networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, February 15, 2015

Datuk Ehsanuddin Tempelak Pemimpin PAS & DAP Tentang Isu Pilihan Raya PBT..


Pergolakan pendapat antara pemimpin PAS dan DAP bukan perkara baru..mereka ini memang tidak sehaluan..namun masih lagi bersama dalam Pakatan Rakyat..biarpun bahtera mereka retak menunggu belah, atas dasar musuh utama iaitu Barisan Nasional..yang kotor pun mereka kata BERSIH...sudah meludah pun sanggup jilat balik asalkan dapat menghancurkan Barisan Nasional..


Tentang isu cadangan DAP untuk membuat Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan, Nik Abduh mencerca kewibawaan sistem pilihan raya kononnya pilihan raya ini amalan barat dan tidak relevan..Nik Abduh dengan angkuhnya mengatakan "agar tidak merajakan jalan raya untuk menegakkan keadilan..katanya parti PAS menolak mentah-mentah cadangan pilihan raya parti bukan datang dari presiden PAS namun datang datang dari Parti"

Mungkin Nik Abduh lupa siapa yang sebenarnya merajakan jalan raya
Mereka bergaduh, dalam pergeseran itu tak semena-mena sistem beraja pula hendak disalahkan dengan kewajaran ditukar untuk menegakkan keadilan..ini memang sikap mereka..bergaduh sesama sendiri tiba-tiba salahkan orang lain..Nik Abduh bukan baru ini kita kenal..dia ni bukan pandai mana pun...cakap pun ikut sedap hati saja...bawah ini saya share kembali bagaimana ucapan Nik Abduh yang saya fikir memang memalukan PAS..


Melihat akan perkara ini, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid. Ahli Parlimen Kota Tinggi JDT telah menempelak pemimpin PAS ini yang cakap sungguh merapu...ikuti statement beliau di bawah yang saya petik dari portal BNBBC
Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz yang ingin menukar sistem beraja jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang tidak banyak mengetahui tentang sejarah Malaysia, kata Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Jelas Ahli Parlimen Kota Tinggi Johor itu, adalah tidak wajar Nik Abduh membuat kenyataan sedemikian hanya kerana pergaduhan melibatkan parti PAS dan DAP.

ehsannuddinKatanya, masalah tersebut seharusnya diselesaikan secara dalaman antara kedua-dua parti tersebut dan bukannya memberi cadangan untuk menukar sistem yang telah wujud sejak merdeka lagi.

“Kenapa nak adakan benda yang tak ada dan nak tukar pula benda yang memang dah wujud 57 tahun lamanya?

“Pilihanraya PBT baru cadangan, mereka bergaduh anak beranak (PAS dan DAP), selesaikanlah dengan cara mereka, kenapa nak kena usik sistem beraja pula?” Katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

Nik Abduh hari ini mempersoalkan samada sistem beraja yang diamalkan Malaysia sekarang perlu ditukar semata-mata untuk mencapai keadilan.

Persoalan itu dibangkitkan berikutan isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin hangat diperdebatkan di antara PAS dan DAP.

Tambah Ehsanuddin lagi, cara pembangkang menyelesaikan masalah membawa kepada kehancuran politik berikutan tuduhan provokasi yang dilakukan sehingga sanggup menukar sistem beraja yang kononnya demi mencapai keadilan di Malaysia.

“Pembangkang jangan nak mengelak isu sebenar, bila dah silap, bergaduh beriya dua parti tersebut, lepas tu nak tunding pada salah lain pula, cakap sistem beraja katanya patut ditukar. Lepas tu orang dah tak ingat pergaduhan mereka, yang orang akan fokus adalah provokasi lain iaitu nak kena tukar sistem beraja.

“Cara mereka ini adalah membawa kepada politik kehancuran, jelas manampakkan yang pembangkang ni tidak ada kemahiran dalam mentadbir negara, akhirnya rakyat yang jadi mangsa, percayalah,” jelasnya.
Sekiranya PAS tidak percaya akan Pilihan Raya..kenapa mereka beria-ia macam kena rasuk bila musim PRU..lebih sudu dari kuah...tapi malu nak mengaku salah pihak lain pula..

Kenyataan Nik Abduh ini secara tidak langsung telah menghina Sultan Kelantan yang menjadi anak murid Arwah bapanya..kita semua dah tahu..PAS & DAP berkelahi diakhir cerita bukan mahu minta maaf...tapi salahkan UMNO Barisan Nasional...itu saja sandiwara politik mereka...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA