networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, February 28, 2015

Terkini : TMJ Buat Kejutan Baru Untuk JDT...Pato Ganti Diaz..


TMJ membuat kejutan baru untuk pasukan JDT apabila akan menjual Diaz dan menggantikan dengan pemain licik Pato yang pernah bermain bersama pemain terkemuka dunia Neymar..bawah ni kenyataan rasmi yang dipetik daripada lama rasmi facebook JDT

Saya ingin mengumumkan kepada semua penyokong Johor bahawa Jorge Pereyra Diaz kelak akan menyertai sebuah kelab dari Brazil. Kelab tersebut telah menawarkan utk membeli Diaz dari JDT. Tetapi saya juga ada berita lebih baik untuk dikongsikan bersama penyokong dan saya yakin ia akan memberi impak kepada pasukan kerana kami telah mengikat kontrak seorang pemain bola sepak Argentina yang bermain di sebuah kelab bola sepak Brazil iaitu Santos FC.


Beliau kini berusia 24 tahun. Saya sangat kagum dengan mutu dan corak permainan yang dimilikinya dan telah memerhatikan beliau semenjak tahun 2013 ketika semasa bermain bersama-sama Neymar. Saya juga turut merasa bangga kerana kini beliau akan menjadi aset pasukan JDT meskipun tempoh diberikan hanyalah berdasarkan pinjaman. Kami berharap akan dapat membeli beliau sepenuhnya selepas November 2015 kelak.

Mungkin ada hikmahnya perkara ini dan saya amat berbesar hati serta rasa gembira untuk menerima dia di dalam pasukan JDT. Beliau dijadualkan tiba di Johor pada 14hb March 2015, dan kami akan mengumumkan kepada penyokong JDT kelak. Kami juga akan membuat kejutan apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan April nanti.

Ini merupakan salah satu strategi pemasaran JDT dengan mengambil pemain muda bertaraf antarabangsa dan berharap dapat memberi sumbangan kepada kelab JDT dan semoga tawaran untuk pemain itu sendiri akan bertambah apabila berhijrah suatu hari nanti ke pasukan bola sepak tanahair.

Ikuti video yang dilampirkan https://www.youtube.com/watch?v=S_PvLb7lyi0

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA