networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, February 24, 2015

Hubungan UMNO & PAS Semakin Akrab..Seteru Politik Pasti Tidak Duduk Diam....


Sejak kebelakangan ini kita dapat rasa bahawa ada ruh penyatuan antara UMNO dan PAS...penyatuan ini pasti mendapat reaksi pelbagai dari masyarakat..

Khabarnya lebih ramai gembira berbanding yang tidak...semestinya pihak yang mempunyai kepentingan politik pasti tidak akan setuju dengan penyatuan UMNO-PAS yang ternyata mampu mengubah landskap politik Malaysia...apa tidaknya..jumlah pengikut setia kedua-dua parti ini sejumlah 64% komposisi penduduk negara ini..

DAP, PKR sudah tentu mahu sengketa UMNO dan PAS ini terus berpanjangan bagi memastikan keutuhan survival parti politik masing-masing...bahkan parti baru 'disenyawakan' PASMA cuba menggugat visi asas PAS mahu menubuhkan negara Islam juga telah mendapat tentangan hebat daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang telah mengisytiharkan perang ke atas PASMA...

Lantas ditepis cepat oleh PASMA menafikan parti baru ini tiada niat untuk merampas PAS...bukan kita tidak tahu...DAP dan PAS sebenarnya memang tidak sebulu..ada sahaja yang tidak kena antara parti Islam dan parti majoriti Kafir Harbi ini...

Umpamanya, bencana banjir baru-baru ini..seperti telah dirancang yang maha esa untuk menguji umatnya agar terus bersatu..sepanjang bencana ini, kita telah saksikan sendiri betapa eratnya hubungan kerjasama antara UMNO dan PAS bagi meringgankan beban rakyat...

Cadangan UMNO untuk tidak meletak kerusi di DUN Cempaka atas kematian penyandang Nik Aziz mendapat reaksi baik semua pihak....malah hubungan antara YAB Perdana Menteri Najib Razak dan Ahmad Yaakob Menteri Besar Kelantan disenangi semua...

Bak kata Dr Mashitah dalam tulisannya bertajuk "Hubungan PAS-PR Bercabang" hubungan akrab Perdana Menteri dengan Menteri Besar Kelantan telah mengingatkan kita keakraban Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Fadhil Noor, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan Nik Aziz...

Mashitah menegaskan suara dari kedua-dua pemimpin ini semakin sedap didengar dan perpaduan kian terjalin...kita lihat hari ini, hubungan PAS dan parti seangkatan pakatan berkecamuk..selain bercanggah pendirian dalam soal hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan..mereka juga tidak sekata dalam beberapa peraturan di Kelantan seperti penutupan premis pada waktu solat Jumaat dan penualan arak di kedai 24 jam di kawasan majoriti Melayu...

PAS juga kini dilihat sudah menjauhi perjuangan pajatan dan Anwar Ibrahim..penyokong PAS sudah tidak berkerumun pada hari keputusan kes liwat Anwar dan tidak berminat dengan demonstrasi anjuran PKR...

Kenyataan Dr Mashitah dalam artikel bertajuk Hubungan PAS-PR Bercabang ada banyak kebenarannya...anda boleh bacanya di SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA