networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, February 25, 2015

Tindakan PERS1M Anjur Demonstrasi Merosakkan Nama Baik Pemandu Teksi.!


Apa sudah jadi dengan Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M)?sampai nak buat demonstrasi aman dah macam himpunan bersih dah ni...guna tema gengaman tangan menunjukkan PERSIM sudah berani menentang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..jika SPAD berani ditentang tak mustahil akan datang PERS1M juga berani menjadi kumpulan penentang kerajaan kononnya mewakili suara pemandu-pemandu teksi...


Jika inilah acuan PERS1M, aku tidak terkejut jikalau PERS1M menjadi salah satu NGO yang bekerjasama dengan BERSIH untuk lakukan demonstrasi besar-besaran..,dengan gaya bahasa yang menghasut..melabelkan SPAD macam Israel...apa benda semua nih?bukan kah peranan PERS1M membela pemandu teksi dan menyokong SPAD dan Kerajaan..dahlah sudah lari dari matlamat..ini mahu meracuni fikiran pemandu teksi menentang kerajaan puka..

Gaya bahasa Persatuan yang kononnya membela pemandu teksi.,

Jom kita tengok apa tuntutan PERS1M ni....

Sebenarnya masih banyak lagi perkara-perkara yang sedang membunuh kerjaya kita seperti:

● Sengaja berkali-kali menangguh kenaikkan kadar tambang meter.

● SPAD memunipulasi pemberian 1000 permit individu oleh YAB Perdana Menteri kepada pemandu teksi.

● SPAD telah mencuri 1000 permit pemberian YAB Perdana Menteri kepada pemandu teksi dan hanya memberi pinjam kepada pemandu teksi selama 7 tahun.

● Membenarkan UBER, Blacklane, dan Grabcar mencabuli industri kita.

● SPAD mewujudkan Bas GoKL secara percuma untuk golongan berkempuan dan warga asing.

● SPAD membenarkan MIJ menzalimi pemandu teksi di KLIA dan Klia2.

● SPAD membenarkan promo App CAB2Klia oleh ‪#‎TaxiMonger‬dan ‪#‎MIJ‬ memburukkan imej pemandu teksi bermeter.

● SPAD membenarkan pihak-pihak tertentu memonopoli kawasan dan mengenakan caj bulan kepada pemandu teksi.

● Dan banyak lagi perkara-perkara yang sedang dan bakal membunuh kerjaya pemandu teksi.

Ternyata sungguh beremosi..baca saja yang pertama kita dah tahu yang mereka ni tidak memikirkan kepentingan pengguna...apakah mereka tidak terfikir yang sekarang harga minyak sudah kurang...dan agak keterlaluan bahawa mereka mahu menuntut kenaikan harga tambang...dalam situasi ini kita perlu bersama SPAD bagi mengekalkan harga tambang agar tidak dinikkan...

Apakah PERS1M ini membela pemandu teksi yang menyalahi undang-undang..menaikkan harga melampau..tiak guna meter..apakah tindakan terhadap pesalah ini tidak wajar..jika itulah tuntutan PERS1M maka industri teksi akan lingkup kerana membela pemandu teksi yang tiada integriti...kasihan saya kepada pemandu teksi yang bagus, baik dan berintegriti..nama mereka busuk kerana tindakan PERS1M ini...PERS1M tidak perlu merosakkan periuk nasi pemandu teksi lain...jika kurang pendapatan apasalahnya tambahkan peluang pendapatan dengan pengiklanan...lagi baik daripada demonstrasi aman...

1 comment:

Anonymous said...

Kalau dah memang SPAD tu tak betul dan banyak penyelewengan kenapa perlu berdiam diri. Tanya semua pemandu teksi apa SPAD lakukan pd mereka. WALAUPUN SAYA BUKAN PEMANDU TEKSI TP SAYA SENDIRI PERNAH TENGOK DEPAN.MATA TINDAKAN SPAD YG TIDAK BERETIKA. JGN KERANA KITA MENYOKONG KERAJAAN , KITA X DIBENARKAN MENEGUR.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA