networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, April 18, 2015

Bas Henti-Henti Dabong-Kuala Krai Ganti Perkhidmatan Keretapi Tergendala Sejak Banjir...


Penduduk setempat kawasan Dabong hingga Kuala Krai boleh menghela nafas lega apabila kesukaran mereka selama ini akibat terputusnya perhubungan perkhidmatan rel Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sejak banjir akhir tahun lalu selesai...

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Suruhanjaya Perngangkutan Awam Darat (SPAD), suruhanjaya itu memaklumkan bahawa Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) yang menggunakan jenama CityLiner telah memulakan operasi bas henti-henti sejak 13 April 2015...

Perkhidmatan bas henti-henti Dabong - Kuala Krai ini akan memudahkan perhubungan masyarakat sekitar termasuk pelajar sekolah sekitar Dabong, Kemubu dan Kuala Krai..perhidmatan bas henti-henti ini bertujuan menyelesaikan masalah perhubungan masyarakat setempat apabila perkhidmatan rel masih belum beroperasi...

Pastinya kemudahan bas henti-henti ini memudahkan urusan seharian masyarakat kerana sebelum ini masyarakat sekitar Dabong -  Kuala Krai menggunakan perkhidmatan KTMB sebagai pengangkutan utama.

Hasil tinjauan pihak SPAD terhadap operasi bas henti-henti ini, SPAD mendapat maklumbalas positif daripada penduduk setempat tentang keperluan pengangkutan awam di kawasan tersebut...Setakat ini, perkhidmatan bas henti-henti Dabong ke Kuala Krai menyediakan 3 trip perjalanan sehari dan 3 trip Kuala Krai - Dabong...City Liner pada 14 April lalu turut melanjutkan perkhidmatan laluan Jeli ke Kuala Balah sehingga ke Jelawang dan Dabong...

Macam-macam kaedah dilakukan oleh SPAD untuk memudahkan urusan rakyat Malaysia terhadap pengangkutan awam di negara ini...Rel Keretapi dilanda banjir masih rosak, guna bas bagi mengatasi masalah ini..pemandu teksi minta naikkan tambang...SPAD turutkan...semuanya bagi memastikan keselesaan pengguna dan memudahkan urusan pemandu kenderaan awam di Malaysia..

Di bawah ini saya kongsikan beberapa keping gambar tentang perkhidmatan Bas Henti-henti Dabong-Kuala Krai...






2 comments:

Ferris Deniel said...

Tindakan seorang pemandu bas dari jeli ke dabong yang suka mengambil kesempatan ke atas wanita terutanmanya pelajar sekolah boleh menjejaskan nama baik skmk.mohon pihak berwajib ambil tindakan

Ferris Deniel said...

Tindakan seorang pemandu bas dari jeli ke dabong yang mengambil kesempatan kepada wanita terutamanya pelajar sekopah boleh mencemar nama baik skmk..mohon pihak berwajib mengambil tindakan

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA