networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, March 23, 2015

Pemandu Teksi Teruskan Tekanan Relevan Kenaikan Tambang Teksi....


Sejurus pengumuman penangguhan kenaikan kadar tambang teksi dan Bas Ekspress oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 2 Persatuan teksi semalam menyuarakan bantahan dan menuntut kadar teksi dinaikkan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan penangguhan tambang tersebut ekoran permintaan kabinet agar ianya ditangguhkan memandangkan tempoh kenaikkannya tidak sesuai berikutan pelaksanaan GST yang bakal dilaksanakan bermula April ini...

2 Persatuan teksi yang membantah semalam ialah Persatuan Transgormasi Pemandu Teksi 1 Malaysia (PERS1M) dan Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB)..

Pengerusi BBPTB, En Amran Jan yang sebelum ini kerap bercnggah pendapat dengan SPAD dalam hal tuntutan kenaikan harga tambang ini semalam telah bersetuju tindakan SPAD mahu tambang pengangkutan awam tersebut dinaikkan...

Amran berkata :
Pemandu-pemandu teksi telah menunggu selama enam tahun dengan tiga kali tertangguh dengan alasan dari kerajaan ketika menghadapi tragedi MH370, MH17 dan bencana banjir di pantai timur tahun lalu. 
Penantian selama 6 tahun dan penangguhan selama tiga kali telah mengakibatkan mereka menanggung kos 30 hingga 40 peratus untuk pastikan kenderaan mereka masih mampu bergerak.  
Dahulu memandu Iswara yang berharga RM27 ribu, kemudian mengguna BLM yang berharga RM36 ribu dan sekarang Exora yang berharga RM60 ribu pula dengan kos penyelenggaraan ditanggung sendiri serta tambahan kos sara hidup yang semakin meningkat, maka itulah BBPTB menyokong kadar dalam lingkungan 40 peratus yang telah diumum SPAD dan tegas membantah sebarang penentangan dari orang awam, NGO, Ahli-Ahli Politik dan Menteri Kabinet yang meminta penangguhan yang jelas tidak sepadan dengan apa yang mereka alami.
Bagi Pengerusi PERS1M pula, En Kamaruddin bin Mohd Hussin menyatakan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana percaya kenaikan kadar tambang teksi ini adalah susulan penyerahan memorandum terdahulu dan mereka akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan hak pemandu teksi termasuklah SPAD.


Sebaik sahaja pengumuman kenaikan tambang teksi dan bas ekspress, tidak semena-mena Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi mengeluarkan kenyataan bahawa SPAD harus berbincang dengan kabinet. 

Aziz mendakwa kenaikan tambang ini perlu berbincang bersama kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang sekarang ini sedang sibuk dengan kempen turunkan harga barang...

Berikutan dakwaan Timbalan Menteri Pengangkutan itu, Amran Jan mendakwa ianya cadangan tidak masuk akal kerana dengan jelas pengangkutan awam darat adalah faktor utama NKRA kementerian. Alasan Aziz Kaprawi dilihat tidak berasas dan tidak mungkin beliau tidak dimaklumkan oleh pihak SPAD.

Pertemuan BBPTB dengan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi didedahkan dan mereka juga telah meluahkan rasa tidak puashati. Aziz juga telah memberi jaminan untuk membawa masalah mereka dan mengatur perjumpaan dengan SPAD, namun sehingga sekarang Timbalan Menteri ini tidak berbuat apa-apa pun.

Secara amnya, BBPTB dan PERS1M yang sebelum ini mengkritik SPAD ekoran tidak mahu menaikkan harga tambang kenderaan awam itu sejak 2009 akhirnya mereka mengakui dan bersama sependapat dengan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid...

Terdahulu PERS1M telah menyerahkan memorandm kepada YAB Perdana Menteri agar pemandu teksi diberi pelepasan pengecualian daripada dikenakan GST untuk pengangkutan awam itu...setidak-tidaknya pemandu teksi dapat menangani masalah ekonomi ekoran penangguhan kenaikan tambang..Pihak kerajaan telah berjanji tidak akan mengenakan GST kepada penumpang namun dipihak pemandu teksi, mereka tetap dikenakan GST apabila servis kenderaan...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA