networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, April 7, 2015

Hentikan Spekulasi Nahas Helikopter Meletup : Analisis "Kotak Hitam" Akan Beri Jawapan - Tiong Lai


Berikutan dakwaan orang awam bahawa helikopter yang meragut nyawa Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan 5 yang lain meletup, dakwaan ini belum dapat dipastikan lagi sehingga laporan lengkap analisis kotak hitam selesai.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata helikopter tersebut yang dilaporkan meletup hanya spekulasi sehingga analisis kotak hitam selesai. Menurutnya lagi, kotak hitam akan dihantar ke United Kingdom untuk dianalisis dan mengambil tempoh masa seminggu untuk mendapat keputusan dari Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di Farnborough.

Setakat ini, siasatan nahas ini akan dikendalikan tiga pihak yang mana melibatkan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Polis Diraja Malaysia. Seorang wakil bertauliah dari Perancis dijangka akan menyertai pasukan penyiasatan.

Kota Hitam helikopter malang itu telah ditemui dalam keadaan sempurna pada 11.30 pagi Ahad dalam bangkao helikopter Dauphin 2 AS365 (9M-IGB).

Diharapkan tiada spekulasi dimainkan dimedia sosial berkenaan punca sebenar tragedi sehingga laporan lengkap selesai. Ini penting bagi menghormati keluarga mangsa yang terlibat. Langkah pantas dan cekap yang diambil Kementerian Pengangkutan harus diberi pengiktirafan dalam menyelesaikan insiden ini.

Kita perlu percaya akan kredibiliti Kementerian Pengangkutan dan DCA dengan kerjasama PDRM dalam mencari punca sebenar nahas ini berlaku. Sekalung penghargaan buat Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah bertindak pantas tiba dilokasi nahas lingkungan 15 minit selepas nahas berlaku dan membawa keluar semua mangsa nahas.

Tindakan pantas mengendalikan kes nahas seperti ini dengan kerjasama pakar bertauliah dari Perancis membuktikan Malaysia sebenarnya mampu mengendalikan kes nahas seperti ini.. Sukar sebenarnya untuk mengendalikan sebuah Kementerian Pengangkutan ini. 

Lihat sahaja bagaimana Datuk Seri Liow Tiong Lai berhadapan dengan nahas MH370. Mengawal emosi keluarga mangsa yang tidak berpuas hati dengan pengumuman pesawat malang MH370 dikira sebagai eksiden untuk membolehkan tuntutan insurans. Sehinggakan pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pun keluarga mangsa ini berkumpul untuk mendapatkan penjelasan dari Tiong Lai.

Keluarga mangsa yang terlibat tidak dinafikan amat sensitif..mereka kehilangan orang yang tersayang..jika berlaku kepada diri kita pun pasti akan lakukan perkara yang sama..

Diharapkan semua pihak tidak membuat sebarang kenyataan tentang punca kemalangan mahupun latar belakang mangsa yang terlibat bagi menghormati keluarga mangsa...sama-sama kita menanti pengumuman rasmi tentang insiden ini sedikit masa lagi..

Al-Fatihah buat semua mangsa beragama Islam dan salam takziah kepada keluarga mangsa...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA