networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, February 17, 2015

Harga Tambang Bas Kekal Biarpun Menerima Tekanan Untuk Dinaikkan.. @SPADChannel


Akhirnya kerisauan rakyat mengenai kenaikan tambang bas ekspres sebanyak 30% terjawab apabila Pengerusi Suruhanya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan harga tambang akan dikekalkan..

Biarpun harga minyak kini turun, Tan Sri Syed menjelaskan bahawa penurunan harga minyak bukan asas untuk menurunkan harga tambang kos bahan api hanya sekitar 11-20% sahaja...terdahulu pengusaha-pengusaha bas ekspress meminta kerajaan mengkaji semula harga tambang bas ekspres untuk dinaikkan berikutan kenaikan kos operasi yang sentiasa meningkat...

Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express Sdn Bhd, Abu Bakar Mohamad berkata, dengan bebanan kos operasi hari ini, pengusaha memerlukan tambang bas ekspres dinaikkan daripada harga semasa.

Perkara ini sudah lama dalam pertimbangan pihak SPAD..para pengusaha menuntut agar harga tambang dinaikkan..namun selaku sebuah suruhanjaya yang mengepalai pengangkutan awam darat, pihak SPAD perlu memikirkan kepentingan pihak pengguna juga...

Nanti kalau diikutkan kata para pengusaha Bas ekspress...pengguna pula terbeban kerana kenaikan harga tambang..mulalah nak salahkan BN tak peka ekonomi rakyat...bila harga dikekalkan, para pengusaha bas ekspress pula merasakan tidak adil bagi mereka....kali terakhir tambang bas disemak pada Julai 2009 bagi mengimbangi kos diesel (yang ketika itu) berharga RM2.58 seliter...

Biarpun harga minyak sekarang ini pada kadar yang rendah, Pengarah Eksekutif Pentadbiran dan Undang-Undang Konsortium Mutiara Bhd Naemah Ya’acob berpendapat “Pengusaha berdepan dengan faktor gaji minimum pekerja, penambahbaikan dalam mutu perkhidmatan, peningkatan caj servis bulanan kenderaan, aspek keselamatan penumpang dan sebagainya,”..

Harga bahan api hanya melibatkan kos lingkungan 11-20 peratus..selebihnya kos operasi...sebagai pengguna pula kita mahukan harga tambang yang berpatutan dan mutu perkhidmatan yang cekap dan selesa..namun dipihak pengusaha bas berpendapat, bagi menjaga kualiti perkhidmatan dan keselesaan penumpang, mereka mahukan kerajaan menaikkan harga tambang sebanyak 30%..

Bagi mencari kata sepakat, buat masa ini tidak sesuai menaikkan harga tambang bas kerana kos bahan api pada paras rendah ketika ini..jadi kerugian untuk kos operasi boleh lah ditokok daripada harga bahan api yang murah ketika ini...sekiranya harga minyak naik pada kadar biasa seperti sebelum ini, kerajaan melalui SPAD boleh memikirkan langkah yang sesuai bagi memastikan keselesaan dan mengekalkan kadar tambang yang berpatutan..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA