pada 31 Julai 2008 untuk memberi ruang kepada suaminya bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh pada Ogos, 2008.

Berkenaan dengan amalan nepotisme keluarga Anwar ini, Suka saya memetik tulisan Dr. Mashitah Ibrahim bertajuk "Amalan Nepotisme Segar Dalam PKR"

DALAM wawancara dengan BBC sekitar 2005, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap prinsip demokrasi, gerakan reformasi, keadilan, ketelusan dan keterbukaan. Seperti dijangka, jawapannya retorik dan sudah diulang banyak kali dalam banyak wawancara lain. Apabila ditanya tentang amalan kronisme dan nepotisme dalam PKR, termasuk meletakkan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2004, Anwar cuba mengelak dan memberi jawapan agak kabur. “That’s a close relationship, wouldn’t you say? You put your wife there and you say there’s no nepotism?” tanya Stephen Sakur, pengacara rancangan Hardtalk. 
Satu dekad kemudian, reformasi yang dilaung-laungkan masih tidak berlaku. Keadaan dalaman parti belum berubah kerana amalan nepotisme masih segar dalam PKR. Perjuangan parti ini tetap berkisar pada agenda peribadi Anwar serta kepentingan keluarga dan sahabat rapatnya. Dilaporkan bahawa Wan Azizah sekali lagi dipertimbang untuk dicalonkan bagi mempertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan secara undang-undang kerana Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen pada 10 Februari lalu. Wan Azizah pernah mengosongkan kerusi ini kononnya untuk menjaga cucu dan memberi laluan kepada Anwar bertanding kerusi sama, seterusnya menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. Selain Wan Azizah, anaknya Nurul Nuha juga disebut-sebut sebagai bakal calon.
Inilah budaya yang ada dalam PKR sekarang ini yang mengamalkan budaya nepotisme...

Parlimen Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (Nurul Nuha diramal bertanding pertahankan kerusi)
DUN Kajang - Wan Azizah
Parlimen Lembah Pantai - Nurul Izzah

Antara sebab mengapa Nurul Nuha dikatakan bakal bertanding Parlimen Permatang Pauh ialah wataknya kini mula diketengahkan ekoran perlantikan Nurul Nuha yang bakal memainkan peranan penting dalam kempen "March To Freedom"..Ini baru nepotisme dalam PKR, PAS dan DAP pun lebih kurang sama..walhal mereka inilah yang mempertikaikan BN dengan amalan nepotisme...

TERKINI! Harga Minyak Naik 25 Sen Bermula 1 Mac 2015....

0 comments

RM0.00 MINYAK NAIK-Harga petrol yang turun sejak tiga bulan lalu, naik 25sen seliter mulai 1 Mac. RON95/diesel RM1.95, RON97 RM2.25 seliter-Agendanews

Harga minyak untuk bulan Mac 2015 ini akan dinaikkan esok...suka para peniaga lepas ni untuk naikkan harga barang..bila harga minyak turun masing-masing  sonyap jer...huhu...

Terkini : TMJ Buat Kejutan Baru Untuk JDT...Pato Ganti Diaz..

0 comments

TMJ membuat kejutan baru untuk pasukan JDT apabila akan menjual Diaz dan menggantikan dengan pemain licik Pato yang pernah bermain bersama pemain terkemuka dunia Neymar..bawah ni kenyataan rasmi yang dipetik daripada lama rasmi facebook JDT

Saya ingin mengumumkan kepada semua penyokong Johor bahawa Jorge Pereyra Diaz kelak akan menyertai sebuah kelab dari Brazil. Kelab tersebut telah menawarkan utk membeli Diaz dari JDT. Tetapi saya juga ada berita lebih baik untuk dikongsikan bersama penyokong dan saya yakin ia akan memberi impak kepada pasukan kerana kami telah mengikat kontrak seorang pemain bola sepak Argentina yang bermain di sebuah kelab bola sepak Brazil iaitu Santos FC.


Beliau kini berusia 24 tahun. Saya sangat kagum dengan mutu dan corak permainan yang dimilikinya dan telah memerhatikan beliau semenjak tahun 2013 ketika semasa bermain bersama-sama Neymar. Saya juga turut merasa bangga kerana kini beliau akan menjadi aset pasukan JDT meskipun tempoh diberikan hanyalah berdasarkan pinjaman. Kami berharap akan dapat membeli beliau sepenuhnya selepas November 2015 kelak.

Mungkin ada hikmahnya perkara ini dan saya amat berbesar hati serta rasa gembira untuk menerima dia di dalam pasukan JDT. Beliau dijadualkan tiba di Johor pada 14hb March 2015, dan kami akan mengumumkan kepada penyokong JDT kelak. Kami juga akan membuat kejutan apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan April nanti.

Ini merupakan salah satu strategi pemasaran JDT dengan mengambil pemain muda bertaraf antarabangsa dan berharap dapat memberi sumbangan kepada kelab JDT dan semoga tawaran untuk pemain itu sendiri akan bertambah apabila berhijrah suatu hari nanti ke pasukan bola sepak tanahair.

Ikuti video yang dilampirkan https://www.youtube.com/watch?v=S_PvLb7lyi0

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Wednesday, February 25, 2015

Tindakan PERS1M Anjur Demonstrasi Merosakkan Nama Baik Pemandu Teksi.!

1 comments

Apa sudah jadi dengan Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M)?sampai nak buat demonstrasi aman dah macam himpunan bersih dah ni...guna tema gengaman tangan menunjukkan PERSIM sudah berani menentang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..jika SPAD berani ditentang tak mustahil akan datang PERS1M juga berani menjadi kumpulan penentang kerajaan kononnya mewakili suara pemandu-pemandu teksi...


Jika inilah acuan PERS1M, aku tidak terkejut jikalau PERS1M menjadi salah satu NGO yang bekerjasama dengan BERSIH untuk lakukan demonstrasi besar-besaran..,dengan gaya bahasa yang menghasut..melabelkan SPAD macam Israel...apa benda semua nih?bukan kah peranan PERS1M membela pemandu teksi dan menyokong SPAD dan Kerajaan..dahlah sudah lari dari matlamat..ini mahu meracuni fikiran pemandu teksi menentang kerajaan puka..

Gaya bahasa Persatuan yang kononnya membela pemandu teksi.,

Jom kita tengok apa tuntutan PERS1M ni....

Sebenarnya masih banyak lagi perkara-perkara yang sedang membunuh kerjaya kita seperti:

● Sengaja berkali-kali menangguh kenaikkan kadar tambang meter.

● SPAD memunipulasi pemberian 1000 permit individu oleh YAB Perdana Menteri kepada pemandu teksi.

● SPAD telah mencuri 1000 permit pemberian YAB Perdana Menteri kepada pemandu teksi dan hanya memberi pinjam kepada pemandu teksi selama 7 tahun.

● Membenarkan UBER, Blacklane, dan Grabcar mencabuli industri kita.

● SPAD mewujudkan Bas GoKL secara percuma untuk golongan berkempuan dan warga asing.

● SPAD membenarkan MIJ menzalimi pemandu teksi di KLIA dan Klia2.

● SPAD membenarkan promo App CAB2Klia oleh ‪#‎TaxiMonger‬dan ‪#‎MIJ‬ memburukkan imej pemandu teksi bermeter.

● SPAD membenarkan pihak-pihak tertentu memonopoli kawasan dan mengenakan caj bulan kepada pemandu teksi.

● Dan banyak lagi perkara-perkara yang sedang dan bakal membunuh kerjaya pemandu teksi.

Ternyata sungguh beremosi..baca saja yang pertama kita dah tahu yang mereka ni tidak memikirkan kepentingan pengguna...apakah mereka tidak terfikir yang sekarang harga minyak sudah kurang...dan agak keterlaluan bahawa mereka mahu menuntut kenaikan harga tambang...dalam situasi ini kita perlu bersama SPAD bagi mengekalkan harga tambang agar tidak dinikkan...

Apakah PERS1M ini membela pemandu teksi yang menyalahi undang-undang..menaikkan harga melampau..tiak guna meter..apakah tindakan terhadap pesalah ini tidak wajar..jika itulah tuntutan PERS1M maka industri teksi akan lingkup kerana membela pemandu teksi yang tiada integriti...kasihan saya kepada pemandu teksi yang bagus, baik dan berintegriti..nama mereka busuk kerana tindakan PERS1M ini...PERS1M tidak perlu merosakkan periuk nasi pemandu teksi lain...jika kurang pendapatan apasalahnya tambahkan peluang pendapatan dengan pengiklanan...lagi baik daripada demonstrasi aman...

Tuesday, February 24, 2015

Hubungan UMNO & PAS Semakin Akrab..Seteru Politik Pasti Tidak Duduk Diam....

0 comments

Sejak kebelakangan ini kita dapat rasa bahawa ada ruh penyatuan antara UMNO dan PAS...penyatuan ini pasti mendapat reaksi pelbagai dari masyarakat..

Khabarnya lebih ramai gembira berbanding yang tidak...semestinya pihak yang mempunyai kepentingan politik pasti tidak akan setuju dengan penyatuan UMNO-PAS yang ternyata mampu mengubah landskap politik Malaysia...apa tidaknya..jumlah pengikut setia kedua-dua parti ini sejumlah 64% komposisi penduduk negara ini..

DAP, PKR sudah tentu mahu sengketa UMNO dan PAS ini terus berpanjangan bagi memastikan keutuhan survival parti politik masing-masing...bahkan parti baru 'disenyawakan' PASMA cuba menggugat visi asas PAS mahu menubuhkan negara Islam juga telah mendapat tentangan hebat daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang telah mengisytiharkan perang ke atas PASMA...

Lantas ditepis cepat oleh PASMA menafikan parti baru ini tiada niat untuk merampas PAS...bukan kita tidak tahu...DAP dan PAS sebenarnya memang tidak sebulu..ada sahaja yang tidak kena antara parti Islam dan parti majoriti Kafir Harbi ini...

Umpamanya, bencana banjir baru-baru ini..seperti telah dirancang yang maha esa untuk menguji umatnya agar terus bersatu..sepanjang bencana ini, kita telah saksikan sendiri betapa eratnya hubungan kerjasama antara UMNO dan PAS bagi meringgankan beban rakyat...

Cadangan UMNO untuk tidak meletak kerusi di DUN Cempaka atas kematian penyandang Nik Aziz mendapat reaksi baik semua pihak....malah hubungan antara YAB Perdana Menteri Najib Razak dan Ahmad Yaakob Menteri Besar Kelantan disenangi semua...

Bak kata Dr Mashitah dalam tulisannya bertajuk "Hubungan PAS-PR Bercabang" hubungan akrab Perdana Menteri dengan Menteri Besar Kelantan telah mengingatkan kita keakraban Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Fadhil Noor, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan Nik Aziz...

Mashitah menegaskan suara dari kedua-dua pemimpin ini semakin sedap didengar dan perpaduan kian terjalin...kita lihat hari ini, hubungan PAS dan parti seangkatan pakatan berkecamuk..selain bercanggah pendirian dalam soal hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan..mereka juga tidak sekata dalam beberapa peraturan di Kelantan seperti penutupan premis pada waktu solat Jumaat dan penualan arak di kedai 24 jam di kawasan majoriti Melayu...

PAS juga kini dilihat sudah menjauhi perjuangan pajatan dan Anwar Ibrahim..penyokong PAS sudah tidak berkerumun pada hari keputusan kes liwat Anwar dan tidak berminat dengan demonstrasi anjuran PKR...

Kenyataan Dr Mashitah dalam artikel bertajuk Hubungan PAS-PR Bercabang ada banyak kebenarannya...anda boleh bacanya di SINI

MCA Anjur Majlis "Kai Gung" Kukuhkan Kemesraan...

0 comments

Siang tadi bertempat di Ibu Pejabat MCA, parti itu telah menganjurkan perayaan "Kai Gung"...acara ini merupakan adat tradisi masyarakat Cina pada perayaan Tahun Baru Cina yang mana acara utama ialah tarian gendang berirama..

Acara ini telah diketuai sendiri Presiden MCA, Dato Sri Liow Tiong Lai..Pada acara tersebut, satu kumpulan penari naga dan singa akan mempersembahkan tarian di hadapan pintu masuk..kemudian, pemimpin utama parti, Presiden dan Timbalan Presiden, Datuk Dr Wee Ka Siong memberi angpau kepada singa sebagai tradisi yang telah diamalkan masyarakat Cina...

Tarian ini telah menarik perhatian pelancong asing yang hadir..mereka tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama dengan Singa atau naga selepas persembahan selesai..

Mesej yang disampai melalui acara ini ialah untuk menyambut kemakmuran, tenaga positif, nama baik dan kesihatan yang baik untuk parti, pemimpin dan kakitangan sempena Tahun Baru Cina ini...seterusnya kumpulan tarian ini pergi ke setiap aras bangunan tersebut...

Acara ini secara tidak langsung berjaya memupuk ikatan yang lebih rapat antara kakitangan, kepimpinan parti..acara seterusnya disambung dengan meraikan kira-kira 50 orang kakitangan dari Ibu Pejabat MCA dan Koperasi Jayadiri (Kojadi) dalam jamuan makan tengah hari yang mana mereka turut melakukan "Yee Sang" bersama-sama..

Selain Presiden dan Timbalan Presiden, antara pemimpin MCA yang hadir ialah Setiausaha Agung Dato 'Seri Ong Ka Chuan, Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat.


Monday, February 23, 2015

Mahfuz Nak Telefon Sirul...Telefon Tak Dapat!!Mahfuz Buat Maharaja Lawak Mega!!Kahkahkah!!

0 comments

Ini serius lawak..lebih lawak dari Maharaja Lawak Mega!kahkahkah!

Mahfuz nak telefon Sirul..Sirul tak dapat dihubungi...kahkahkah!

Mahfuz nak buat Teleconferens..Teleconferens tak jadi!!!Kahkahkah!

Wartawan datang nak dengar Suara Sirul...Sirul tak dapat dihubungi!kahkahkah!

Mahfuz panggil media datang dengar suara Sirul...media datang..suara tak ada !!!!kahkahkah!!!!

Sidang media ramai yang datang..sidang media batal!kahkahkah!!

Mahfuz nak buat lawak macam maharaja lawak..lawak jadi!kahkahkah!!!

Aku bagi 5 bintang untuk Mahfuz...kahkahkahkah...Ini betol-betol lawak...

Adios!



Sunday, February 22, 2015

Simpati Terhadap Waris MH370..MCA Beri Layanan Baik....

0 comments
Biarpun dalam keadaan sedih atas kehilangan ahli keluarga,
Waris MH370 ini tetap diraikan dalam Majlis Rumah Terbuka
Tahun Baru Cina di Wisma MCA kelmarin..
Waris mangsa MH 370 yang hadir di perkarangan Wisma MCA ketika Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang lalu diberi layanan istimewa oleh Presiden Parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai apabila bersetuju untuk bertemu dengan mereka..namun atas kekangan masa pertemuan tersebut terpaksa ditangguhkan dan waris mangsa yang hadir dijemput untuk bersama menikmati juadah yang telah tersedia...

Namun, layanan istimewa ini telah disalah erti apabila ada pihak menuduh Presiden Parti MCA langsung tidak memberi layanan atau mengabaikan waris mangsa MH 370...

Tujuan waris ini hadir di Wisma MCA ini mahu berjumpa dengan Presiden MCA..Mendapat tahu bahawa waris MH 370 ini berkumpul di perkarangan Wisma MCA...seorang wakil MCA telah menjemput rombongan ini menikmati juadah dan masuk...namun mereka tidak memilih untuk masuk atas alasan takut 'terputus komunikasi'..lalu petugas MCA memberikan tisu dan air bagi menenangkan mereka.,,

Bila ditanya mengenai tujuan mereka...salah seorang wakil menjawab mereka mahu berjumpa dengan DS Liow..Presiden MCA bersetuju untuk berjumpa namun mungkin atas kekangan masa beliau terpaksa bergegas ke satu Majlis lain di Melaka..layanan yang diberi oleh MCA amat baik sekali..semua waris MH370 ini akur dan masuk ke Wisma untuk menjamu makanan yang disediakan...

Atas dasar perikemanusiaan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang bersetuju bertemu waris ini namun tertangguh kerana kekangan masa mungkin boleh aturkan pertemuan tertutup antara waris terdekat yang hadir ini pada hari lain yang sesuai...

Semua pihak harus memahami perasaan waris MH370...emosi mereka masih terkesan dengan kehilangan orang yang tersayang..ajal dan maut itu aturan tuhan..untuk rekod..Malaysia telah mengerahkan segala usaha dalam misi mencari dengan bantuan negara luar...Sehingga ke hari ini, pesawat malang MH370 itu masih tidak dijumpai...


Teleconference Sirul Azhar - PAS Tersalah Sirul?

1 comments

PAS kelmarin dengan bongkaknya akan menjadi penyiar rasmi teleconference bersama Sirul..Mahfuz Omar mendakwa dengan gah yang dia akan menggunakan telefon bimbitnya selama 15 minit untuk menghubungi Sirul Azhar yang disabitkan hukuman gantung dalam kes Pembunuhan Altantuya...

Dakwa Mahfuz..wartawan boleh bertanya apa sahaja soalan dalam tempoh 15 minit yang tidak dinyatakan akan dilanjutkan jika mengikut keperluan yang memerlukan teleconference itu dilanjutkan..

Itu dakwa PAS...

Namun, Jabatan Imigresen Australia menafikan khabar bahawa Sirul akan ditemuramah Media...perkara ini dinafikan sendiri oleh Menteri Imigresen Australia, Peter Dutton yang berkata "Jabatan itu tidak membenarkan temu ramah di dalam pusat tahanan atas sebab-sebab operasi..

Persoalannya Autralia sudah menafikan dan jika mahu media perlu mendapatkan kelulusan pihak tertinggi..kenapa pula PAS sudah mencanang mereka akan menjadi penyiar utama sedangkan tiada sebarang kelulusan..apakah PAS tersilap SIRUL untuk dihubungi..nanti bila tak berjaya anjurkan telekonferense tu senang jer puak ni punya kerja..hanya salahkan UMNO!haha...

Saturday, February 21, 2015

Selangor Gigit Jari..JDT Tambat Gergasi Merah Kuning..

2 comments

Impian Selangor menumpaskan JDT di gelanggang keramat mereka tidak kesampaian apabila JDT, jaguh dari Selatan itu mengikat gergasi Merah kuning dengan jaringan 1 sama...

Selangor sebaik sepak mula dengan lagak hebat menjaringkan gol pada minit pertama atas jaringan kebetulan oleh Andik pemain dari Indonesia...

Langkah garang Selangor semakin kendur sebaik sahaja bermula separuh masa kedua apabila Jaguh dari Selatan tanah air itu mengikat pergerakan kesemua pemain Selangor...pemain Selangor yang nampak sedikit nakal sering kali mengusik pemain JDT...

Impian Selangor musnah apabila Figueroa menjaringkan gol penyamaan pada minit 63..tamat perlawanan berkesudahan seri 1 sama...

Tahniah JDT...Luaskan kuasamu!

Rakyat Malaysia Menyertai Militan Atas Alasan Jihad Harus Dikekang!

0 comments

Jika ada yang mengikuti perkembangan mengenai kerisauan Dr Mashitah Ibrahim tentang anak muda Malaysia yang melibatkan diri dengan kegiatan militan di timur tengah pasti anda akan sedar betapa teguran tersebut bukan hanya omong-omong kosong...

Beliau pernah menegaskan bahawa institusi pendidikan pondok bukan agen latihan untuk melahirkan militan agama untuk berjuang di timur tengah namun sebaliknya lebih besar dari itu yang mana institusi pondok harus dimartabatkan untuk melahirkan generasi murabi masa hadapan..namun kenyataan tersebut sering kali diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atas kapasiti keuntungan politik murahan..golongan yang suka mengambil kesempatan ini acap kali memutar belitkan kenyataan sebenar dengan mendakwa Dr Mashitah sengaja "Cari Pasal" dengan menuduh pendidikan Pondok melahirkan militan atas alasan mahu mengumpulkan sekolah pondok menyertai Yayasan Pembanggunan Pondok Malaysia...itu tidak benar!

Kun Fa Ya Kun..jika Allah SWT kata jadi maka jadilah..semakin hari banyak kenyataan yang keluar dari bibir Dr Mashitah menampakkan kebenarannya..Beliau pernah menegaskan bahawa pemikiran untuk mencari jalan mudah menuju syurga bukan melalui berjihad dengan cara menyertai militan...pemikiran ini harus diubah dan jangan disalah tafsir..jika kita memikita memikirkan bahawa dengan berjihad menyertai militan mampu ke syurga itu sebenarnya bukan kita menegakkan agama Islam malah lebih teruk dari itu apabila masyarakat dunia akan memupuk pemikiran "Islam Fobia" dalam kalangan mereka..
Kekeliruan dan kurang kefahaman ini berpunca daripada salah tafsiran, yang kemudiannya boleh mencetus masalah berkaitan kestabilan dan keselamatan. Ada orang Islam yang bertindak ganas, menjadi jihadis atau pengebom berani mati, memerangi dan membunuh saudara seagama atas nama Islam, atau kerana ingin mati syahid untuk masuk syurga. 
Tapi hakikatnya kena faham betul-betul. Jihad kalau dipupuk dengan cara yang betul akan menjadikan seseorang itu serius dan bersungguh-sungguh melaksanakan tuntutan Islam dalam segala aspek kehidupan. Tapi jika diselewengkan maknanya, ia boleh menjadi ancaman dan menyemarakkan lagi Islamophobia dalam kalangan Barat dan hanya akan meng’iya’kan label terroris pada umat Islam. - Dr Mashitah Ibrahim
Baru-baru ini pihak Polis telah mematahkan percubaan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun untuk ke Mesir dalam usaha menyertai militan IS di Syria. Remaja itu telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pada tahun lalu juga kita dikejutkan dengan kes yang sama apabila seorang wanita berusia 23 tahun telah ditahan di KLIA..

Ini amat merisaukan kita, bayangkan seorang remaja yang sepatutnya berada di tingkatan 2 terlalu berani untu bertindak sedemikian setelah terpengaruh dengan fahaman ekstrimis ini yang mudah dipengaruhi oleh 2 kenalan melalui laman facebook...mereka ini mudah terpengaruh apabila erti jihad agama telah disalah tafsirkan hanya melalui pergerakan militan agama..

Bila ada pihak yang ambil perhatian hal ini dengan menegur ada pula defend kenyataan tersebut merupakan tindakan "cari pasal"..bila perkara ini benar-benar terjadi, apakah pihak yang mempertikaikan teguran tersebut membetulkan salah faham mereka?jawapannya tidak..mereka hanya mendiamkan diri..ini secara jelas betapa kita sebenarnya mudah terdedah dengan fahaman mempertikaikan apa sahaja usaha menjaga umat Islam di Malaysia..golongan ini mendakwa mereka sahaja mempunyai kuasa mutlak membawa arus perubahan Islam yang sebenar dan menjanjikan syurga jika kita mengikuti fahaman politik mereka...

Islam sebenarya lahir dari hati dan bukan lahir dari mempertikaikan usaha orang lain..Islam itu ajaran dan jangan sesekali kita mempolitikkan agama sehingga usaha baik dipertikai dan bila kebatilan mula menjadi perkara realiti mereka sunyi sepi...apakah ini hala tuju kita?fikir-fikirkan....

Friday, February 20, 2015

Gambar #CNY : Majlis Rumah Terbuka MCA Pusat Disambut Meriah!

0 comments

Sambutan Tahun Baru Cina semalam disambut meriah di seluruh negara dalam keadaan sederhana.

Bagi meneruskan acara tradisi ini, MCA pusat telah menganjurkan sambutan rumah terbuka bertempat di Wisma MCA, Jalan Ampang..Dalam majlis semalam, kita dapatnsaksikan bahawa keharmonian antara kaum kekal terpelihara di Malaysia biarpun ada beberapa pihak tidak bertanggungjawab mahu meracuni fikiran rakyt dengan anasir subversif...

Pada majlis rumah terbuka semalam, Datuk Seri Liow Tiong Lai ditemani isteri Datin Sri Lee Sun Loo dan Datuk Wee Ka Siong ditemani isteri Datin Jessica Lim meraikan kenalan politik dan masyarakat berbilang kaum..

Antara tetamu kehormat yang hadir semalam ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor..Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman..Presiden MIC, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel tidak melepaskan peluang menghadiri majlis semalam...

Turut hadir pada majlis semalam ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam serta Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz.

Pada majlis tersebut..pemimpin-pemimpin komponen parti BN yang hadir telah menggaul salad ikan mentah 'yee sang,'..Yee Sang merupakan hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina...

Bertuah rasanya hidupndi negara yang harmoni..setiap kali tiba hari perayaan, pasti ada rumah terbuka dari parti pemerintah...ini menunjukkan masyarakat Malaysia aman dan harmoni...

Berikut ialah beberapa keping gambar sepanjang Majlis Rumah Terbuka Semalam..








Organisasi Tidak Profesional..TMJ Letak Jawatan Penasihat FAM..

1 comments


SAYA TIDAK MAHU JADI SEBAHAGIAN DARIPADA ORGANISASI YANG TIDAK ADIL & TIDAK PROFESIONAL - DYAM TMJ

Saya mempunyai satu impian. Satu impian dan idea yang menjadi pegangan saya, dan ianya satu impian dan idea yang saya sanggup berkorban untuk mencapainya. 

Satu impian di mana suatu hari nanti badan pentadbir bolasepak Malaysia akan dikendalikan oleh golongan yang berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bolasepak, dan bukannya ditadbir oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik. 

Saya impikan bahawa suatu hari nanti, persatuan-persatuan bolasepak diuruskan oleh mereka yang profesional. Saya impikan suatu hari nanti, para penyokong bolasepak tempatan lebih bertamadun dalam menyokong pasukan masing-masing dan tidak berbalah sesama sendiri. 

Saya mengimpikan setiap pasukan dilayan secara adil. Hanyalah bolasepak, permainan yang indah, tiada politik. 

Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bolasepak tempatan. Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya sebagai penasihat FAM.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Mahkota Johor

Thursday, February 19, 2015

YPPM Bakal Tubuhkan Koperasi Untuk Sekolah Pondok...

0 comments

Bertepatan dengan matlamat penubuhannya, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) kini bakal melangkah setapak lagi usaha menaik tarafkan pembangunan Sekolah Pondok Malaysia..kali ini, dengar khabarnya Yayasan ini bakal menubuhkan sebuah koperasi untuk semua pondok di Malaysia...

Bila disebut Koperasi sudah tentu matlamatnya mahu memberi keuntungan kepada ahli..Setakat ini, perbincangan telah mencapai kata sepakat untuk ditubuhkan..Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah YPPM baru-baru ini semua ahli mesyuarat telah sepakat untuk meneroka peluang baru penubuhan koperasi..Lembaga Pengarah sekarang ini sedang laksanakan kajian tentang cadangan ini dan mendapatkan pendapat semua pihak untuk direalisasikan...

Pengerusi Eksekutif YPPM, Dato Dr Mashitah Ibrahim berpendapat "Matlamat penubuhan koperasi ini ialah untuk membolehkan pembabitan YPPM dalam sektor komersil bagi kepentingan ahli koperasi. Jika ada keuntungan daripada penyertaan dalam bidang keusahawanan dan pelaburan, ia boleh disalurkan kepada semua ahli dalam bentuk dividen"

Memang amat baik sekali cadangan ini, barulah ianya memenuhi indikator Sekolah Pondok yang mementingkan berdikari dalam pembangunan sekolah Pondok..sebelum koperasi ini dilaksanakan, terlebih dahulu YPPM perlu mengemas kini direktori pondok yang dihasilkan pada julung kalinya tiga tahun lalu. Seterusnya, menghasilkan satu data lengkap mengenai status pondok di Malaysia untuk diserahkan kepada Kementerian Pendidikan..

Jika semuanya berjalan lancar, ia akan memudahkan kerajaan menyalurkan dana RM 25 juta kepada sekolah-sekolah pondok sepertimana yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri yang juga Penaung YPPM sewaktu membentang Belanjawan 2015 Oktober lalu...

Adakah Sita Teksi Tidak Guna Meter Mendidik Pemandu Lebih Integriti?

0 comments

Sebut sahaja pasal teksi rata-rata yang pernah menggunakan perkhidmatan ini pasti resah tentang penetapan harga...takut ditipu...tidak guna meter...jika guna meter pemandu sengaja bawa laluan jauh..macam-macam lagi kerenah yang kita dengar dari ragam pemandu teksi yang tiada integriti..

Dek kerana masalah pemandu teksi yang beberapa ketul ni janganlah kita terus melabel semua pemandu teksi itu teruk...sama juga dengan penjawat awam terima rasuah...kerana beberapa kes kita tidak boleh menjatuhkan hukuman semua penjawat awam menerima rasuah...

Pemandu teksi yang disaman, disita kerana tidak menggunakan meter ini kita kerap dengar di peti televisyen dan media massa..malah semua pemandu teksi mengetahui akan kesalahan tersebut...apa yang patut dan tidak patut dilakukan sebagai pemandu teksi..namun kenapa masalah pemandu teksi tidak mengguna meter masih lagi berlaku?

Nak salahkan pihak berkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak menjalankan operasi kah?atau undang-undang terlalu longgar sehingga pemandu teksi berani sewenang-wenangnya tidak menggunakan meter...Untuk rekod, pada tahun lalu sahaja sebanyak 24,000 aduan kesalahan dilakukan pemandu teksi diterima yang mana sebanyak 40 peratus daripadanya melibatkan teksi tak guna meter.

Pada tahun ini bermula 21 Jan hingga 12 Februari, SPAD telah menjalankan "Ops Tegas" yang mana mencatatkan sebanyak 82 buah teksi telah disita kerana kedegilan pemandu teksi mematuhi undang-undang tidak menggunakan meter. Sepanjang tempoh operasi ini, SPAD menerima laporan membabitkan 481 kes kesalahan penetapan kadar tambang, enggan ambil penumpang dan tiada kad memandu.

Sejurus tamat Ops Tegas, Ketua Pengawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, pihaknya memberikan tumpuan kesalahan teksi tidak menggunakan meter kerana menerima aduan tertinggi.

“Kita pandang serius perkara ini bagi menaikkan imej pengangkutan awam selain meningkatkan integriti dan prestasi terhadap orang awam. Kita turut menyamar bagi mengesan pengguna teksi yang gagal patuhi peraturan di beberapa lokasi ‘panas’ seperti pusat beli-belah di Kuala Lumpur dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT),” katanya lagi

Ketua Unit Penguatkuasa SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad yang ditemubual turut menyatakan pihak SPAD bertegas terhadap kes kesalahan pemandu teksi melanggar undang-undang.
"Cara paling berkesan sekali ada lah dengan merampas teksi mereka , dan kami tidak akan kompromi dalam hal ini” kata Che Hasni.


Ketegasan pihak SPAD ini mendapat reaksi berbeza daripada Pengerusi Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputera (PERBUMI) yang mendakwa tindakan SPAD menyitar dan mengantung lesen pemandu teksi yang melanggar undang-undang adalah keterlaluan.

Pada hemah saya, undang-undang yang ada sekarang ini cukup tegas namun pemandu-pemandu teksi ini tidak pernah serik..setiap kali operasi dan penyamaran dilakukan pasti kesalahan rutin tidak mengguna meter dapat dikesan.

Sebagai pengguna, kita memerlukan perkhidmatan teksi yang berkualiti. Bila masalah rutin ini sentiasa berlaku, masyarakat semakin hari akan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan teksi biarpun yang buat onar hanya beberapa pemandu sahaja.. pemandu-pemandu ini memang sudah tahu akan undang-undang tetapi mereka masih lagi lakukan masalah yang sama..pandangan saya, SPAD perlu melancarkan kempen seperti "Saya Pemandu Integriti" atau seumpanya..pemandu-pemandu ini perlu diberi kursus tentang kesedaran integriti..

Golongan pemandu ini perlu dikembalikan roh integriti dalam perkhidmatan mereka..barulah mereka akan amanah ketika berkhidmat...

#CNY - 3 Harapan Datuk Seri Liow Tiong Lai Sempena Tahun Baru..

0 comments

Sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai harapan tersendiri bagi memastikan kemakmuran Malaysia ke satu tahap yang lebih matang..dalam perutusan Liow sempena Tahun Baru Cina, beliau telah menekankan 3 harapan yang mana prospek tersebut merangkumi :
  1. Kejayaan dalam sektor ekonomi negara yang mapan
  2. Perpaduan solidariti dalam politik berteraskan kesederhanaan demi generasi masa depan negara
  3. Pengukuhan dalam bidang pendidikan bagi memupuk masyarakat yang patriotik

Ketiga-tiga impian ini bukanlah perkara yang sukar dicapaikan..asas untuk merealisasikan impian ini terletak dalam individu sendiri yang mana perlukan kemajuan dalam bidang ekonomi, perpaduan dan pendidikan..Batu asas merealisasikan impian ni perlukan kesedaran dan menjaga sensitiviti semua masyarakat tanpa perlu menyentuh hal-hal sensitif sehingga menganggu gugat kestabilan sosial..

Setakat ini, MCA telah melancarkan kempen ‘Stronger Together’ yang mana kebersamaan dalam setiap aspek kehidupan perlu bagi memelihara perpaduan seterusnya mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang bangsa di Malaysia..

Perutusan Presiden MCA ini, jika diamati beliau tidak suka akan perselisihan dan lebih berpandangan kehadapan dengan 3 teras harapan menjadi nadi setiap individu...buktinya ketika negara kita dilanda musibah banjir baru-baru ini, masyarakat Malaysia sebenarnya mempunyai kesedaran ekstrinsik membantu mangsa banjir ini dari berbagai bentuk bantuan..kebersamaan ini sudah wujud namun sebagai masyarakat yang hidup dalam kepelbagaian bangsa kita perlulah menyedari betapa pentingnya menjaga sensitiviti orang lain...

Masyarakat kita lebih peka terhadap sesuatu isu kecil yang digembar gemburkan sehingga menjadi viral..dalam pada kita menumpukan anasir subversif ini, kita sebenarnya telah membiakkan virus ketegangan dalam masyarakat..disebabkan hal ni, Datuk Seri Liow mengingatkan bahawa zaman teknologi ini perlu berhati-hati dan lebih sedar akan domain afektif bagi menjaga perasaan semua masyarakat...beliau menegaskan agar masyarakat tidak ekstreme dalam sesuatu perkara menjurus kepada kehancuran negara...

Mengenai perkembangan ekonomi semasa negara, Liow telah meminta semua rakyat Malaysia bersolidariti dan percaya akan kewibawaan YAB Perdana Menteri untuk menangani cabaran ekonomi akibat penurunan harga minyak dunia..YAB Najib Razak telah menyemak semula belanjawan 2015 bagi menyelia kesesuaian dengan ekonomi negara menghadapi tekanan ekonomi dunia yang tidak menentu...

Sempena tahun baru Cina yang juga dikenali tahun Kambing, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina..semoga tahun ini akan memberi harapan baru yang lebih segar kepada masyarakat ini meneruskan legasi tradisi kekeluargaan yang mereka amalkan...saksikan video ucapan DSLTL sempena Tahun Baru ini...

HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!



Wednesday, February 18, 2015

Perangkap Laju Banyak Musim Perayaan!Pandu Cermat Jiwa Selamat!

1 comments


Macam-macam skill anggota polis trafik sekarang nak pastikan pemandu-pemandu mematuhi had laju...ada di dalam longkang..ada yang sanggup menggadai nyawa panjat bukit..dan ada yang sanggup menyelit di celah-celah kedai buah-buahan..ini merupakan pengorbanan anggota polis untuk memastikan pemandu mematuhi had laju...

Dah tahu ada banyak speed trap..masih lagi mahu memandu laju..bila dah kena saman tak terima kenyataan..tahu pula marah salahkan kerajaan...undang-undang langgar tak apa...jadi di musim perayaan ni pandulah cermat...berhati-hati di jalan raya...




Pihak Penjara Dedah Rahsia Banduan Cerewet Diberi Keistimewaan...

1 comments

Kenapa banduan cerewet tidak bergari?kenapa dia tidak pakai pakaian banduan?kenapa banduan tu boleh pakai telefon di penjara?

Akhirnya pihak penjara tampil mendedahkan perkara sebenar berikutan tuduhan dan pertikaian nitizen terhadap banduan cerewet Anwar Ibrahim..sebenarnya layanan Penjara kepada banduan adalah sama cuma Anwar ini saja mengada mahu diberi keistimewaan...tang keistimewaan diri dia boleh pula dia minta..keistimewaan orang Melayu dia nak hapuskan..sepatutnya sabagai pejuang keadilan..Anwar perlu diberi layanan sama rata dengan banduan lain...baru lah adil dan saksama!

Tak ley kena gigit nyamuk...manja!

Anwar Banduan Cerewet..Kalau Nak Selesa Bukan Penjara Namanya!

1 comments

Macam-macam kerenah kita dengar dari tentang keadaan Anwar di penjara..seolah-olah mahu menunjukkan pihak penjara gagal jaga kebajikan Anwar di penjara...dia fikir banduan nak dijaga macam raja agaknya...

Inilah susahnya jaga banduan politik...semua hendak selesa...dari awal masuk lagi anak beranaknya sudah mainkan sentimen simpati...

Anwar takut lipas...badan Anwar kurus...tidurnya diganggu nyamuk..alahai orang bandar rupanya..elitis Anwar dan anak beranak terserlah apabila menceritakan kesusahan di penjara...jika Anwar sengsara di penjara..ramai lagi rakyat yang hidup menderita di Permatang Pauh tu...

Naik muak pula aku dengar bininya mintak penjara sediakan tandas duduk..jijah dakwa tandas cangkung tak sesuai untuk Anwar..wah..melancung sana sini boleh..berbasikal boleh..bila tandas cangkung merengek tak sesuai..jika alasan fizikal Anwar tak sesuai  eloklah dia bersara secara terhormat dalam politik..fizikalnya pun dah tua...nak cangkung xboleh  nyamuk gigit tak boleh...

Bini request tilam 2 inci...nasib baik tak mintak tilam 4 INCI..atau Vono...haha...susah jaga situa kutuk ni masuk penjara..ada saja xkena...

Nyamuk,tilam,jamban,kurus sudah..lepas ini apa?

Tuesday, February 17, 2015

Harga Tambang Bas Kekal Biarpun Menerima Tekanan Untuk Dinaikkan.. @SPADChannel

0 comments

Akhirnya kerisauan rakyat mengenai kenaikan tambang bas ekspres sebanyak 30% terjawab apabila Pengerusi Suruhanya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan harga tambang akan dikekalkan..

Biarpun harga minyak kini turun, Tan Sri Syed menjelaskan bahawa penurunan harga minyak bukan asas untuk menurunkan harga tambang kos bahan api hanya sekitar 11-20% sahaja...terdahulu pengusaha-pengusaha bas ekspress meminta kerajaan mengkaji semula harga tambang bas ekspres untuk dinaikkan berikutan kenaikan kos operasi yang sentiasa meningkat...

Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express Sdn Bhd, Abu Bakar Mohamad berkata, dengan bebanan kos operasi hari ini, pengusaha memerlukan tambang bas ekspres dinaikkan daripada harga semasa.

Perkara ini sudah lama dalam pertimbangan pihak SPAD..para pengusaha menuntut agar harga tambang dinaikkan..namun selaku sebuah suruhanjaya yang mengepalai pengangkutan awam darat, pihak SPAD perlu memikirkan kepentingan pihak pengguna juga...

Nanti kalau diikutkan kata para pengusaha Bas ekspress...pengguna pula terbeban kerana kenaikan harga tambang..mulalah nak salahkan BN tak peka ekonomi rakyat...bila harga dikekalkan, para pengusaha bas ekspress pula merasakan tidak adil bagi mereka....kali terakhir tambang bas disemak pada Julai 2009 bagi mengimbangi kos diesel (yang ketika itu) berharga RM2.58 seliter...

Biarpun harga minyak sekarang ini pada kadar yang rendah, Pengarah Eksekutif Pentadbiran dan Undang-Undang Konsortium Mutiara Bhd Naemah Ya’acob berpendapat “Pengusaha berdepan dengan faktor gaji minimum pekerja, penambahbaikan dalam mutu perkhidmatan, peningkatan caj servis bulanan kenderaan, aspek keselamatan penumpang dan sebagainya,”..

Harga bahan api hanya melibatkan kos lingkungan 11-20 peratus..selebihnya kos operasi...sebagai pengguna pula kita mahukan harga tambang yang berpatutan dan mutu perkhidmatan yang cekap dan selesa..namun dipihak pengusaha bas berpendapat, bagi menjaga kualiti perkhidmatan dan keselesaan penumpang, mereka mahukan kerajaan menaikkan harga tambang sebanyak 30%..

Bagi mencari kata sepakat, buat masa ini tidak sesuai menaikkan harga tambang bas kerana kos bahan api pada paras rendah ketika ini..jadi kerugian untuk kos operasi boleh lah ditokok daripada harga bahan api yang murah ketika ini...sekiranya harga minyak naik pada kadar biasa seperti sebelum ini, kerajaan melalui SPAD boleh memikirkan langkah yang sesuai bagi memastikan keselesaan dan mengekalkan kadar tambang yang berpatutan..

Monday, February 16, 2015

@NgaKorMing Pening Mahu Orang Melayu Mengaku Rakyat Malaysia...

2 comments

Apa sudah jadi dengan otak Nga Kor Ming..mahu Melayu mengaku mereka rakyat Malaysia...bila orang Melayu mahu saja dihapuskan keistimewaan sebagai tuan tanah..orang Cina dan India tidak pula dicakap mahu di mereka mengaku rakyat Malaysia...

Aiyak apek...kita semua 1 Malaysia ma...u Bangsa Cina tapi u rakyat Malaysia..wa Melayu..wa rakyat Malaysia...orang India pun mengaku dia rakyat Malaysia...statement Nga Kor Ming ini tidak lebih hanya bersifat perkauman...mahu memecah belahkan bangsa Melayu Cina dan India..kita semua Malaysian..

Atau Nga Kor Ming malu mengaku dia rakyat Malaysia?we are One Malaysia maaa...aiyak!

Sunday, February 15, 2015

Penyokong Anwar Lakukan Vandalisme Di Ibu Kota..@PDRMsia Sila Tangkap Budak Ni!

1 comments



Penyokong taksub Anwar yang melakukan kekecohan di Ibu Kota dikesan merosakkan harta awam dengan menconteng dinding dan kenderaan polis harus ditangkap Polis...mencemarkan imej negara..inilah level penyokong pembangkang...bila dah jadi macam ni macam2lah andaian mereka nak lepas tengkuk masing-masing...tuduh kerajaan upah SB buat kerja terkutuk...lihat saja Bersih..bila kenderaan polis terbalik masing-masing tak mengaku...

Pihak polis harus bertegas dalam hal ini..sesiapa yang mengenali mamat ni sila laporkan kepada pihak polis..mencemarkan imej negara!mereka ni harus disumbatkan sekali bersama Anwar..nak sangat masuk penjarakan...



Datuk Ehsanuddin Tempelak Pemimpin PAS & DAP Tentang Isu Pilihan Raya PBT..

0 comments

Pergolakan pendapat antara pemimpin PAS dan DAP bukan perkara baru..mereka ini memang tidak sehaluan..namun masih lagi bersama dalam Pakatan Rakyat..biarpun bahtera mereka retak menunggu belah, atas dasar musuh utama iaitu Barisan Nasional..yang kotor pun mereka kata BERSIH...sudah meludah pun sanggup jilat balik asalkan dapat menghancurkan Barisan Nasional..


Tentang isu cadangan DAP untuk membuat Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan, Nik Abduh mencerca kewibawaan sistem pilihan raya kononnya pilihan raya ini amalan barat dan tidak relevan..Nik Abduh dengan angkuhnya mengatakan "agar tidak merajakan jalan raya untuk menegakkan keadilan..katanya parti PAS menolak mentah-mentah cadangan pilihan raya parti bukan datang dari presiden PAS namun datang datang dari Parti"

Mungkin Nik Abduh lupa siapa yang sebenarnya merajakan jalan raya
Mereka bergaduh, dalam pergeseran itu tak semena-mena sistem beraja pula hendak disalahkan dengan kewajaran ditukar untuk menegakkan keadilan..ini memang sikap mereka..bergaduh sesama sendiri tiba-tiba salahkan orang lain..Nik Abduh bukan baru ini kita kenal..dia ni bukan pandai mana pun...cakap pun ikut sedap hati saja...bawah ini saya share kembali bagaimana ucapan Nik Abduh yang saya fikir memang memalukan PAS..


Melihat akan perkara ini, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid. Ahli Parlimen Kota Tinggi JDT telah menempelak pemimpin PAS ini yang cakap sungguh merapu...ikuti statement beliau di bawah yang saya petik dari portal BNBBC
Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz yang ingin menukar sistem beraja jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang tidak banyak mengetahui tentang sejarah Malaysia, kata Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Jelas Ahli Parlimen Kota Tinggi Johor itu, adalah tidak wajar Nik Abduh membuat kenyataan sedemikian hanya kerana pergaduhan melibatkan parti PAS dan DAP.

ehsannuddinKatanya, masalah tersebut seharusnya diselesaikan secara dalaman antara kedua-dua parti tersebut dan bukannya memberi cadangan untuk menukar sistem yang telah wujud sejak merdeka lagi.

“Kenapa nak adakan benda yang tak ada dan nak tukar pula benda yang memang dah wujud 57 tahun lamanya?

“Pilihanraya PBT baru cadangan, mereka bergaduh anak beranak (PAS dan DAP), selesaikanlah dengan cara mereka, kenapa nak kena usik sistem beraja pula?” Katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

Nik Abduh hari ini mempersoalkan samada sistem beraja yang diamalkan Malaysia sekarang perlu ditukar semata-mata untuk mencapai keadilan.

Persoalan itu dibangkitkan berikutan isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin hangat diperdebatkan di antara PAS dan DAP.

Tambah Ehsanuddin lagi, cara pembangkang menyelesaikan masalah membawa kepada kehancuran politik berikutan tuduhan provokasi yang dilakukan sehingga sanggup menukar sistem beraja yang kononnya demi mencapai keadilan di Malaysia.

“Pembangkang jangan nak mengelak isu sebenar, bila dah silap, bergaduh beriya dua parti tersebut, lepas tu nak tunding pada salah lain pula, cakap sistem beraja katanya patut ditukar. Lepas tu orang dah tak ingat pergaduhan mereka, yang orang akan fokus adalah provokasi lain iaitu nak kena tukar sistem beraja.

“Cara mereka ini adalah membawa kepada politik kehancuran, jelas manampakkan yang pembangkang ni tidak ada kemahiran dalam mentadbir negara, akhirnya rakyat yang jadi mangsa, percayalah,” jelasnya.
Sekiranya PAS tidak percaya akan Pilihan Raya..kenapa mereka beria-ia macam kena rasuk bila musim PRU..lebih sudu dari kuah...tapi malu nak mengaku salah pihak lain pula..

Kenyataan Nik Abduh ini secara tidak langsung telah menghina Sultan Kelantan yang menjadi anak murid Arwah bapanya..kita semua dah tahu..PAS & DAP berkelahi diakhir cerita bukan mahu minta maaf...tapi salahkan UMNO Barisan Nasional...itu saja sandiwara politik mereka...

Pengusaha Bas Sekolah Berpeluang Tambah Pendapatan Melalui Pengiklanan... @SPADChannel

0 comments

Menyedari tetang taraf hidup yang semakin meningkat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Star Publication telah melancarkan satu "Skim Pengiklanan Bas Sekolah"..

Langkah ini pasti disambut baik oleh pengusaha bas sekolah kerana melalui skim pengiklanan ini, mereka dapat menambahkan peluang pendapatan sampingan mereka antara RM 200-RM 400 melalui iklan yang ditampal di badan bas..

Peluang ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh pengusaha bas sekolah..malah pihak yang mahu mendapatkan publisiti dan pengiklanan bolehlah menggunakan cara ini...ibarat iklan bergerak..informasi ini memang lebih meluas..tambahan pula, iklan yang ditampal memang cantik atau bahasa anak muda osemm..

Ia juga dapat menambahkan nilai estetika pada bas sekolah tersebut..model iklan ini bukan perkara baru..saya sebelum ini pun telah melihat iklan-iklan ditampalkan di bas ekspress..ia memang satu peluang perniagaan melalui iklan memberi pulangan menang-menang..pihak pengusana bas dapat untung melalui iklan..pihak yang mengiklan pun dapat mileage dan dapat menyampai mesej mereka...

Malah..anak-anak kita juga akan mudah mengenali mana bas sekolah mereka ketika balik dari sekolah...

Diharapkan dengan tercetusnya inovasi pengiklanan dibas sekolah ini ianya dapat meringankan beban pengusaha bas sekolah yang terpaksa berhadapan dengan kos operasi dan penyelenggaraan bas yang semakin meningkat...selain memberi pulangan baik kepada pengusaha dan  pihak pengiklan, ibu bapa juga akan merasa lega apabila pengusaha mempunyai sumber pendapatan lain..tiadalah tekanan dari pengusaha bas sekolah menuntut kenaikan tambang bas sekolah...

Syabas diucapkan kepada pihak SPAD dan Star Publication atas usaha ini...





ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA