networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, April 8, 2015

Bangkai Helikopter Malang AS365 Dibawa Ke Pangkalan Udara PDRM Sg Besi...


Kesemua bangkai helikopter AS365 malang yang terhempas di Semenyih sabtu lalu telah berjaya dibawa keluar daripada lokasi nahas untuk menjalani siasatan terperinci. Bangkai helikopter malang itu telah dibawa ke Pangkalan Udara PDRM Sungai Besi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kepada pemberita, "lokasi nahas akan terus dikawal iaitu 200m x 200 bagi memastikan kawasan tersebut tidak dicemari mana-mana pihak".

Kerja-kerja membawa bangkai helikopter itu keluar telah dilaksanakan dengan menggunakan 3 trak dan helikopter PDRM. Kerja ini amat sukar memandangkan keadaan geografi kawasan nahas bercerun dan berbukit.

Proses urusan siasatan ini perlu dilakukan dengan teliti. Setelah semua komponen dikumpulkan di Pangkalan Udara PDRM Sg Besi..., pihak Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) akan melaksanakan tugas mereka.

Jikalau ada lagi komponen yang tidak lengkap, pasukan penyelamat akan ke lokasi nahas semula untuk mendapatkan komponen yang masih tidak lengkap.

Betapa rumitnya kerja-kerja penyiasatan ini. Mengenai status kotak hitam, Tiong Lai menyatakan kotak hitam akan dihantar ke United Kingdom kerana negara itu memunyai teknologi yang canggih dan lengkap.

Jangan pula ada yang membandingkan kotak hitam pesawat Air Asia QZ 8501 yang terhempas Disember tahun lepas boleh dianalisis di Indonesia dengan kotak hitam heli ini sudah..ianya tak sama...

Tempoh siasatan kotak hitam oleh AAIB dijangka memakan masa 10 hari. 3 hari keluarkan data dan 7 hari analisis data.

Diharapkan buat masa ini, janganlah ada pihak merekayasa cerita kononnya helikopter itu meletup sebelum terhempas. Dalam penyiasatan seperti ini, data daripada kotak hitam lebih diterima pakai berbanding kenyataan saksi kejadian yang diragui akan menganggu tugas penyiasatan.




No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA