networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, March 6, 2015

#MuafakatJohor - @WeeKaSiong Suarakan 3 Tuntutan Rakyat! MB @KhaledNordin Suka Mendengar Masalah Rakyat Daripada Dengar Pujian..


Malam tadi bertempat di SJKC Hua Min, Batu Pahat, MCA Negeri Johor telah menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina. Majlis tersebut telah dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi Dan Ekco Pendidikan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Kerajaan Negeri, YB Jais Sarday..

Ketika menyampaikan ucapan, Datuk Menteri Besar mengingatkan bahawa di Johor masyarakat Cina di negeri ini perlu yakin dengan kepimpinan MCA bagi membela nasib mereka tanpa bergantung kepada pihak pembangkang..

Dalam ucapannya, Khaled mengucapkan terima kasih kepada Datuk Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam kerana memangkitkan masalah rakyat ketika ucapan Datuk Wee...

"Jika tidak ada (masalah), saya mungkin ingat semuanya tak ada masalah dan akhirnya saya khayal dengan kedudukan dan jawatan saya.

"Sebab itu, apabila saya menerima jemputan ke majlis-majlis seumpama ini saya lebih suka dengar masalah di bawah daripada mendengar puji-pujian,"katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee telah menyuarakan permasalahan rakyat iaitu :

1) Memohon menaik taraf Jalan Air Hitam ke Gemas yang mempunyai banyak jambatan dan pembahagi jalan bagi mengelakkan kemalangan yang kerap berlaku sekarang.

2) Isu Kenaikan Cukai Harta Daerah Batu Pahat harap diturunkan. Terdapat 2 PBT di Batu Pahat. Perlu semak semula kadar cukai. Ada kenaikan cukai > 7500 % ! Semakan juga perlu dibuat terhadap penilaian harta yang kurang munasabah di mana nilai hara di kawasan luar bandar lebih tinggi daripada harta di bandar! Ada yang dinilai > 10 kali ganda nilainya!

3) Yakin HSR (high speed rail) melalui daerah BP akan menerima limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan.

Sikap dan tindakan oleh 2 pemimpin negeri (Khaled & Wee) ni perlu dilakukan semua pemimpin..menyuarakan permasalahan rakyat..ramai pemimpin syok sendiri khususnya pembangkang..bila bercakap sahaja puji diri sendiri mampu membela rakyat...memberi harapan kepada rakyat..kesudahannya tiada..hanya sekadar retorik dan majas sahaja..

Kini rakyat sudah buka mata..kita mahu pemimpin yang membawa masalah kita untuk diselesaikan dan bukan pemimpin yang membawa masalah rakyat untuk dipolitikkan..tak payah jauh-jauh..tengok sahaja perjuangan Pakatan Rakyat sekarang..tak sudah-sudah mahu membela Anwar Ibrahim yang telah disabitkan kesalahan meliawat oleh mahkamah...keutamaan pemimpin pembangkang hanya masalah melibatkan mereka sahaja..tang rakyat..ambil masalah dan politikkan...mudahkan jadi pembangkang... 

Pemimpin yang prihatin ambil masalah rakyat untuk diselesaikan....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA