networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, February 7, 2015

Madrasah Dilanda Banjir & Terlibat Kebakaran Dapat Perhatian Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM).


Sebagai sebuah Yayasan yang bertanggungjawab mengurus Madrasah atau Pendidikan Pondok, kelmarin, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah madrasah untuk memberi bantuan keperluan harian dan melihat sendiri keadaan fasiliti Madrasah selepas dilanda banjir baru-baru ini...

Dalam kunjungan YPPM ini, Pengerusi Eksekutif YPPM, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Pengarah Operasi YPPM, Juhaidi Yean Abdullah telah meluangkan masa menyertai misi pasca banjir ini..

Lawatan pasca banjir ini telah berkunjung ke dua buah madrasah iaitu Madrasah Raudhah Al-Muhibin, Seberang Chenor dan Madrasah An Najah, Pondok Bukit Keledang, Seberang Chenor.

Ketika ditemubual dalam misi ini, Pengetusi YPPM, Datuk Dr Mashitah berkata bantuan yang disalurkan mengambilkira kawasan sekolah pondok yang terjejas teruk akibat banjir..

“YPPM menyalurkan bantuan kepada dua buah madrasah setelah melihat keadaan madrasah yang teruk akibat terjejas bencana banjir.

“Kedua-dua buah madrasah itu difahamkan ditenggelami air banjir sedalam dua kaki sehinggakan merosakkan keadaan struktur bangunan dan barang-barang keperluan dapur pelajar,” katanya.

Kriteria ini yang membuatkan YPPM menyalurkan bantuan kepada 2 buah madrasah tersebut....antara keperluan dan bekalan yang disalurkan YPPM ialah atap zink, perabot, tong gas, tilam, buku log dan kitab-kitab agama bagi meringankan bebanan pihak pondok.

Sejurus lawatan YPPM ke Madrasah Raudhah Al-Muhibin, Dr Mashitah dan krew YPPM telah melawat Madrsah An Najah yang baru-baru ini terbakar. Kebakaran itu telah memusnahkan 4 penginapan pelajar lelaki...

YPPM telah memberi bantuan tersebut kepad Mudir Mohammad Ilias dan Ustaz Barakallah.

Dengan adanya YPPM ini, bantuan lebih cepat sampai berbanding dahulu, Pengajian Pondok perlu meminta sumbangan orang ramai untuk membangunkan sendiri...kini mereka lebih diberi perhatian...sumbangan dari orang ramai masih boleh diterima..biarpun bencana yang melanda ini telah menguji penghuni madrasah ini...namun dari perhatian saya, mereka ini orang yang hebat..tetap tabah dan berserah kepada Allah SWT ke atas bencana yang menimpa...

Usaha murni YPPM ini harus diteruskan...biarlah apa pemimpin PAS hendak fitnah...asalkan matlamat utama untuk membantu memartabatkan pengajian pondok ini tercapai...kalau hendak dilayan kerenah pembangkang sampai bilapun takkan habis..bawah ini gambar yang diterima sepanjang kunjungan Datuk Dr Mashitah dan YPPM di kedua-dua Madrasah terlibat...wallahualam...













No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA