networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, March 31, 2015

Harga Minyak Naik 1 April?Betul Ke Bohong?Kena Tunggu Kenyataan Rasmi...

0 comments


Mulai 1 april 2015 jam 12.00am
Ron 95 -rm 2.06 sen
Ron 97 - rm 2.36 sen
Diesel - rm 1.94 sen
Bersedia memenuhkan minnyak anda. Esok sah kena beratur panjang...boleh layari porter KPDNKK utk pengesahan..
G-goverment
S-say
T-thank you

Atas ni mesej yang tersebar di aplikasi wasap..samada betul atau tidak pastinya kita ternanti2 keputusan dari kerajaan..jangan mudah percaya sebaran mesej yang tiada sumber kesahihannya...

Namun disebalik kenyataan fitnah ini timbul pula printscreen mesej dari Menteri berkalibel berjiwa rakyat, Hasan Malek di status FB mengatakan beliau akan letak jawatan jika harga minyak naik...

Mesej ini pun diragui kesahihannya..kenapa?


Lihat tarikh..gambar di atas ini menunjukkan status ini bertarikh March..dan icon bumi tu agak jauh sedikit dari waktu PM..

Lihat pula dibawah..tarikhnya DEC MARCH...sudah tentu ianya telah diedit bagi menjatuhkan martabat menteri berjiwa rakyat seperti DATO HASAN MALEK...


Samada betul atau tidak kita kena nantikan keputusan rasmi..sudah tentu segala keputusan akan diperhalusi tatkala negara kita akan laksanakan GST...biarpun apapun keadaan kita kena percaya bahawa GST merupakan cukai yang bagus bak kata iklan "1 cukai untuk semua"...

Sunday, March 29, 2015

Pengacara Melodi, Awal Ashaari Terlibat Kemalangan. Stabil & Sedarkan Diri...

0 comments

Pengacara sensasi Melodi, Awal Ashaari terlibat dengan satu kemalangan tidak jauh dari R&R Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ketika kejadian, Awal bersama Izuan Mokhtar dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka,

Awal dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedar diri. Izuan yang turut bersama dalam kereta BMW 6 Series itu berkata "Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas,"

Tempat Awal sebagai pengacara akan diambil alih oleh Penerbit Melodi, Michelle Wee bersama deejay Liza HotFM.

#GST - Selepas Kedai Sukan Al-Ikhsan, Pasaraya MYDIN Pula Janji Tiada Kenaikan Harga!

0 comments

Sebelum ini saya ada buat artikel bahawa kedai Sukan Terkemuka negara tidak akan menaikkan harga barangan...

Kini, Syarikat Bumiputera berprestasi tinggi Mydin pula menjanjikan tiada kenaikan harga..inilah manfaat GST...

Sebenarnya kalau diikutkan strukturnya banyak benda baik untuk negara...aku xnak ampu lebih sangat GST ni..kalau benda baik kita kena cerita...

Saturday, March 28, 2015

#GST - Al-Ikhsan Dedah Rahsia Produk Tiada Perubahan Harga!

0 comments

1 April tinggal beberapa hari saja lagi..sebut saja GST...semua mind set terfikir akan kenaikan harga barang..namun tidak kepada sebuah Syarikat milik orang Islam Al-Ikhsan..

Kedai pakaian sukan yang terkenal di negara kita telah membuat pengumuman bahawa tiada perubahan harga sebelum dan selepas GST..

Menurut kenyataan Al-Ikhsan.semua produknya sudah termasuk cukai sebelum ini dan akan kekal...

Inilah pentingnya kita berurus niaga dengan orang yang mengamalkan cara Islam berniaga..tiada unsur riba mahupun penipuan...sebarkan mesej ini...

Jom support produk Al-Ikhsan!

Friday, March 27, 2015

DAP Sarawak Keluar Pakatan Hanya Sandiwara Politik 'Sarkas'!

0 comments

Walaweyyy...DAP Sarawak umum keluar Pakatan Rakyat tidak memberi kesan apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat di Sarawak...ini hanya acah mak enon saja..sebabnya PAS di Sarawak tidak memberi impak yang besar pun dalam kepimpinan Pakatan di negeri Borneo tu.. 

Kalai betullah perjuangan DAP menentang hudud habis-habisan awat DAP Sarawak saja yang berani bersuara nak keluar Pakatan?

DAP semenanjung tak berani pula..hanya putuskan hubungan dengan Hadi Awang saja...

Nampak sangat DAP sudah tegugat dengan PAS yang benar-benar mahu laksanakan Hudud...keputusan DAP Sarawak umum keluar Pakatan ni tak ubah apa-apapun...

Keputusan DAP Sarawak keluar PR ni memang tak cerdik langsung..ini memberi kelebihan buat BN Sarawak...

Yang tergugat dengan hudud DAP Semenanjung tapi tak semena-mena DAP Sarawak pula umum keluar Pakatan..ini namanya politik sarkas...protes tak kena tempat...

Thursday, March 26, 2015

FGV Ceburi Bidang Software Perbankan..

0 comments

Beberapa hari lepas Felda Global Venture (FGV) telah menandatangani memorandum persefahaman bersama Silverlake Innovative Partners (SIP) yang mana ia akan membuka peluang baru FGV menceburi bidang Software perbankan dengan menggunakan SIP.

Sistem ini akan diaplikasikan didalam urusan perbankan Islam. Dalam satu kenyataan, FGV menyatakan anak syarikatnya Felda Prodata System Sdn Bhd akan dipertanggungjawabkan untuk bekerjasama dengan SIP untuk tujuan tersebut.

Seperti yang dilaporkan portal The Edge Markets, tempoh kerjasama akan meliputi tempoh 6 bulan untuk melihat perkembangannya.

Kerjasama ini telah menunjukan betapa hebatnya pengaruh FELDA dalam usaha melebarkan sayap FGV melakui anak Syarikat Felda Prodata menceburi industri perbankan software.

Pastinya tempoh 6 bulan tempoh MoU ini akan dimanfaatkan sebaiknya untuk melihat hasilnya.

SIP merupakan sebuah syarikat yang mengendali konsultan dalam bidang software perbankan kewangan yang mana dimiliki oleh Taikun Teknologi, Goh Peng Ooi dari Silverlake Group.


Wednesday, March 25, 2015

Pembangkang Kantoi Lagi! Pertikai @PDRMSia Tak Tangkap Dr Mashitah..

2 comments

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 'menyekolahkan' MP DAP Ipoh Timur yang cuba mempertikaikan kredibiliti anggota Polis kononnya Polis tidak menahan Ketua Wanita UMNO Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam satu kenyataan pedasnya semasa Perhimpunan Agung UMNO 2014..untuk cerita ini boleh rujuk SINI..

Inilah padahnya bila cakap tak ikut fakta...Dr Mashitah tidak ditahan polis kerana mengeluarkan kenyataan pedas membakar Al-Quran bukan kerana beliau ahli UMNO atau polis tidak berlaku adil..sebenarnya beliau telah memberi kerjasama baik dengan pihak Polis..Pihak Polis dapat merakam kenyataan Dr Mashitah dalam tempoh 24 jam..

Yang kita tengok pemimpin pembangkang yang ditangkap tu sebenarnya depa sengaja raih politik murahan..dah tahu polis nak keterangan mereka sengaja buat 'Dont Know'..Depa tahu yang kalau tidak beri kerjasama Polis akan cekup..saat inilah yang dinantikan oleh pemimpin pembangkang..barulah boleh raih simpati dengan pakaian banduan lokap dengan tangan bergari tak berkasut..barulah boleh main air mata bawa anak beranak konon polis khianati mereka..walhal sendiri cari penyakit..sendiri salahkan orang lain...

Tang pemimpin kita yang beri kerjasama pun mereka kata konspirasi Polis melindungi pemimpin UMNO..Bermacam-macam tuduhan yang telah dilemparkan kepada Ketua Wanita Baling ini sejak video ucapannya ketika PAU yang lalu menjadi Viral...

Terdahulu pemimpin Veteran DAP Kit Siang mendesak Polis ambil tindakan kepada Dr Mashitah atas kenyataan pedasnya..selepas kenyataan diberikan semuanya tiada masalah lain pula gameplan mereka...menuduh pihak Polis tak ambil tindakan...sudah-sudahah tu pembangkang berain politik murahan..orang yang beri kerjasama kepada pihak Polis pun mereka tuduh Polis tak buat kerja...

Ikuti laporan berita mengenai hal ini di Agenda Daily di SINI

Tuesday, March 24, 2015

TERKINI!!! #Pray4GermanWings - Pesawat #GermanWings Terhempas Bersama 148 Penumpang!!!

0 comments

Sebuah kapal terbang penumpang milik GermanWings dilaporkan terhempas di Selatan Perancis hari ini...

Pesawat GermanWings yang dimiliki syarikat penerbangan Lufthansa dilaporkan membawa 142 penumpang dan 6 orang anak kapal.

Pesawat malang itu telah membuat panggilan kecemasan pada jam 10:47 pagi waktu tempatan dan dikhuatiri terhempas di kawasan pegunungan Alps...

Presiden Perancis, Francois Hollande dalam kenyataan terbaru berkata kemungkinan untuk menemui mangsa terselamat adalah tipis...

Meskipun maklumat tentang kemalangan ini samar Presiden Perancis itu risau akan nasib penumpang seramai 148 orang...

Pray For GermanWings...

HUDUD : Tiong Lai Tempelak Cadangan Pemimpin Veteran DAP Tubuh Gabungan "Save Malaysia"

0 comments

Pemimpin Veteran DAP, Kit Siang seharusnya cermin diri sendiri sebelum mengeluarkan cadangan untuk menubuhkan gabungan baru ahli politik Selamatkan Malaysia "Save Malaysia" berikutan parti itu sedang bergelut untuk lari daripada konflik dalaman Pakatan Rakyat..

Kelmarin, pemimpin Veteran DAP itu mengajak mana-mana ahli politik dari BN atau PR agar mengikut cadangan barunya mahu membentuk gabungan baru yang kononnya memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang...apa selama ini DAP tak perjuangkan Perlembagaan Persekutuan ka?

Cadangan dari ahli politik veteran DAP itu mungkin kerana dia sedang mencari jalan keluar daripada kemelut DAP-PAS selepas tidak sependapat dengan desakan PAS untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II atau Hudud..

Berikutan cadangan menubuhkan gabungan "Save Malaysia" Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai telah menempelak cadangan tersebut yang disifatkan DAP tidak perlu menyesal dengan tindakan PAS mahu laksanakan Hudud..

“Kenapa masa dulu Kit Siang mempromosikan PAS yang ingin menubuhkan negara Islam. Jadi kita hendak tahu agenda Kit Siang dan anaknya (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng. Kedua-dua pemimpin ini telah membantu PAS sedangkan mereka tahu sejak hari pertama lagi bahawa PAS akan melaksanakan hudud" kata Tiong Lai.

Dahulu masa hendak bersetubuh dengan PAS membentuk Pakatan Rakyat, semuanya ok sahaja...apakah DAP tidak faham yang PAS mahu memperjuangkan negara Islam..hasil daripada penyatuan tersebut, PAS menukar dasar mereka kepada membentuk negara berkebajikan...

Berkenaan dengan cadangan Pemimpin Veteran DAP itu, Tiong Lai sangsi dengan Kit Siang "Dia sebenarnya sedang cuba untuk mengalihkan isu dan bermain politik melalui hudud. Dia tahu sejak awal lagi dan sekarang dia sudah terperangkap"...

Jika sudah tidak sebulu eloklah DAP keluar daripada Pakatan Rakyat atau Kit Siang perlu meletak jawatan..Lagipun usia dia sudah lanjut..sebelum nyanyuk eloklah bersara...

Monday, March 23, 2015

TERKINI : Tambang Baru Teksi Diteruskan, Tambang Bas Ekspress & Rel Ditunda..

0 comments

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajah Nancy Shukri sebentar tadi mengumumkan dalam satu kenyataan media bahawa kadar baru tambang teksi yang diumumkan 19 Mac lalu diteruskan manakala tambang bas ekspress dan rel ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kelak...

Pastinya pengumuman ini memberi sedikit kelegaan kepada para pemandu teksi yang menanti kenaikan ini sejak 2009 lagi...biarpun perkhidmatan pengangkutan awam dikecualikan GST namun para pemandu teksi tidak terkecuali daripada GST ketika mereka servis kenderaan...

Ternyata suara Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) yang mempunya ahli seramai 23,000 didengari oleh pihak kerajaan...diharapkan dengan kenaikan tambang ini, para pemandu teksi tidak lagi melanggar undang-undang tidak menggunakan meter dan menjamin perkhidmatan berkualiti.

Kenyataan Media

Pemandu Teksi Teruskan Tekanan Relevan Kenaikan Tambang Teksi....

0 comments

Sejurus pengumuman penangguhan kenaikan kadar tambang teksi dan Bas Ekspress oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 2 Persatuan teksi semalam menyuarakan bantahan dan menuntut kadar teksi dinaikkan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan penangguhan tambang tersebut ekoran permintaan kabinet agar ianya ditangguhkan memandangkan tempoh kenaikkannya tidak sesuai berikutan pelaksanaan GST yang bakal dilaksanakan bermula April ini...

2 Persatuan teksi yang membantah semalam ialah Persatuan Transgormasi Pemandu Teksi 1 Malaysia (PERS1M) dan Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB)..

Pengerusi BBPTB, En Amran Jan yang sebelum ini kerap bercnggah pendapat dengan SPAD dalam hal tuntutan kenaikan harga tambang ini semalam telah bersetuju tindakan SPAD mahu tambang pengangkutan awam tersebut dinaikkan...

Amran berkata :
Pemandu-pemandu teksi telah menunggu selama enam tahun dengan tiga kali tertangguh dengan alasan dari kerajaan ketika menghadapi tragedi MH370, MH17 dan bencana banjir di pantai timur tahun lalu. 
Penantian selama 6 tahun dan penangguhan selama tiga kali telah mengakibatkan mereka menanggung kos 30 hingga 40 peratus untuk pastikan kenderaan mereka masih mampu bergerak.  
Dahulu memandu Iswara yang berharga RM27 ribu, kemudian mengguna BLM yang berharga RM36 ribu dan sekarang Exora yang berharga RM60 ribu pula dengan kos penyelenggaraan ditanggung sendiri serta tambahan kos sara hidup yang semakin meningkat, maka itulah BBPTB menyokong kadar dalam lingkungan 40 peratus yang telah diumum SPAD dan tegas membantah sebarang penentangan dari orang awam, NGO, Ahli-Ahli Politik dan Menteri Kabinet yang meminta penangguhan yang jelas tidak sepadan dengan apa yang mereka alami.
Bagi Pengerusi PERS1M pula, En Kamaruddin bin Mohd Hussin menyatakan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana percaya kenaikan kadar tambang teksi ini adalah susulan penyerahan memorandum terdahulu dan mereka akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan hak pemandu teksi termasuklah SPAD.


Sebaik sahaja pengumuman kenaikan tambang teksi dan bas ekspress, tidak semena-mena Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi mengeluarkan kenyataan bahawa SPAD harus berbincang dengan kabinet. 

Aziz mendakwa kenaikan tambang ini perlu berbincang bersama kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang sekarang ini sedang sibuk dengan kempen turunkan harga barang...

Berikutan dakwaan Timbalan Menteri Pengangkutan itu, Amran Jan mendakwa ianya cadangan tidak masuk akal kerana dengan jelas pengangkutan awam darat adalah faktor utama NKRA kementerian. Alasan Aziz Kaprawi dilihat tidak berasas dan tidak mungkin beliau tidak dimaklumkan oleh pihak SPAD.

Pertemuan BBPTB dengan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi didedahkan dan mereka juga telah meluahkan rasa tidak puashati. Aziz juga telah memberi jaminan untuk membawa masalah mereka dan mengatur perjumpaan dengan SPAD, namun sehingga sekarang Timbalan Menteri ini tidak berbuat apa-apa pun.

Secara amnya, BBPTB dan PERS1M yang sebelum ini mengkritik SPAD ekoran tidak mahu menaikkan harga tambang kenderaan awam itu sejak 2009 akhirnya mereka mengakui dan bersama sependapat dengan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid...

Terdahulu PERS1M telah menyerahkan memorandm kepada YAB Perdana Menteri agar pemandu teksi diberi pelepasan pengecualian daripada dikenakan GST untuk pengangkutan awam itu...setidak-tidaknya pemandu teksi dapat menangani masalah ekonomi ekoran penangguhan kenaikan tambang..Pihak kerajaan telah berjanji tidak akan mengenakan GST kepada penumpang namun dipihak pemandu teksi, mereka tetap dikenakan GST apabila servis kenderaan...

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah Sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor..

0 comments

Saya di sini mengambil kesempatan Merafak sembah setinggi-tinggi Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim sempena Istiadat Kemahkotaan Baginda hari ini 23 Mac 2015 bersamaan 2 Jamadilakhir 1436...

Semoga Allah SWT Peliharakan Tuanku dan melindungi Johor dan Rakyat Jelata...

Amin Ya Rabbal Alamin

Ewah!Meriah Sakan @NajibRazak Rai Kemenangan TIPIS Manchester Utd Ke Atas Liverpool #YNWA

0 comments

Ewah bukan main gembira nampaknya Perdana Menteri, Najib Razak selepas menyaksikan pasukan kegemarannya Man Utd menang TIPIS ke atas Liverpool di Anfield sebentar tadi...

Najib yang baru tiba dari Lapangan Terbang Senai untuk menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim esok, sempat meluangkan masa singgah di Restoran Singgah Selalu dengan ditemani Menteri Besar Johor, Khaled Nordin dan beberapa orang Exco Kerajaan Negeri untuk menyaksikan perlawanan dramatik Liverpool menentang Man Utd sebentar tadi.

Dalam perlawanan tadi, Liverpool bermula dengan baik sehingga berjaya mengotak katikkan barisan pertahanan Man Utd. Sehingga kelekaan barisan pertahanan Liverpool membolehkan Mata mencuri peluang dan menjaringkan gol pada minit ke-14..

Pada separuh masa kedua, Liverpool cuba bangkit dengan menukarkan Adam Lallana dengan Steven Gerrard..Namun seminit selepas itu, Gerrard telah dilayangkan kad merah kerana didakwa mengasari pemain Man Utd.

Skuad Liverpool yang pincang dengan kekurangan seorang pemain memberi peluang kepada pemain Man Utd mencuri peluang menambah gol kedua melalui Mata pada minit ke 66 hasil sepakan gunting yang menerjah gawang...

Skuad Liverpool yang tidak patah semangat dengan sorakan padu para penyokong melancarkan serangan ke kubu lawan.hasilnya pada minit 68 D. Sturridge telah menjaringkan gol yang dinanti-nantikan Liverpool...

Pada minit ke 90, skuad Man Utd dihadiahkan sepakan penalti namun gagal di sempurnakan oleh Rooney...perlawanan tamat berkesudahan Liverpool 1 Man Utd 2...

Bawah ini beberapa keping gambar gelagat PM kita ketika menyaksikan perlawanan tadi...






Sunday, March 22, 2015

KEPUTUSAN RASMI PRK N.06 CHEMPAKA. PAS CATAT KEMENANGAN BERGAYA!

0 comments


KEPUTUSAN RASMI PRK N.06 CHEMPAKA

PAS - 10899
GAJAH-807
KUNCI-89
PEN-51
BUKU- 27

MAJORITI 10090
Keputusan itu diumumkan oleh pegawai pengurus prk cempaka

PAS for All..disebabkan label inilah PAS sekarang disifatkatkan orang bukan islam sebagai parti mungkir janji kerana melaksanakan Hudud..tidak bersifat untuk semua...adeh!

Kenaikan Tambang Teksi Ditangguhkan - SPAD Akur, Pemandu Teksi Terus Menanti.....

0 comments

Biarpun perit, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akur dengan kehendak Kabinet yang mahu kenaikan tambang teksi ditangguhkan sedikit masa lagi. Selaku sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab mengawal selia pengangkutan awam di negara ini, SPAD telah lakukan yang terbaik untuk meningkatkan kualiti hidup para pemandu teksi.

Isu tuntutan menaikkan tambang bukan perkara baru bagi pemandu teksi...Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) antara NGO yang acap kali mendesak pihak SPAD dan kerajaan menaikkan tambang teksi...apa tidaknya, kos penyelenggaran kenderaan sentiasa meningkat...tambang tahap yang sama juga...disebabkan hal ini, ada pemandu teksi yang terpaksa mengambil risiko tidak menggunakan meter ketika menghantar penumpang...

Data yang dicatatakan pihak SPAD, kesalahan yang kerap dilakukan oleh pemandu teksi ialah tidak mengguna meter..setiap kali OPS Tegas yang dilaksanakan SPAD pasti akan ada tangkapan pemandu teksi tidak menggunakan meter...bila ditangkap barulah mereka hendak menyesal tapi pernahkah kita tanya apakah puncanya sampai pemandu teksi ini melanggar undang-undang tidak menggunakan meter..jawapan mereka rate tambang yang ditetapkan sekarang ini tidak munasabah..tidak peraya pergilah luangkan masa bertanya pemandu teksi di luar sana...

Tugas SPAD cuba membela nasib pemandu teksi ini dengan menaikkan harga tambang..mungkin atas faktor masa tidak sesuai memandangkan kerajaan akan melaksanakan GST, ramai pihak yang menuntut agar ianya ditangguhkan...

Atas inisiatif toleransi dan diplomasi, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata "Kabinet mempunyai kuasa untuk menangguhkan kenaikan tambang berkenaan."

"SPAD mematuhi prosedur dan undang-undang. Kabinet mempunyai kuasa dan kami akan ikut arahan. Tidak perlu wujud persengketaan,".

Permintaan penangguhan kenaikan kadar tambang baru tersebut telah dinyata sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memaklumkan bahawa Kabinet sudah meminta suruhanjaya berkenaan berbuat demikian kerana tidak sesuai dilaksanakan ketika ini...

Sabar sajalah pemandu-peandu teksi, mungkin belum sampai rezeki anda...saya mengharapkan tidak ada pihak cuba mengapi-apikan golongan ini untuk memberontak menuntut kenaikan tambang....SPAD sudah melakukan yang terbaik...cuma ada beberapa perkara perlu diperhalusi memandangkan negara kita akan melaksanakan GST April ini...

HUDUD - Dr Mashitah Ulas 'Kenapa DAP Bantah Hudud"

0 comments

Akhirnya DAP buat pertama kali melancarkan serangan terhadap PAS secara terbuka dengan mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan melabelkan Hadi sebagai "Penghianat Bersiri" oleh pemimpin tertinggi parti itu..

Betul-betul marah DAP terhadap keseriusan PAS mahu laksanakan hudud..Guan Eng dalam satu kenyataan balas mendakwa Hadi telah menghantar notis membentang rang undang-undang persendirian di Parlimen berkaitan pelaksanaan hudud tanpa pengetahuan gabungan Pakatan Rakyat..

Lim mendakwa bahawa Hadi perlu membincang perkara ini dalam mesyuarat majlis kepimpinan pakatan sebelum melakukan tindakan tersebut..Tindakan yang dilakukan DAP seolah-oleh mereka lebih Islam daripada PAS...



Jika berbincang pun DAP bukan boleh buat apa...setelah beberapa tahun bergabung dengan PAS ternyata hati pemimpin DAP masih gelap untuk menerima Islam..dahulu bukan main lagi PAS melabelkan kepimpinan Guan Eng sebagai kepimpinan ibarat Khalifah Umar Abdul Aziz..kononnya Guan Eng akan terbuka untuk menerima cara kepimpinan Islam..ternyata ianya hanya sia-sia...

Benar sepertimana yang pernah ditulis oleh Dr Mashitah mengenai pendirian DAP terhadap Hukuman Hudud...DAP tidak akan berganjak untuk tidak membenarkan hudud dilaksanakan..Dalam tulisan Dr Mashitah di Sinar bertajuk Kenapa DAP bantah Hudud, beliau telah menjelaskan bahawa :
Kita hendak tunggu bila lagi bagi melaksanakan hudud sebab ia adalah tuntutan agama. Pas sudah terajui kerajaan di Kelantan lebih 23 tahun. Soal jenayah kurang atau tidak itu masalah nombor dua. Pas sudah banyak berkompromi dengan DAP dan PKR. 
Kita sanggup ubah pendekatan kepada Negara Berkebajikan pada PRU lepas, kesannya Pas Kelantan merosot sehingga hilang tiga kerusi Dewan Undangan Negeri,” ujarnya. 
Pemimpin Pas termasuk Mohamed Amar mengambil masa begitu lama untuk sedar hakikat. Baru sekarang mereka memahami strategi politik parti rasis-cauvinis ini. 
Kesannya, Pas menjadi parti paling lemah dalam Pakatan Rakyat ekoran kekalahan banyak kerusi dalam PRU 2013 dan hilang sokongan pengundi akar umbi terutama di luar bandar. 
DAP berusaha menjadi parti lebih kuat untuk mencapai matlamat serampang dua mata, yakni mencabar kekuatan Umno-Barisan Nasional di Parlimen selain menyekat hasrat Pas menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Hari ini, DAP berada pada kedudukan paling kuat dalam sejak penubuhannya 50 tahun lalu, dan Umno-BN telah hilang penguasaan dua pertiga majoriti di Parlimen. 
Justeru dalam isu hukum hudud, DAP tidak mahu melihat sokong-menyokong antara Pas dan Umno di Parlimen, dan menganggap komitmen Umno Kelantan untuk menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan Pas sebagai tidak sihat. 
Menurut Kit Siang, apabila Pas dan Umno saling berjuang menegakkan agama Islam, ini tidak baik untuk demokrasi dan hak asasi rakyat, boleh menjejas kemajuan ekonomi dan persaingan antarabangsa serta membantut usaha mengekalkan Malaysia sebuah negara sekular.
Yang pastinya sudah tentu PKR dan DAP tidak senang dengan kebersamaan UMNO dan PAS dalam hal Hudud ini...benar seperti yang diulas oleh Dr Mashitah...kebersamaan UMNO dan PAS dalam hal Hudud ini akan menggoyahkan kedudukan DAP. Hudud tidak bagus untuk demokrasi dan hak asasi bukan alasan untuk DAP menolak Hudud...

Apa yang terjadi di Kelantan 19 Mac lalu ternyata memberi tamparan hebat buat DAP dan PKR, semua ADUN BN dan PAS bersetuju sebulat suara menyokong pindaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (1993). Keputusan itu telah diumumkan oleh Speaker DUN Datuk Abdullah Ya'kub sebelum menangguhkan Penggal Ketiga Sidang Dewan Negeri Kelantan Ketiga Belas 2015.

Sudahlah DAP dengan keras hati mereka, Azmin sebagai Menteri Besar Selangor juga tidak senang dengan perbalahan DAP dan PAS mengenai hukuman hudud... Apa tidaknya jika DAP umum keluar Pakatan sudah tentu kedudukannya selaku MB akan goyah. DAP mempunyai 28 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor. Jika ini terjadi DUN Selangor akan kurang 1 kerusi untuk Azmin meneruskan kerajaan..

Sama-sama kita nantikan keputusan DAP sama ada mahu keluar dari Pakatan atau tidak..jika tidak saya menjangkakan PAS akan keluar kenyataan bahawa perjuangan mereka tetap sama kecuali dalam hal agama sahaja DAP tidak boleh masuk campur..

Saturday, March 21, 2015

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 23 Mac Merupakan Hari Kelepasan AM Negeri Johor Ganti Kelepasan AM Keputeraan Sultan 22 Nov...

0 comments

Tiada lagi pertikaian sektor perkilangan yang tidak mahu ambil cuti 23 Mac ini sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor..Sebelum ini ada kilang yang tidak mahu ambil cuti pada hari berkenaan dan ada juga kilang yang mahu mengganti cuti tersebut pada hari sabtu berikutnya..

Berikutan pertikaian ini, Kerajaan Johor telah mengumumkan 23 Mac setiap tahun sebagai cuti kelepasan am negeri mulai tahun ini.
Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Ismail Karim berkata cuti tersebut yang mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim akan menggantikan cuti kelepasan am Hari Keputeraan Sultan Ibrahim, 22 Nov setiap tahun. 
"Ini bermakna tidak ada sambutan Hari Keputeraan pada 22 Nov setiap tahun dan Hari Keputeraan Sultan Johor itu diisytihar pada 23 Mac setiap tahun," katanya kepada pemberita di sini Khamis. 
Ismail berkata kerajaan Johor sudah mewartakan 23 Mac sebagai cuti kelepasan am dan sedang dalam proses untuk pembatalan cuti kelepasan am pada 22 Nov. 
Beliau berkata sehubungan pertukaran cuti tersebut, jumlah cuti kelepasan am di negeri ini kekal dan tiada elemen penambahan cuti.-  BERNAMA

Kenaikan Tambang Teksi - Budaya 'Friendly Fire' Masih Diamalkan..

1 comments

Sejak beberapa hari ini, kita nampak 2-3 orang dalam UMNO mahu tunjuk vokal yang mereka ini membela rakyat dengan membantah kenaikan harga tambang teksi yang diumumkan SPAD baru-baru ini...entah kemana mereka selama ini bila umum saja tambang naik masing-masing bingkas berdiri terpekik terlolong mengatakan kenaikan tambang teksi ini tak relevan kerana negara akan melaksanakan GST..

Ada pula yang mahu mendesak Perdana Menteri secara 'BISIK' yang kenaikan ini tidak munasabah....kentutlah..sebelum orang ITU bersuara lebih baik dia cermin dulu muka tu...berapa banyak kali dia naik teksi?apa feed back yang dia dapat dari pemandu Teksi sebelum menjadi pengampu mendesak kenaikan tambang teksi ini tidak wajar?takkan nak tunggu pemandu teksi datang jumpa dia dan mengadu?aiyak!kau wakil rakyat..pergi sajalah tanya pemandu teksi apa feed back dia sebelum bersuara..

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sebenarnya ditubuhkan atas cetusan idea YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak yang mana telah diletakkan bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri. Takkanlah bodoh sangat Tan Sri Syed Hamid selaku Pengerusi SPAD mahu buat keputusan semberono mengumumkan kenaikan harga sesuka hati..

Jadi orang-orang itu yang membantah SPAD atas tindakan menaikkan harga tambang secara tidak langsung dia telah membantah keputusan JPM...ada yang bagi alasan kenaikan kos pelbagai bukan alasan untuk menaikkan harga tambang teksi...ada juga menyalak masa tidak sesuai...nak termuntah aku dengar alasan dari orang UMNO sendiri...

Tak hairan ke kenapa pembangkang tak mainkan isu kenaikan harga tambang teksi ni?sepatutnya mereka dulu membalun kerajaan tapi ini sudah terbalik lah..pembangkang pula tepuk tangan..haha!

Orang dalam kerajaan sendiri balun keputusan tersebut..benar kata PM tak bolehlah guna alasan Friendly Fire untuk menghalalkan cara membangkag keputusan yang dibuat.

Jika terlupa boleh tengok balik video ini...


Sepatutnya orang dalam kerajaan sendiri lebih rasional daripada pembangkang mengapa kenaikan harga tambang teksi ini wajar...yang menuduh kenaikan tak relevan kerana negara kita nak laksanakan GST agaknya tak tahu yang pelanggan tidak dikenakan GST..


Kenaikan tambang ini sebenarnya mahu meringankan beban pemandu teksi yang terpaksa menanggung kos yang sentiasa meningkat sejak 2009 lagi...dalam tempoh 2009 hingga sekarang masih mahu katakan tempoh masa kenaikan tak sesuai?adeh!nak terberak boleh ke kata tak payah beraklah..masa tak sesuai...

Tahukah anda yang pemandu terpaksa berdepan dengan GST apabila mereka servis kenderaan mereka dipusat servis...banyak lagi isu berkaitan pemandu teksi ini jika kita hendak korek dan kenaikan tambang teksi ini salah satu cara membantu para pemandu teksi....

Sudah-sudahlah nak membantah...kalau ia pun nak jadi popular mahu bertanding pada Perhimpunan Agung UMNO akan datang..lebih elok jadi popular membalun pembangkang...bila pembangkang tahu pula PLAYSAFE...jangan jadikan budaya membalun kerajaan untuk jadi popular..itu silap!

Jika pemimpin kerajaan kata mahu tangguhkan dahulu kenaikan tambang teksi itu lebih elok daripada terus melabel kenaikan ini tak patut...aku hairan dalam keadaan macam ni kemana pergi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M)?dulu bukan main lagi desak mahu naikkan tambang..bila dah naik senyap saja...


Friday, March 20, 2015

Pusat Kajian Pondok : Selain KUIN, 3 Universiti Tempatan Turut Berminat...

0 comments

Baru-baru ini, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dan Kolej Univsiti Insaniah (KUIN) telah berjaya memeterai perjanjian bersama menubuhkan Pusat Kajian Pondok (PKP) di Kampus KUIN Kuala Ketil yang mana telah mula beroperasi 1 Mac yang lalu..

Perjanjian ini lebih bermakna apabila YAB Perdana Menteri, Najib Razak sudi merasmikan PKP dan menyaksikan sendiri majlis menandatangani MoU KUIN-YPPM. Rujuk artijel majlis perasmian PKP di SINI

Merujuk kepada pembahagian tugas antara dua pihak ini, Dr Mashitah Ibrahim selaku Pengarah PKP telah menerangkan skop tugas dalam satu artikelnya bertajuk Implikasi MoU KUIN - YPPM berkata "KUIN bersetuju menyediakan kepakaran dan kakitangan yang diperlukan untuk program / aktiviti yang dijalankan bersama, kemudahan penyelidikan / kajian seperti perpustakaan, bilik dewan, padang dan peralatan, serta sokongan logistik dan jaringan.

Manakala YPPM pula bersetuju menyediakan kepakaran dan kakitangan, bantuan berbentuk fizikal dan bukan fizikal, serta sokongan logistik dan jaringan.

Penubuhan PKP ini bakal meningkatkan lagi kualiti  kajian berkaitan pendidikan pondok. Biarpun perjanjjan ini hanya melibatkan 2 pihak namun ianya tidak mengehadkan kerjasama pihak lain misalannya mengadakan kajian dan penyelidikan bersama.

Menurut Dr Mashitah, selain KUIN, 3 Universiti tempatan lain turut mempunyai minat khusus terhadap kajian pondok iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, dan Universiti Sains Islam Malaysia.

Eloklah tu, baru sahaja panas enjin sudah banyak Universiti menyuarakan minat tentang PKP ini. Benda baik kita tidak boleh sekat. Jika semua Universiti ada subjek universiti masing-masing siapa sangka suatu hari nanti Pusat Kajian Pondok diwujudkan disemua IPTA tempatan. Mungkin suatu hari nanti pengajian Pondok dimasukkan dalam salah satu 'Content Learning Order' berkredit di semua IPTA..

Akhirnya denyut nadi pengajian pondok akan terus segar dalam landskap yang berbeza..Insya'allah....



Thursday, March 19, 2015

Tambang Teksi & Bas Ekspress Naik Ekoran Kenaikan Kos Pelbagai Sejak 2009...

0 comments

Selepas mendengar rungutan berterusan daripada pengusaha teksi dan bas ekspress, akhirnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membuat pengumuman bahawa kadar harga pengangkutan awam itu akan dinaikkan berkuatkuasa 15 Mei ini...

Biarpun keputusan SPAD ini mendapat pertikaian hangat namun dari sudut lain, rakyat yang bekerja sebagai pemandu teksi dan bas merasa sedikit kelegaan apabila kali terakhir kedar tambang kenderaan awam itu disemak pada 2009...

Tambang naik! Sudah tentu ramai yang marah..sehinggakan bekas menteri dan pemimpin naib pemuda yang jarang menaiki pengangkutan awam pun berkokok kononnya kenaikan inj membebankan rakyat dan ada yang mentakrifkan keputusan tersebut sebagai kejam...mereka yang bersuara ini sebenarnya tidak pernah mendengar rungutan pemandu teksi bahawa kadar tambang pada masa ini tidak munasabah...

Sudah saya katakan pada artikel sebelum ini yang bertajuk Wajarkah Tambang Teksi Dinaikkan yang boleh dilayari DI SINI bahawa apa sahaja keputusan yang dibuat pasti ada pihak tidak selesa...tidak dinaikkan harga tambang, para pemandu teksi merunggut sehingga ada yang sanggup tidak mengguna meter dek kerana kadar lama yang tidak munasabah...jika naikkan harga pula pasti ramai merunggut...

Inilah cabaran yang harus dihadapi oleh SPAD dalam menangani kes ini...


Kadar baharu tambang teksi dan bas ekspress itu telah diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu sidang media pada pagi tadi. Kadar kenaikan tambang ini berikutan kenaikan kos operasi, kos penyelenggaran dan kos insurans sejak 2009 hingga kini.

"Setakat hari ini kos penyelenggaraan teks dan bas telah menjngkat 33% dimana NGV sahaja naik 11.3%. Kita juga kena mengambilkira susut nilai dan kenaikan gaji" katanya.

SPAD mahu menggimbangi tambang teksi dengan kos penyelenggaraan serta keseimbangan antara kebajikan penumpang dan kesan ekonomi kepada pengendali teksi, keputusan ini bukan dibuat semalam tetapu setelah melalui proses interaksi bersama kumpulan sasaran selama beberapa tahun iaitu pengendali teksi, pemandu teksi dan pengguna.

Kadar baru tambang teksi hanya menyentuh kadar jarak dan masa perjalanan. Manakala kadar pemula atau kadar kilometer pertama / tiga minit pertama dikekalkan sebanyak RM 3.00.

Bagi golongan kurang upaya OKU, orang tua dan kanak-kanak akan terus menikmati diskaun 25% untuk tambang bas ekspress.

Berikut adalah perbandingan harga selepas pengumuman kenaikan kadar baru tambang pengangkutan awam ini :





PAS Serius Laksanakan Hudud..Ambiga Tidak Layak Membantah!!!

1 comments

PAS akhirnya berani melanggar perjanjian sumpah setia kepada PKR dan DAP sepanjang bersama Pakatan Rakyat apabila membentang Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 (1993) 2015 yang menterjemahkan keseriusan PAS ingin melaksanakan hukuman Hudud di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan...

Tindakan PAS itu diibaratkan suatu pebgkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat selama ini..

Ambiga benar-benar berang dengan tindakan PAS yang mana mahu melaksanakan hukuman hudud yang menurutnya melanggar muafakat PR selama mereka bersama...

Ambiga mendakwa kepercayaannya terhadap PAS semakin pudar ekoran keberanian PAS membentangkan rang undang-undang HUDUD...

"Saya ada ramai kawan-kawan di dalam PAS, apa yang dilakukan hari ini menjadikan kepercayaan kepada mereka semakin pudar.

"Mereka tidak seharusnya membentangkan rang undang-undang seperti itu di Dewan Undangan Negeri hari ini tanpa perbincangan," kata Ambiga

Rang undang-undang HUDUD yang dibentangkan Menteri Besar Kelantan mendapat sokongan ADUN dari Barisan Nasional...

Hairan juga mengapa Ambiga begitu marah sedangkan mereka sepatutnya tahu yang perjuangan PAS adalah untuk Islam...

Jika mereka berani lancarkan program seksualiti merdeka mengapa tindakan PAS mendapat bantahan..

Syabas PAS! anda menjadi hero untuk kali ini...akhirnya berani juga PAS menegakkan perjuangan asal mereka setelah lama mereka menyepi dek menghormati perjuangan rakan pakatan...

Kita tengok apa game seterunya akan berlaku..apakah PAS berani isytihar keluar Pakatan demi menegakkan hukuman Hudud atau hukuman tersebut ditangguh lagi....wait and see...

Wednesday, March 18, 2015

Wajarkah Tambang Teksi Dinaikkan? Ikuti Kupasannya...

1 comments

Baru-baru ini saya ada menulis tentang Ops Tegas yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang membawa treler menyita terus teksi yang tidak mengunakan meter..artikel terdahulu yang bertajuk PANAS!! SPAD Bawa Trelar Sita Teksi Tidak Guna Meter! telah mendapat reaksi kurang senang wakil Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) yang mendakwa tindakan SPAD zalim..


Tindakan SPAD yang menyita teksi tidak menggunakan meter bukanlah sezalim yang disangka..SPAD hanya mengikut undang-undang sedia ada yang telah ditetapkan...tujuan SPAD laksanakan operasi menahan pemandu teksi tidak menggunakan meter adalah bagi memastikan imej pemandu Teksi sentiasa dipercayai pengguna dengan ketelusan pembayaran menggunakan meter.

Sebenarnya dalam SPAD melancarkan operasi membanteras pemandu teksi yang degil tidak menggunakan meter, pihak SPAD juga melaksanakan Kajian Sikap melalui Proses Interaksi bagi mencari punca, keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan dalam industri Teksi tentang kadar tambang teksi...ringkasan proses interaksi boleh lihat grafik di bawah :

3 Proses Interaksi - Dengar, Penambahbaikkan & Maklum
Data yang diterima mendapati kesalahan yang kerap dilakukan oleh pemandu teksi ialah tidak menggunakan meter...menurut laporan rawak mendapati rata-rata pemandu teksi mengkehendaki kadar tambang teksi dinaikkan..kadar sekarang ini tidak padan dengan situasi semasa...

Hasil semakan daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), kali terakhir semakan kadar tambang teksi dijalankan pada tahun 2009. Berbanding dengan tahun 2009, ternyata kos operasi, servis, insurans semuanya telah naik..Kos bahan apo meningkat 21%, kos penyelenggaraan tayar, bateri, dan kos baik pulih telah meningkat sebanyak 25%. Kadar insurans kenderaan turut meningkat sebanyak 15%..Untuk memudahkan pemahaman rujuk grafik di bawah:


5 Komponen utama mengapa kadar tambang sewajarnya dikaji sejak 2009
Biarpun kadar tambang teksi ini mempunyai keperluan untuk distruktur semula namun pemandu teksi perlulah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak SPAD...pihak SPAD sedang mengkaji semua perkara bagi melihat kembali rasionalisasi kenaikan tambang teksi..kesian juga kepada pemandu teksi, mereka tersepit dengan kos operasi saban tahun yang sentiasa meningkat namun kadar tambang masih sama seperti 2009...disebabkan hal inilah ramai pemandu teksi yang melanggar peraturan tidak menggunakan meter...

Kesian nasib pemandu teksi..hendak dinaikkan harga tambang kena denda dengan pihak SPAD...tidak naik tidak boleh juga...pendapatan sektor lain semuanya naik setiap tahun...lebih-lebih lagi pekerja disektor kerajaan setiap tahun mereka akan dinaikkan gaji dalam sistem Kenaikan Gaji Tahunan namun pemandu teksi masih ditahap yang sama juga...

Ini merupakan cabaran besar buat pihak SPAD...sebagai sebuah suruhanjaya yang menjadi egen tengah antara pemandu teksi dan pengguna, mereka perlu membuat semakan yang amat teliti sebelum membuat sebarang keputusan...

Tidak menaikkan kadar tambang teksi, SPAD disalahkan pemandu...
Jika naikkan tambang, pengguna pula merunggut...

Tuesday, March 17, 2015

#GST : Ehsanuddin Tempelak Rafizi!!!160 Negara Laksanakan #GST Harus Bersyukur Kerana Tiada Pakatan Rakyat Di Negara Mereka...

0 comments

Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST akan dilaksanakan di Malaysia pada 1 April ini..Sistem cukai ini bukan perkara baru yang sengaja diada-adakan oleh Malaysia dibawah pemerintahan Barisan Nasional..Setakat data yang diterima setakat ini, saya mendapati sebanyak 160 negara telah laksanakan GST...

Daripada jumlah 160 itu, 8 negara yang melaksanakan GST bukan lah negara angota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB...daripada jumlah 193 negara anggota PBB pula sebanyak 41 sahaja negara belum laksanakan GST termasuk negara Malaysia...

Apa yang ingin diulas di sini ialah, pemimpin dan rakyat 160 negara yang melaksanakan GST harus panjatkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kerana negara mereka tidak ada PAKATAN RAKYAT...jika ada Pakatan Rakyat di negara mereka sudah tentu pelaksanaan GST di negara mereka akan terganggu dek kerana kerajaan terpaksa melayan kerenah pemimpin pakatan yang hanya tahu mencipta propaganda kononnya apa yang kerajaan buat semuanya tak betul...

Ibarat beras..BN bina kilang beras untuk proses padi menjadi beras...jika Pakatan ada..pasti mereka kata membazir bina kilang..baik lakukan secara tradisonal..pemimpin pembangkang ni memang otak cetek..mereka sahaja yang betul..benda baik untuk rakyat pun mereka nafikan..semuanya kerana mereka fikir apa yang BN buat semuanya tak betul...

Sampai Rafizi gunting rambut pun cuba dikaitkan dengan kelemahan Barisan Nasional...baru-baru ini Ahli Parlimen Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid menempelak kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa GST ini membebankan rakyat...

Ikuti kenyataan Ehsanuddin mengenai kenyataan "tak sekolah" Rafizi tentang pelaksanan GST yang saya petik di portal BNBBC :
“Apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Pandan itu memang mengelirukan rakyat kerana ada empat perkara penting yang boleh dilihat kesan positifnya. 
“Pertama, daripada dua cukai jadi satu cukai iaitu 16 peratus menjadi 6 peratus sahaja, banyak barangan yang daripada mahal menjadi makin murah, harga boleh direbat daripada kerajaan oleh pembekal, pengilang dan pengedar, serta bukti yang paling jelas adalah sebanyak 160 daripada 190 buah negara yang telah menggunakan cukai GST ini,” katanya if kepada BNBBC.my di Parlimen, Isnin.

Sebelum itu, Rafizi sewaktu membahaskan titah Diraja menekankan soal GST yang kononnya akan membebankan rakyat. 
Menurut Ehsanuddin, GST adalah selaras Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan di mana peniaga tidak boleh mengenakan harga jualan dengan kadar yang sangat tinggi kerana kerajaan mampu mengawal harga berdasarkan sistem rebat yang dikenakan kepada setiap peniaga, pengilang mahupun pembekal. 
“Di sini semua pihak akan dapat manfaatnya, baik dari segi peniaga akan mendapat keuntungan, pengguna dapat berbelanja dengan harga di bawah kawal manakala kerajaan akan mendapat sumber pendapatan daripada percukaian yang akhirnya cukai tersebut akan dinikmati oleh semua pihak,” katanya.

Selain itu, penggunaan GST juga akan dapat meyakinkan para pelabur untuk melabur di Malaysia memandangkan negara kita akan turut menyertai 160 negara lain mengenakan cukai yang sama. 
“Ini bermakna cukai GST ini bertaraf antarabangsa kerana banyak negara luar yang telah menggunakan cukai tersebut lebih awal daripada kita,” tambahnya. 
Justeru, beliau menolak tanggapan Rafizi yang menyatakan GST hanya membebankan rakyat kerana ia bertentangan matlamat kerajaan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam semua aspek khususnya menerusi perlaksanaan GST bermula April ini. -BNBBC
Pakatan Rakyat...Apa saja BN buat semua bangkang!pendek kata apa saja masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian semuanya berpunca daripada BN...Sakit Perut salahkan BN..Kena gigit nyamuk pun salahkan BN...Harga Minyak turun salahkan BN..harga minyak naik salahkan BN...dijatuhi hukuman penjara kerana kesalahan meliwat pun salahkan BN...sampaikan sedang tengah tidur jatuh katil pun salahkan BN...memalukan sungguh perjuangan Pakatan ni!

Sunday, March 15, 2015

Ulang Tahun #MCA66 - Menyingkap Kembali Sejarah Perjalanan MCA..

1 comments

Bertemakan "Kesederhanaan dalam Pentadbiran, Praktikal dalam Penampilan", sambutan ulang tahun penubuhan MCA yang ke-66 dijadual akan disambut pada hari ini di Dewan San Choon, Wisma MCA Jalan Ampang bakal membuka lembaran baru kebangkitan semula MCA yang penuh cabaran sejak beberapa tahun kebelakangan bagi mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada parti keramat masyarakat Cina itu.

Merujuk kepada tema tahun ini, MCA ternyata mengutamakan kesederhanaan dalam sistem pentadbiran dan lebih realistik dan praktikal dalam penampilan membuktikan betapa bersungguhnya kepimpinan MCA yang dikepalai Presiden MCA, Dato' Sri Liow Tiong Lai.

MCA mempunyai sejarah yang panjang dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia..matlamat MCA bukan hanya untuk masyarakat Cina sahaja malah untuk rakyat Malaysia..

Menyorot kembali sejarah penubuhan MCA 27 Februari 1949, Presiden pertama MCA Tun Tan Cheng Lock bersama Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S Lee telah bersama-sama mengasaskan parti keramat MCA...tujuannya pada ketika itu ingi menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu, melindungi hak dan kepentingan orang Cina disamping bekerjasama dengan kerajaan menentang ancaman komunis..

Pada ketika itu, jalan terbaik adalah bekerjasama dengan British dan menentang anasir Komunis..ketika itu, cabaran MCA adalah menentang komunis dan mereka perlu bekerjasama dengan kaum lain untuk memastikan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan..

Menyedari akan perkara ini, Tun Tan Cheng Lock selaku Presiden telah mengetuai kempen di seluruh Tanah Melayu untuk menubuhkan cawangan MCA di semua negeri bagi menambahkan sokongan masyarakat Cina untuk bersama MCA. Hasilnya, seramai 200,000 orang ahli telah berjaya didaftar dan semakin berkembang..

Tugas MCA amat mencabar ketika itu, mahu menambah pengaruh disamping perlu meyakinkan pihak British bahawa sebahagian besar masyarakat Cina di Tanah Melayu tidak bersekongkol dengan perjuangan Komunis..

Usaha keras MCA bekerjasama dengan British telah berjaya melemahkan perjuangan komunis. MCA telah menyusun semula penempatan masyarakat Cina ketika itu yang tinggal berselerak dikawasan pinggir hutan kepada penempatan yang lebih tersusun dipanggil "Kampung Baru".

Struktur empire MCA semakin mantap apabila bilangan masyarakat Cina semakin ramai bersama parti itu. Melihat akan perkembangan positif ini, Tun Tan Cheng Lock telah membawa MCA dalam konvensyen Kebangsaan yang dianjurkan UMNO pada 23 Ogos 1953..Hasilnya, kata sepakat telah berjaya dimeterai apabila persefahaman kearah mencapai kemerdekaan. 

Mereka tahu, hanya jalan ini sahaja akan membuatkan Tanah Melayu merdeka sebagaimana disyaratkan oleh British yang mana mahukan kerjasama antara kaum jika Tanah Melayu mahu mencapai kemerdekaan... 

Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO, MCA dan MIC telah bekerjasama membentuk parti Perikatan untuk mencapai kemerdekaan..Parti Perikatan telah memenangi 51/52 kerusi dalam Pilihan Raya Persekutuan tahun 1955..Sejarah telah membuktikan bahawa kerjasama parti keramat UMNO, MCA dan MIC telah membawa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah...

12 orang Mastermind yang menjadi Presiden MCA sejak penubuhan
Setelah 66 tahun berlalu, perjuangan MCA diwarisi sehingga hari ini. Setakat ini seramai 12 orang presiden telah mewarisi perjuangan parti keramat Cina ini sepanjang tempoh 66 tahun..Jika dahulu Tun Tan Cheng Lock menghadapi cabaran mendapatkan sokongan masyarakat Cina dan memerangi anasir komunis, cabaran MCA kini adalah memulihkan persepsi masyarakat Cina dan rakyat Malaysia daripada fitnah yang bermaharajalela daripada seteru politik Barisan Nasional...baru-baru ini Ahli Parlimen DAP Bakri telah dikesan secara jelas memfitnah Chew Mei Fun..inilah cabaran politik ketika ini membentuk persepsi masyakat memerangi fitnah..

Ini merupakan cabaran besar buat legasi Dato' Sri Liow Tiong Lai mengembalikan kegemilangan MCA..Justeru itu, bertepatanlah tema "Kesederhanaan dalam Pentadbiran, Praktikal dalam Penampilan" yang dipilih pada sambutan ulangtahun ke-66 MCA ini...Rakyat sekarang perlu dibela daripada politik rakus fitnah dan MCA perlu terus bekerja membela nasib rakyat..rakyat sekarang ini sedang menilai sebelum mereka membuat keputusan kembali pada PRU 14...

Selamat Ulang Tahun ke-66 MCA!

Saturday, March 14, 2015

PM @NajibRazak Rasmi Perjanjian Persefahaman KUIN - YPPM Tubuh Pusat Kajian Pondok (PKP)

0 comments

Siang tadi berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta Perasmian Pusat Kajian Pondok (PKP) Kuin yang dilangsungkan di Tabung Haji Hotel & Convention Centre Alor Star, Kedah..

Perasmian ini telah dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak yang juga merangkap Penaung Kepada YPPM...turut hadir pada majlis berkenaan Menteri Besar Kedah DS Mukhriz Mahathir, Rektor KUIN Prof Datuk Mohd Yusof dan Pengerusi YPPM, Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim.

Usaha sama antara KUIN dan YPPM ini bertujuan mahu mengangkat martabat keilmuan tentang pengajian pondok di Malaysia..terdahulu saya ada menulis tentang perkara ini yang boleh rujuk di SINI..

Berlatar belakangkan pengajian pondok dan memahami tentang landskap pengajian pondok, pemilihan Dr Mashitah sebagai Pengarah PKP KUIN adalah amat tepat bagi memudah cara urusan antara KUIN dan YPPM...

Penubuhan PKP ini bertujuan untuk menjalankan kajian yang lebih giat dan meluas terhadap institusi pondok serta sistem pengajiannya di Malaysia dan Luar Negara bagi mengembangkan ilmu mengenainya...

PKP akan memberi tumpuan kepada penyelidikan yang lebih terperinci berhubung pengajian pondok termasuklah sumbangan ulama dan tokoh pondok. Selain itu, isu-isu berkaitan pembangunan, perkembangan dan pengaruh pondok selepas merdeka akan dikaji untuk manfaat generasi masa hadapan disamping melakukan penambahbaikan dalam bidang ini...

Saya mengharapkan jalinan kerjasama anatara YPPM dan KUIN akan memantapkan lagi PKP seterusnya mencapai matlanat yang diimpikan...insya'allah...

Berikut adalah beberapa keping gambar yang dapat dirakam sepanjang majlis pada pagi tadi...










ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA