networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, February 20, 2015

Gambar #CNY : Majlis Rumah Terbuka MCA Pusat Disambut Meriah!


Sambutan Tahun Baru Cina semalam disambut meriah di seluruh negara dalam keadaan sederhana.

Bagi meneruskan acara tradisi ini, MCA pusat telah menganjurkan sambutan rumah terbuka bertempat di Wisma MCA, Jalan Ampang..Dalam majlis semalam, kita dapatnsaksikan bahawa keharmonian antara kaum kekal terpelihara di Malaysia biarpun ada beberapa pihak tidak bertanggungjawab mahu meracuni fikiran rakyt dengan anasir subversif...

Pada majlis rumah terbuka semalam, Datuk Seri Liow Tiong Lai ditemani isteri Datin Sri Lee Sun Loo dan Datuk Wee Ka Siong ditemani isteri Datin Jessica Lim meraikan kenalan politik dan masyarakat berbilang kaum..

Antara tetamu kehormat yang hadir semalam ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor..Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman..Presiden MIC, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel tidak melepaskan peluang menghadiri majlis semalam...

Turut hadir pada majlis semalam ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam serta Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz.

Pada majlis tersebut..pemimpin-pemimpin komponen parti BN yang hadir telah menggaul salad ikan mentah 'yee sang,'..Yee Sang merupakan hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina...

Bertuah rasanya hidupndi negara yang harmoni..setiap kali tiba hari perayaan, pasti ada rumah terbuka dari parti pemerintah...ini menunjukkan masyarakat Malaysia aman dan harmoni...

Berikut ialah beberapa keping gambar sepanjang Majlis Rumah Terbuka Semalam..








No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA