networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, March 14, 2015

Hentian Bas Greenwood Berpindah Ke TBS Jamin Keselesaan Pengguna...


Hentian Bas Sementara Greenwood telah ditamatkan operasi pada 8 Mac yang lalu...bagi menggantikan hentian bas Greenwood yang ditutup, pihak SPAD telah menetapkan bahawa semua operasi pengendali dan pengguna akan berpindah ke Hentian Bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Tujuan pemberhentian operasi bas di Greenwood adalah ingin mengatasi masalah kesesakan yang kerap berlaku di kawasan sekitar..pemilihan TBS sebagai hentian bagi operasi bas pantai timur adalah kerana TBS menjaminkan keselamatan, keselesaan dan kemudahan yang lengkap dan sempurna..kemudahan yang disediakan di TBS mempunyai kelas yang tersendiri yang mana rangkaian TBS mampu dihubungkan melalui perkhidmatan BAS, LRT, KTM dan ERL..

Ada yang merungut kerana permindahan ini menyukarkan pengguna untuk ke TBS..apa yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukan suka-suka, semua langkah pemudahcara telah diaktifkan oleh SPAD bagi memudahkan urusan pengguna...contohnya...

1. Bagi membantu penumpang semasa tempoh transisi ini, SPAD telah meminta perkhidmatan sambungan bas RapidKL U2 bagi membawa penumpang dari Greenwood ke stesen LRT Titiwangsa. Perkhidmatan ini telah mula beroperasi sejak 1 Mac. Di bawah ini grafik perjalanan RapidKL dari Greenwood ke LRT Titiwangsa 

2. Penduduk Sentul terutamanya pengguna bas digalakkan mengambil LRT laluan Ampang di stesesn Sentul dan Sentul Timur atau perkhidmatan KTM Komuter di stesen Titiwangsa untuk ke TBS.

3. Penumpang dari Batu Caves, Taman Wahyu, Kampung Batu, Batu Kantonmen dan Sentul boleh menggunakan perkhidmatan komuter KTM (laluan Sentul-Pelabuhan Klang) untuk ke KL Sentral dan kemudian berpindah ke laluan Seremban-Rawang, yang akan ke TBS.


Hasil tinjauan yang dibuat rata-rata pengguna bersetuju dengan pemilihan TBS sebagai lokasi baru bagi mengantikan hentian Greenwood..TBS menyediakan perkhidmatan yang lengkap dan mesra pengguna..dahulu pun ketika hentian pudu raya dalam proses penambahbaikkan, operasi bas telah berpindah sementara di Bukit Jalil...jika hendak dibandingkan antara hentian sementara Bukit Jalil dengan TBS sudah semestinya TBS lebih menjanjikan keselesaan..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA