networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, February 4, 2015

Dedah Rahsia Pemimpin Cina MCA @WeeKaSiongMP Diterima Rakyat..


Ketika pengumuman Keputusan PRU 13 yang lalu, Datuk Dr. Wee Ka Siong antara 6 pemimpin MCA yang masih mengekalkan kerusi Parlimennya...MCA mencatatkan kemerosotan mendadak ketika PRU 13 yang lalu..apa tidaknya...PRU pada 2008 MCA memenangi 15 dan merosot kepada 6 kerusi pada PRU 2013 yang lalu...

Sejarah ini harus diingat..dan kini MCA sudah belajar dari kelemahan lalu dan telah berjanji akan menampilkan lebih ramai anak muda pada PRU 14 akan datang...

Menyorot kembali apakah rahsia pemimpin MCA ini, Wee masih diterima rakyat...dalam kesibukannya berkhidmat untuk MCA Pusat dan tugasnya sebagai Menteri..beliau tidak mengabaikan masyarakat kawasan Ayer Hitam kawasannya...melalui kajian sikap para pengundi, rata-rata masyarakat di Ayer Hitam menyokongnya kerana beliau peka..beliau prihatin dan mesra dengan masyarakat di sini...

Apa rahsianya?di sini saya ingin kongsikan aktiviti Dr Wee pada hujung minggu lepas...beliau telah mengadakan siri lawatan ke Kampung-kampung di Ayer Hitam...

Dr Wee tidak macam pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain...muncul bila musim Pilihan Raya sahaja...beliau mengamalkan amalan 'turun padang' untukn
melihat perkembangan rakyat di kawasannya di samping memberi bantuan..ketika musim banjir yang lalu, Dr Wee awal-awal lagi datang hulur bantuan di Ayer Hitam sebelum beliau fokus kepada mangsa banjir negeri lain...

Kita ikuti kisah lawatan Datuk Dr Wee Ka Siong disekitar Ayer Hitam beserta gambar pada minggu lepas...

Siri lawatan ini bermula dengan lawatan ke Kampung Hj. Kamisan. Sepanjang lawatan YBM, beliau telah menziarahi 7 keluarga yang kurang berada ataupun ahli keluarga yang menghidapi penyakit kronik. Beliau telah menyampaikan bantuan dalam bentuk wang tunai untuk membantu mereka yang pada masa ini amat memerlukan bantuan dan keprihatinan masyarakat ramai.

Selain daripada bantuan wang tunai, Datuk Dr. Wee Ka Siong juga melawat sebuah rumah yang uzur dan telah mengarahkan kepada pasukan perkhidmatan beliau untuk membaiki rumah tersebut secara gotong-royong dalam tempoh 60 hari.

Ditemubual selepas siri lawatan tersebut, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata beliau akan terus memberi tumpuan terhadap mereka yang kurang bernasib baik dan beliau sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut, sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada mereka dari semasa ke semasa.

“Selain daripada bantuan kewangan, saya juga berjanji kepada keluarga yang mengalami kerosakan pada rumah mereka akibat daripada pokok tumbang, akan dibekalkan bahan binaan secepat mungkin dan saya telah mengarahkan JKKK untuk membaiki rumah mangsa secara gotong-royong.”

Sebagai Ahli Parlimen Kawasan Ayer Hitam, Datuk Dr. Wee Ka Siong telah menziarahi ke hamper setiap pelosok kawasan tersebut. Walaupun kebanyakan masa berada di Kuala Lumpur, namun beliau tidak pernah mengabaikan kebajikan penduduk setempat di Ayer Hitam.

Ini turut menunjukkan perbezaan di antara Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, di mana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hanya pandai bercakap dan berjanji manis sebelum Pilihan Raya, namun tidak kelihatan langsung selepas menang. Ini diibaratkan sebagai “kacang lupakan kulit” dan telah mengkhianati tugasan mereka sebagai Ahli Parlimen yang diamanahkan oleh pengundi.








Biarlah apa orang nak kata tentang MCA...mereka tetap bekerja dan ada cara tersendiri untuk mengembalikan zaman kegemilangan MCA...masing-masing ada cara tersendiri..asalkan memberi kebaikan dan mileage politik untuk BN tu sudah memadai...

Dalam parti komponen ada banyak parti..dan setiap parti ada cara tersendiri...tidak kisah bagaimana prosesnya yang penting diakhir nanti dimana memberi impak positif untuk BN...sudah cukup...

Pembanngkang sendiri lagi teruk masalah mereka..tidur sebantal..mimpi lain-lain..tapi matlamat asas mereka ialah menjatuhkan BN...kita pula mahu tikam sesama sendiri..akhirnya rugi kat kita juga...fikir-fikirkan

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA