networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, February 22, 2015

Simpati Terhadap Waris MH370..MCA Beri Layanan Baik....

Biarpun dalam keadaan sedih atas kehilangan ahli keluarga,
Waris MH370 ini tetap diraikan dalam Majlis Rumah Terbuka
Tahun Baru Cina di Wisma MCA kelmarin..
Waris mangsa MH 370 yang hadir di perkarangan Wisma MCA ketika Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang lalu diberi layanan istimewa oleh Presiden Parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai apabila bersetuju untuk bertemu dengan mereka..namun atas kekangan masa pertemuan tersebut terpaksa ditangguhkan dan waris mangsa yang hadir dijemput untuk bersama menikmati juadah yang telah tersedia...

Namun, layanan istimewa ini telah disalah erti apabila ada pihak menuduh Presiden Parti MCA langsung tidak memberi layanan atau mengabaikan waris mangsa MH 370...

Tujuan waris ini hadir di Wisma MCA ini mahu berjumpa dengan Presiden MCA..Mendapat tahu bahawa waris MH 370 ini berkumpul di perkarangan Wisma MCA...seorang wakil MCA telah menjemput rombongan ini menikmati juadah dan masuk...namun mereka tidak memilih untuk masuk atas alasan takut 'terputus komunikasi'..lalu petugas MCA memberikan tisu dan air bagi menenangkan mereka.,,

Bila ditanya mengenai tujuan mereka...salah seorang wakil menjawab mereka mahu berjumpa dengan DS Liow..Presiden MCA bersetuju untuk berjumpa namun mungkin atas kekangan masa beliau terpaksa bergegas ke satu Majlis lain di Melaka..layanan yang diberi oleh MCA amat baik sekali..semua waris MH370 ini akur dan masuk ke Wisma untuk menjamu makanan yang disediakan...

Atas dasar perikemanusiaan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang bersetuju bertemu waris ini namun tertangguh kerana kekangan masa mungkin boleh aturkan pertemuan tertutup antara waris terdekat yang hadir ini pada hari lain yang sesuai...

Semua pihak harus memahami perasaan waris MH370...emosi mereka masih terkesan dengan kehilangan orang yang tersayang..ajal dan maut itu aturan tuhan..untuk rekod..Malaysia telah mengerahkan segala usaha dalam misi mencari dengan bantuan negara luar...Sehingga ke hari ini, pesawat malang MH370 itu masih tidak dijumpai...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA