networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, March 22, 2015

HUDUD - Dr Mashitah Ulas 'Kenapa DAP Bantah Hudud"


Akhirnya DAP buat pertama kali melancarkan serangan terhadap PAS secara terbuka dengan mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan melabelkan Hadi sebagai "Penghianat Bersiri" oleh pemimpin tertinggi parti itu..

Betul-betul marah DAP terhadap keseriusan PAS mahu laksanakan hudud..Guan Eng dalam satu kenyataan balas mendakwa Hadi telah menghantar notis membentang rang undang-undang persendirian di Parlimen berkaitan pelaksanaan hudud tanpa pengetahuan gabungan Pakatan Rakyat..

Lim mendakwa bahawa Hadi perlu membincang perkara ini dalam mesyuarat majlis kepimpinan pakatan sebelum melakukan tindakan tersebut..Tindakan yang dilakukan DAP seolah-oleh mereka lebih Islam daripada PAS...



Jika berbincang pun DAP bukan boleh buat apa...setelah beberapa tahun bergabung dengan PAS ternyata hati pemimpin DAP masih gelap untuk menerima Islam..dahulu bukan main lagi PAS melabelkan kepimpinan Guan Eng sebagai kepimpinan ibarat Khalifah Umar Abdul Aziz..kononnya Guan Eng akan terbuka untuk menerima cara kepimpinan Islam..ternyata ianya hanya sia-sia...

Benar sepertimana yang pernah ditulis oleh Dr Mashitah mengenai pendirian DAP terhadap Hukuman Hudud...DAP tidak akan berganjak untuk tidak membenarkan hudud dilaksanakan..Dalam tulisan Dr Mashitah di Sinar bertajuk Kenapa DAP bantah Hudud, beliau telah menjelaskan bahawa :
Kita hendak tunggu bila lagi bagi melaksanakan hudud sebab ia adalah tuntutan agama. Pas sudah terajui kerajaan di Kelantan lebih 23 tahun. Soal jenayah kurang atau tidak itu masalah nombor dua. Pas sudah banyak berkompromi dengan DAP dan PKR. 
Kita sanggup ubah pendekatan kepada Negara Berkebajikan pada PRU lepas, kesannya Pas Kelantan merosot sehingga hilang tiga kerusi Dewan Undangan Negeri,” ujarnya. 
Pemimpin Pas termasuk Mohamed Amar mengambil masa begitu lama untuk sedar hakikat. Baru sekarang mereka memahami strategi politik parti rasis-cauvinis ini. 
Kesannya, Pas menjadi parti paling lemah dalam Pakatan Rakyat ekoran kekalahan banyak kerusi dalam PRU 2013 dan hilang sokongan pengundi akar umbi terutama di luar bandar. 
DAP berusaha menjadi parti lebih kuat untuk mencapai matlamat serampang dua mata, yakni mencabar kekuatan Umno-Barisan Nasional di Parlimen selain menyekat hasrat Pas menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Hari ini, DAP berada pada kedudukan paling kuat dalam sejak penubuhannya 50 tahun lalu, dan Umno-BN telah hilang penguasaan dua pertiga majoriti di Parlimen. 
Justeru dalam isu hukum hudud, DAP tidak mahu melihat sokong-menyokong antara Pas dan Umno di Parlimen, dan menganggap komitmen Umno Kelantan untuk menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan Pas sebagai tidak sihat. 
Menurut Kit Siang, apabila Pas dan Umno saling berjuang menegakkan agama Islam, ini tidak baik untuk demokrasi dan hak asasi rakyat, boleh menjejas kemajuan ekonomi dan persaingan antarabangsa serta membantut usaha mengekalkan Malaysia sebuah negara sekular.
Yang pastinya sudah tentu PKR dan DAP tidak senang dengan kebersamaan UMNO dan PAS dalam hal Hudud ini...benar seperti yang diulas oleh Dr Mashitah...kebersamaan UMNO dan PAS dalam hal Hudud ini akan menggoyahkan kedudukan DAP. Hudud tidak bagus untuk demokrasi dan hak asasi bukan alasan untuk DAP menolak Hudud...

Apa yang terjadi di Kelantan 19 Mac lalu ternyata memberi tamparan hebat buat DAP dan PKR, semua ADUN BN dan PAS bersetuju sebulat suara menyokong pindaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (1993). Keputusan itu telah diumumkan oleh Speaker DUN Datuk Abdullah Ya'kub sebelum menangguhkan Penggal Ketiga Sidang Dewan Negeri Kelantan Ketiga Belas 2015.

Sudahlah DAP dengan keras hati mereka, Azmin sebagai Menteri Besar Selangor juga tidak senang dengan perbalahan DAP dan PAS mengenai hukuman hudud... Apa tidaknya jika DAP umum keluar Pakatan sudah tentu kedudukannya selaku MB akan goyah. DAP mempunyai 28 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor. Jika ini terjadi DUN Selangor akan kurang 1 kerusi untuk Azmin meneruskan kerajaan..

Sama-sama kita nantikan keputusan DAP sama ada mahu keluar dari Pakatan atau tidak..jika tidak saya menjangkakan PAS akan keluar kenyataan bahawa perjuangan mereka tetap sama kecuali dalam hal agama sahaja DAP tidak boleh masuk campur..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA