networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, February 21, 2015

Rakyat Malaysia Menyertai Militan Atas Alasan Jihad Harus Dikekang!


Jika ada yang mengikuti perkembangan mengenai kerisauan Dr Mashitah Ibrahim tentang anak muda Malaysia yang melibatkan diri dengan kegiatan militan di timur tengah pasti anda akan sedar betapa teguran tersebut bukan hanya omong-omong kosong...

Beliau pernah menegaskan bahawa institusi pendidikan pondok bukan agen latihan untuk melahirkan militan agama untuk berjuang di timur tengah namun sebaliknya lebih besar dari itu yang mana institusi pondok harus dimartabatkan untuk melahirkan generasi murabi masa hadapan..namun kenyataan tersebut sering kali diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atas kapasiti keuntungan politik murahan..golongan yang suka mengambil kesempatan ini acap kali memutar belitkan kenyataan sebenar dengan mendakwa Dr Mashitah sengaja "Cari Pasal" dengan menuduh pendidikan Pondok melahirkan militan atas alasan mahu mengumpulkan sekolah pondok menyertai Yayasan Pembanggunan Pondok Malaysia...itu tidak benar!

Kun Fa Ya Kun..jika Allah SWT kata jadi maka jadilah..semakin hari banyak kenyataan yang keluar dari bibir Dr Mashitah menampakkan kebenarannya..Beliau pernah menegaskan bahawa pemikiran untuk mencari jalan mudah menuju syurga bukan melalui berjihad dengan cara menyertai militan...pemikiran ini harus diubah dan jangan disalah tafsir..jika kita memikita memikirkan bahawa dengan berjihad menyertai militan mampu ke syurga itu sebenarnya bukan kita menegakkan agama Islam malah lebih teruk dari itu apabila masyarakat dunia akan memupuk pemikiran "Islam Fobia" dalam kalangan mereka..
Kekeliruan dan kurang kefahaman ini berpunca daripada salah tafsiran, yang kemudiannya boleh mencetus masalah berkaitan kestabilan dan keselamatan. Ada orang Islam yang bertindak ganas, menjadi jihadis atau pengebom berani mati, memerangi dan membunuh saudara seagama atas nama Islam, atau kerana ingin mati syahid untuk masuk syurga. 
Tapi hakikatnya kena faham betul-betul. Jihad kalau dipupuk dengan cara yang betul akan menjadikan seseorang itu serius dan bersungguh-sungguh melaksanakan tuntutan Islam dalam segala aspek kehidupan. Tapi jika diselewengkan maknanya, ia boleh menjadi ancaman dan menyemarakkan lagi Islamophobia dalam kalangan Barat dan hanya akan meng’iya’kan label terroris pada umat Islam. - Dr Mashitah Ibrahim
Baru-baru ini pihak Polis telah mematahkan percubaan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun untuk ke Mesir dalam usaha menyertai militan IS di Syria. Remaja itu telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pada tahun lalu juga kita dikejutkan dengan kes yang sama apabila seorang wanita berusia 23 tahun telah ditahan di KLIA..

Ini amat merisaukan kita, bayangkan seorang remaja yang sepatutnya berada di tingkatan 2 terlalu berani untu bertindak sedemikian setelah terpengaruh dengan fahaman ekstrimis ini yang mudah dipengaruhi oleh 2 kenalan melalui laman facebook...mereka ini mudah terpengaruh apabila erti jihad agama telah disalah tafsirkan hanya melalui pergerakan militan agama..

Bila ada pihak yang ambil perhatian hal ini dengan menegur ada pula defend kenyataan tersebut merupakan tindakan "cari pasal"..bila perkara ini benar-benar terjadi, apakah pihak yang mempertikaikan teguran tersebut membetulkan salah faham mereka?jawapannya tidak..mereka hanya mendiamkan diri..ini secara jelas betapa kita sebenarnya mudah terdedah dengan fahaman mempertikaikan apa sahaja usaha menjaga umat Islam di Malaysia..golongan ini mendakwa mereka sahaja mempunyai kuasa mutlak membawa arus perubahan Islam yang sebenar dan menjanjikan syurga jika kita mengikuti fahaman politik mereka...

Islam sebenarya lahir dari hati dan bukan lahir dari mempertikaikan usaha orang lain..Islam itu ajaran dan jangan sesekali kita mempolitikkan agama sehingga usaha baik dipertikai dan bila kebatilan mula menjadi perkara realiti mereka sunyi sepi...apakah ini hala tuju kita?fikir-fikirkan....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA