networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, March 12, 2015

PANAS!! SPAD Bawa Trelar Sita Teksi Tidak Guna Meter!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam telah melancarkan Ops TEGAS bagi membanteras pemandi Teksi 'kepala batu' yang masih berdegil tidak menggunakan meter..ops tersebut dilancarkan di sekitar Kelana Jaya, Sunway, Sunway USJ, Subang Jaya, Damansara, Sg Buluh dan Kelang...

Kali ini SPAD lebih tegas dengan membawa trelar bagi mengangkut 'hasil' teksi yang tidak menggunakan meter...tiada lagi maaf untuk pemandu teksi yang kepala batu melanggar undang-undang...

Operasi semalam telah diketuai sendiri oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad..

Sepanjang operasi semalam, seramai 30 pemandu teksi diberkas kerana melakukan pelbagai kesalahan..daripada jumlah tersebut seramai 27 pemandu teksi didapati bersalah tidak menggunakan meter..2 kesalahan tiada kad memandu dan seorang lagi kad memandu tamat tempoh...

Menurut Che Hasni "Operasi berkenaan dianggap kejayaan 100 peratus. Kita hantar 30 pasukan penyamaran untuk membuat operasi. Kiranya kita dapat hasil 100 mengena."

Hairan betul dengan sikap pemandu teksi ni.terlalu degil dan tamak..apalah salahnya gunakan meter tu..mereka bukannya tak tahu itu kesalahan tetapi masih juga buat. Bila SPAD bertegas kata SPAD pula kejam..spesis jenis ini pun masih ada..saya tidak memaksudkan semua pemandu teksi..cumanya yang kecil-kecil ini saja yang tamak tidak mahu ikut peraturan disediakan...

Bila dah kena sita kan susah..terputus punca rezeki..kesian kat anak bini di rumah..sampai bilalah pemandu-pemandu teksi ni nak sedar..setiap kali SPAD buat operasi pasti ada tangkapan...langkah SPAD membawa terus trelar untuk mengangkut teksi yang melanggat kesalahan ini amat bagus..bagi amaran mereka tak endah..angkut sahaja dan sita kenderaan mereka..bagi sikit pengajaran kepada pemandu teksi yang masih tamak tak ikut peraturan di luar sana...

Menurut Che Hasni "kita akan teruskan operasi sampai pemandu teksi ini sedar. Selain tindakan pendakwaan, kita juga akan ambil  tindakan pentadbiran untuk menggantung kad-kad pemandu"

"Apabila kita sita, pemandu-pemandu teksi tidak dibenarkan mengeluarkan teksi mereka. Hanya syarikat sahaja yang boleh keluarkan. Tuan empunya teksi kena bayar amaun yang ditetapkan untuk keluarkan teksi mereka" kata Che Hasni lagi..

Untuk makluman, kesalahan pemandu teksi melanggar undang-undang ini akan disabtkan denda tidak kurang RM 1000 dan tidak melebih RM 500,000 atau penjara tidaj melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali...

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...
Setamak-tanak pemandu teksi akhirnya disita SPAD...

siapa yang rugi?

Bawah ini beberapa keping gambar yang sempat dirakam sepanjang ops semalam...






6 comments:

Kamalqr said...

Nak tulis blog pun agak-agak lah sahabat.

"
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...
Setamak-tanak pemandu teksi akhirnya disita SPAD..."

SPAD tu dah mengalahkan Israel.

Cuba bagi tahu saya sejak 2009 hingga hari ini telah berapa kali gaji saudara dinaikkan?

Dan cuba maklumkan pada saya adakah tambang teksi sejak 2009 boleh menampung kos kehidupan pemandu teksi?

Saudara tahu tak berapa banyak wang titik peluh pemandu teksi telah ditiriskan untuk membela biawak-biawak hidup?

Kalau tak tahu, buat cara tak tahu...

Kamal PERS1M.

fb TEKSI & PersimBersatu.

Kamalqr said...

Nak tulis blog pun agak-agak lah sahabat.

"
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...
Setamak-tanak pemandu teksi akhirnya disita SPAD..."

SPAD tu dah mengalahkan Israel.

Cuba bagi tahu saya sejak 2009 hingga hari ini telah berapa kali gaji saudara dinaikkan?

Dan cuba maklumkan pada saya adakah tambang teksi sejak 2009 boleh menampung kos kehidupan pemandu teksi?

Saudara tahu tak berapa banyak wang titik peluh pemandu teksi telah ditiriskan untuk membela biawak-biawak hidup?

Kalau tak tahu, buat cara tak tahu...

Kamal PERS1M.

fb TEKSI & PersimBersatu.

Anonymous said...

Saya sebagai pengguna dah banyak kali terkena dengan pemandu2 teksi yang tamak ni,saya tak maksudkan kepada semua pemandu,ade yang ok.Dalam hal ni,sepatutnya persatuan teksi kena ambil tindakan,buat tuntutan yang sah untuk naikkan nilai tambang berdasarkan keadaan ekonomi semasa.Tanpa adanya satu garis panduan yang jelas,pemandu teksi ni boleh kenakan caj sesuka hati mereka.Agak2 la sahabat,kami yang naik teksi ni pon bukannyer orang kaya..pemandu ditindas,pastu pemandu teksi pula tindas pengguna..tak selesai masalah..ingatlah kami rakyat malaysia yang lain pon merasa terbeban dengan keadaan sekarang,tambahan tak lama lagi gst akan dilaksanakan.

Anonymous said...

sokong spad, pemandu teksi memang selalu makan duit haram ,taknak guna meter, kamal!!!!!! jangan jadi setan bisu, masa pemandu teksi tipu orng hang diam, masa kena sita hang bising menyalak,

Anonymous said...

Senang macamni je kalau org tu tak guna meter.. tak payah naik. Sekarang pun ada apps untuk teksi. Download je lah.Kebanyakan orang semua dah ada smart phone. Ramai orang komplain ckp driver tak betul. Penumpang pun boleh tahan jugak kurang ajarnya. Ada jugak yg lari.. ada yg duk tampal2 stiker dekat belang seat taxi. Buang plastik coklat lah.. buat kotor.. Semua sama je. At least.. penumpang boleh pilih driver.. tapi driver boleh tahu ke perangai penumpang tu macammana?

senang ckp macamni lah. Org yg biasanya guna teksi, diorang akan download je apps myteksi tu. Yg jarang guna tu yang golongan tak berapa bijak.. banyak cakap.. padahal x guna teksi pun.

kalau tak mampu.. ada byk pilihan pengguna. Boleh naik bas.. boleh naik lrt.. kalau mampu.. naik lah teksi. kalau x mampu.. byk pilihan lain.

Anonymous said...

saya anak seorang pemandu teksi. Saya tahu susahnya mereka cari makan di zaman skg. Mana nak bayar kereta dan mcm2 lg. Manakala SPAD pula kena mcm2 syarat kepada mereka. pada pengguna pilihan ada ditangan anda. Jgn naik teksi yg tak guna meter. Tp saya xda masalah pun. Saya anggap itu sedekah saya pada mereka. Dlm keadaan ekonomi skg saya faham pemandu teksi terpaksa survival x ramai owg yg pun naik teksi, mereka terpaksa bersaing dgn kereta sapu mcm2 lg la...alfatihah utk arwah baba yg membanting tulang berhempas pulas menjaga kami dgn hasil memandu teksi.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA