networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, February 13, 2015

Majlis Perasmian Penutupan PLKN Kumpulan 1 Siri 12, 2015 Sungguh Bermakna...Secara Rasmi PLKN Ditangguhkan Setahun...


Semalam bertempat di Kem PLKN Jaya Gemilang A'Famosa, telah berlangsungnya majlis Perasmian Penutupan PLKN Kumpulan 1 siri 1/2015..dengan perasmian penutupan ini bermakna secara rasminya PLKN akan ditangguhkan untuk tempoh setahun bagi memberi laluan kepada penambahbaikkan modul disamping dapat menjimatkan kos operasi seperti yang telah diumumkan YAB Perdana Menteri baru-baru ini...

Majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi MLKN, Datuk Noor Ehsanuddin Narrashid dan Isteri, Datin Hajah Zubaidah Binti Haji Kassim...Dalam ucapan Datuk Ehsan semalam, beliau memberi banyak pesanan yang sangat bermakna buat semua peserta dan alumni yang pernah menyertai kem PLKN ini...Lihat sahaja baju yang dipakai para pelatih ini, ia menggamit memori aku yang pernah menjalani latihan tersebut 10 tahun yang lalu...

Ya..memang benar apa yang dikatakan oleh Datuk Ehsan...pada awalnya memang ramai yang hendak balik dan tidak mahu mengikuti kursus tersebut..namun selepas hari demi hari menjalani modul bersama rakan-rakan..perasaan benci pada mulanya itu semakin hilang dan titip pula perasaan sayang terhadap program dan kawan-kawan...

Apa tidaknya, ketika program inilah kita tidak langsung memikirkan bangsa oohh. Kau India..kau Cina.. Kau Melayu..tak de langsung...sampai kita sendiri boleh berkongsi air mineral bersama...makan sepinggan bersama..tidur sebantal..jika rakan sakit semasa menjalani aktiviti...kitalah akan angkat rakan kita itu untuk menerina rawatan...jika rakan terlantar di atas katil....kita buat jadual bertugas ambilkan makanan untuk rakan yang sakit tu..dalam fikiran masing-masing...kita sebagai rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat kasih sayang sesama masyatakat...hari ini hari dia..hari esok mungkin hari kita...

Siapa tahu kan...memang benar..pada mulanya dulu aku menghitung hari untuk tamat...bila dah nak habis program...perasaan itu semakin takut dan sedih..sedih untuk meninggalkan rakan-rakan...tiba hari penutupan itu...boleh dikatakan pelik bila pelatih tu tak menangis dan berpelukan bersama rakan-rakan....

Ini pengalaman aku sendiri..bukan direka cipta..bayangkan budak mat rempit yang degil kepala batu pun boleh menangis dan berpelukan erat tak kira bangsa...itu saja dah menunjukkan betapa PLKN memberi kesan yang sangat mendalam kepada para pelatih yang pernah menjalani program ini..semalam merupakan detik bersejarah apabila berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan PLKN yang mana program ini akan ditangguhkan selama 1 tahun...

Memetik pesanan Pengerusi MLKN, Datuk Ehsan semalam, beliau berkata tujuan PLKN ini dilaksanakan adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta memupuk semangat patriotisme dititip dengan sikap kesukarelaan dan perpaduan dalam kalangan pelatih..

Sepanjang program ini, para pelatih akan dididik dengan 4 modul utama iaitu Modul Fizikal, Modul pembinaan karekter, Modul Kenegaraan dan Modul khidmat komuniti.

Datuk Ehsan juga memberi peringatan bahawa baru-baru ini negara kita telah diancam serangan pencerobohan oleh warga asing di Lahad Datu dan disini kita dapat lihat betapa anggota keselamatan negara sanggup tinggalkan anak bini untuk mempertahankan negara sehingga meragut nyawa anggota keselamatan negara demi mempertahankan negara...pengorbanan ini perlu dijadikan pedoman kepada semua pelatih kerana tanpa keamanan dan semangat cinta akan negara, negara kita tidak akan aman seperti yang kita kecapi hari ini...

Bagi menentukan kesinambungan program ini, kerajaan telah menubuhka Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN). Penubuhan ini bertujuan supaya alumni PLKN ini mempunyai platform untuk menyumbang kepada negara dalam aktiviti kemasyarakatan terutama membantu negara jika dilanda bencana tanah runtuh mahupun banjir...

PLKN mempunya banyak nilai yang baik...hanya yang pernah menyertai sahaja akan merasai pengalaman ini secara langsung..dengan tamatnya siri 1/2015 maka PLKN akan ditangguhkan selama setahun..Bawah ini beberapa keping gambar semasa Majlis Perasmian Penutupan PLKN Kumpulan 1, Siri 12 tahun 2015 semalam bertempat di Kem PLKN Jaya Gemilang A'Famosa..

 


ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA