networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, April 13, 2015

Biar Gambar Bicara!!!MCA Didik Peniaga Tentang GST...DAP Bagi Tiket Melancong Buat Apa!!!


Hampir 2 minggu negara kita telah laksanakan GST..rata-rata rakyat yang pada mulanya terkejut dengan kesan ekonomi yang berlaku kepada isi rumah semakin hari dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini...

Mengikut pengalaman saya sendiri yang turut membayar GST, belilah keperluan barangan di pasaraya besar seperti Mydin, Giant dan AEon...jikalau anda teliti semula bil anda..anda akan dapati cukai GST memang ada tetapi telah diserap terus kedalam harga yang anda bayar...

Berbeza pula bila anda berbelanja di mini market, pasaraya yang tidak besar mana...kadar GST akan ditambah daripada harga barang anda..walhal barang yang dijual dipasaraya besar lebih murah berbanding kedai supermarket...

Contohnya makanan kucing jenama VPET 1.5kg sebelum GST RM 13.93 selepas GST harga tetap sama dan telah mengandungi GST..Kopi 3 in 1 Super Hazelnut biasa RM 14.90..Selepas GST RM 12.69 termasuk GST...

Pakaian dan buku rujukan turut tidak mengalami perubahan...sebenarnya dari pemerhatian saya..harga yang melambung ini datangnya dari Pasar basah..kedai-kedai runcit...harga Ikan, Ayam, Sayur dan lain-lain memang tidak dinyatakan kadar GST tetapi harganya telah naik mendadak...tidak percaya tanyalah orang perempuan yang selalu ke pasar...

Apa langkah kita?
Sebagai pengguna kita perlu bijak membuat pilihan.melaporkan kepada KPDNKK dan mencari kedai yang lebih berbaloi dan saya cadangkan ke pasaraya besar....

Dalam keadaan ini, pemimpin perlu mendekati rakyat dan melonggarkan keluh resah rakyat...seperti gambar yang saya dapat melalui aplikasi whatsapp di atas..kita dapati perbandingan pemimpin MCA dan DAP menghadapi GST..

MCA membantu pekedai mengendali sistem GST...manakala DAP pula menghadiahkan 2 tiket melancong ke bukit bendera..jika peniaga pergi bercuti sudah tentu pada hari tersebut tiada pendapatan..malah mereka terpaksa mengeluarkan duit sendiri...

Dalam keadaan sekarang, para peniaga mahukan pemimpin yang peka dengan nasib mereka..sistem Goods and Service Tax (GST) ini baru, banyak peniaga yang tidak tahu mengendalikan...ada yang tidak mendaftar tetapi tetap masukkan kadar 6% dalam resit jualan mereka...

Puncanya bukan peniaga tamak..tetapi mereka tidak mengetahui..cara MCA memberi tunjuk ajar kepada para peniaga ini amat tepat sekali...hendak tak nak, sistem GST ini tetap dilaksanakan...jadi apa langkah persediaan terbaik..mempelajari..bukannya meracuni pemikiran rakyat sepertimana yang dilakukan pembangkang....

MCA terap kepimpinan mendidik berbanding DAP dan sekutu pembangkang yang hanya tahu menghasut dengan membenci GST...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA