networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, February 7, 2015

Kebijaksanaan MCA Kempen #TurunHargaBarang Menepati Isu!Tidak Celupar Libatkan Isu Perkauman...


Sejak penurunan harga petrol dan diesel bermula awal tahun ini...ramai yang mengesa para peniaga, pemborong dan pembekal menurunkan harga mereka berikutan penurunan harga bahan api itu..

Presiden MCA, Dato Sri Liow Tiong Lai berpendapat kempen penurunan harga barangan ini tepat dan bagus...namun beliau menjelaskan bahawa isu ini perlu ditangani dengan kematangan akal tanpa perlu beremosi mahupun 'mencubit' isu sensitiviti sesuatu kaum...

Saya bersetuju dengan pendapat Presiden MCA ini..selaras dengan kehendak YAB Perdana Menteri kita DS Najib Razak...

Sekarang sudah jelas pendirian MCA berkaitan kempen turunkan harga barang ini..tidak perlulah ada pihak cuba mencetuskan provokasi dengan mendakwa MCA berkomplot dengan DAP untuk jatuhkan Barisan Nasional...

MCA yang merupakan parti berteraskan perjuangan membela masyarakat CINA lebih faham kehendak dan merodologi yang sesuai untuk mendekati masyarakat Cina...janganlah diungkit peristiwa hitam PRU 13...sampai setiap tindakan MCA pun perlu dipersoalkan dan dihina kerana kekalahan teruk PRU 13...Kita mahukan MCA mentrasformasikan parti itu..tapi kalau diungkit sahaja kekalahan bermakna kita sendiri tidak mengizinkan MCA mentransformasikan parti mereka...

Membela kaum bukan bererti kita boleh mengutuk atau mencetuskan bibit-bibit perpecahan kaum..

Sebenarnya Wanita MCA telah melancarkan kempen SMART diseluruh negara untuk mengumpulkan maklumat berkaitan kenaikan harga barangan...biarkan mereka fokus on the issue..jangan jadikan ia isu perkauman...


UMNO - MCA - MIC punyai sejarah
penyatuan yang panjang...
air yang dicincang tidak akan putus...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA