networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, February 13, 2015

Gong Xi Fa Cai - Datuk Seri Liow Tiong Lai Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya!


Sempena Perayaan Gong Xi Fa Cai yang akan disambut minggu depan, Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan telah melancarkan Ops Bersepadu Penguatkuasaan Keselamatan Jalan Raya..Ops ini akan berlangsung selama 15 hari bermula semalam..

Menurut Tiong Lai "Ops Bersepadu ini akan memberi perhatian untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian sepanjang musim perayaan ini...Operasi ini melibatkan 3000 orang anggota penguatkuasa yang terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)"

Demikian initipati ucapan Menteri Pengangkutan ketika Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat kebangsaan semalam sempena Gong Xi Fa Cai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) semalam...

Tema Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena perayaan Gong Xi Fa Cai pada tahun ini ialah "Bertimbang Rasa Di Jalan Raya, Elak Terkorban Nyawa"

Agensi-agensi kerajaan sudah laksanakan tanggungjawab mereka dengan mempastikan keselamatan pengguna jalan raya..jadi pengguna perlu berhati-hati ketika musim perayaan ini..sebelum memulakan perjalanan servis kenderaan..cek tayar dan kondisi enjin...jangan memandu ketika mabuk mahupun ketika pengaruh dadah...ini semua boleh menyebabkan kecelakaan di jalan raya...ingatlah orang yang tersayang...

Berikut adalah beberapa keping gambar yang dirakam semalam ketika majlis pelancaran semalam...







No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA