networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, February 28, 2015

Nepotisme Anwar Subur Dalam PKR...


Sejurus mengetahui bahawa Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dijatuhi hukuman penjara 5 tahun secara tidak langsung telah melucutkan kelayakan Anwar Ibrahim sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya sejak 2008..pelucutan in dirujuk kepada Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000...

Tidak semena-mena muncul pula wajah baru yang sebelum ini tidak langsung terlibat dalam arena politik Malaysia..orang itu ialah Nurul Nuha, anak kedua Anwar..ramai meramalkan bahawa Nuha bakal dipertanggungjawabkan bertanding yang diibaratkan mereka sebagai kubu kuat yang telah dipertahankan Anwar dan legasi nepotismenya sejak 1982..

Jika tepat ramalan Nuha akan bertanding parlimen Permatang Pauh, ini menunjukan seolah-olah Parlimen Permatang Pauh hanya untuk keluarga Anwar..ketika Anwar dijatuhi hukuma penjara 1998, Isterinya Wan Azizah telah mengambil kerusi itu sehingga 2008, kemudian diambil semula oleh Anwar pada Ogos 2008 selepas Wan Azizah mengosongkan kerusi tersebut pada 31 Julai 2008 untuk memberi ruang kepada suaminya bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh pada Ogos, 2008.

Berkenaan dengan amalan nepotisme keluarga Anwar ini, Suka saya memetik tulisan Dr. Mashitah Ibrahim bertajuk "Amalan Nepotisme Segar Dalam PKR"

DALAM wawancara dengan BBC sekitar 2005, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap prinsip demokrasi, gerakan reformasi, keadilan, ketelusan dan keterbukaan. Seperti dijangka, jawapannya retorik dan sudah diulang banyak kali dalam banyak wawancara lain. Apabila ditanya tentang amalan kronisme dan nepotisme dalam PKR, termasuk meletakkan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2004, Anwar cuba mengelak dan memberi jawapan agak kabur. “That’s a close relationship, wouldn’t you say? You put your wife there and you say there’s no nepotism?” tanya Stephen Sakur, pengacara rancangan Hardtalk. 
Satu dekad kemudian, reformasi yang dilaung-laungkan masih tidak berlaku. Keadaan dalaman parti belum berubah kerana amalan nepotisme masih segar dalam PKR. Perjuangan parti ini tetap berkisar pada agenda peribadi Anwar serta kepentingan keluarga dan sahabat rapatnya. Dilaporkan bahawa Wan Azizah sekali lagi dipertimbang untuk dicalonkan bagi mempertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan secara undang-undang kerana Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen pada 10 Februari lalu. Wan Azizah pernah mengosongkan kerusi ini kononnya untuk menjaga cucu dan memberi laluan kepada Anwar bertanding kerusi sama, seterusnya menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. Selain Wan Azizah, anaknya Nurul Nuha juga disebut-sebut sebagai bakal calon.
Inilah budaya yang ada dalam PKR sekarang ini yang mengamalkan budaya nepotisme...

Parlimen Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (Nurul Nuha diramal bertanding pertahankan kerusi)
DUN Kajang - Wan Azizah
Parlimen Lembah Pantai - Nurul Izzah

Antara sebab mengapa Nurul Nuha dikatakan bakal bertanding Parlimen Permatang Pauh ialah wataknya kini mula diketengahkan ekoran perlantikan Nurul Nuha yang bakal memainkan peranan penting dalam kempen "March To Freedom"..Ini baru nepotisme dalam PKR, PAS dan DAP pun lebih kurang sama..walhal mereka inilah yang mempertikaikan BN dengan amalan nepotisme...

1 comment:

Anonymous said...

PKR tengah dok timbang jawatan dalam parti untuk Nurul Huna.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA