networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, March 14, 2015

DAP Kantoi Fitnah!! Er Teck Hwa Akhirnya Minta Maaf & Tarik Balik Kenyataan Fitnah Mengaitkan Chew Mei Fun!!


Susulan tuduhan melulu Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang memfitnah Naib Presiden MCA, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun akhirnya Ahli Parlimen DAP Bakri itu mengakui tersilap dan memohon maaf secara terbuka atas fitnahnya yang mengaitkan Meri Fun yang kononnya mendesak kerajaan menghentikan penghantaran pelajar-pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah agar mereka tidak diracuni fahaman serta propaganda pengganas..

Mei Fun dalam satu kenyataan media menafikan tuduhan tersebut dan memberi peluang kepada Ahli Parlimen DAP Bakri itu untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya secara terbuka...setelah gentar bahawa tuduhan fitnahnya semakin melarat, Teck Hwa tanpa mengambil masa yang lama telah membuat satu sidang media penarikan fitnah yang telah disiarkan oleh lidah pro pembangkang Malaysiakini..Video penafikan kenyataan dan permohonan maaf boleh lihat dibawah ini...

video

Dalam rakaman berdurasi 1;52 itu, Ahli Parlimen DAP Bakri itu telah mengeluarkan kenyataan yang mana intipatinya adalah seperti berikut :
"Saya membuat kesilapan dengan menamakan Datin Paduka Chew Mei Fun dalam artikel tersebut. Saya memohon maaf dan berharap beliau akan menerima permohonan maaf saya. Apabila saya membuat kesilapan, saya akan mengakuinya."
Memang bagus selepas mengakui kesilapan cepat-cepat minta maaf..namun dari sudut lain, ianya telah menterjemahkan bahawa pemimpin politik pembangkang langsung tidak sensitif tentang perasaan dan kredibiliti pemimpin lain khususnya daripada Barisan Nasional..pada mereka cakap sahaja..hentam sahaja asalkan persepsi rakyat akan membenci Barisan Nasional...bila kantoi kenyataan mereka fitnah..apa susah cepat-cepat minta maaf.....

Nasihat saya kepada Ahli Parlimen DAP Bakri ini adalah lebih elok dia belajar untuk memantapkan pemahaman Bahasa Melayunya sebelum bercakap tanpa usul periksa....dibawah ini saya share kenyataan akhbar Naib Presiden MCA, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun yang terrnyata kesal dengan cara Ahli Parlimen DAP itu berpolitik!
Dakwaan DAP langsung tidak berasas & bertaktik kotor 
Rencana Ahli Parlimen DAP Bakri Er Teck Hwa dalam media web Free Malaysia Today (4 Mac 2015) yang membidas kononnya saya pernah mengeluarkan pernyataan mendesak kerajaan menghentikan penghantaran pelajar-pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah agar mereka tidak diracuni fahaman serta propaganda pengganas adalah tidak berasas sama sekali. 
Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah sesekali mengeluarkan pernyataan seumpama itu dan oleh itu langsung tidak faham bagaimana Er dapat menulis bidasannya yang panjang lebar itu tanpa usul periksa sebagaimana sifat asasi yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang wakil rakyat. Perbuatan ini nyata tidak bermoral. 
Dengan segeranya, DAP serta mana-mana pemimpinnya mestilah menghentikan taktik kotor seperti ini untuk memburuk-burukan MCA dan memutar-belitkan fakta untuk menghasut serta membakar sentimen para penyokong DAP. 
Perbuatan Er Teck Hua memfitnah saya khususnya adalah satu bentuk pembunuhan karakter yang keji. Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan mahukan Er menarik balik pernyataannya itu serta merta dan meminta maaf secara terbuka. Tindakan undang-undang boleh diambil jika beliau ingkar. 
Bertentangan daripada terus memainkan politik kotor, ada baiknya DAP berkhidmat secara bersungguh-sungguh untuk meraih sokongan rakyat. Ingatlah bahawa sekarang bukan lagi tempoh ‘bulan madu’ DAP. Lambat-laun rakyat akan sedar dan membuat penilaian prestasi parti itu. Politik fitnah pasti ditolak. 
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Naib Presiden MCA
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA