networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, April 9, 2015

Kerana Fitnah FELDA!! Mustafa Ali & 4 Yang Lain Diarah Bayar Gantirugi RM 100,000.00!!!


Padah kerana terlalu taksub untuk memfitnah FELDA, akhirnya Mustafa Ali, dan 4 yang lain diarahkan membayar gantirugi kepada FELDA berjumlah RM 100,000...Ini merupakan kemenangan untuk FELDA akibat difitnah menerusi 2 rencana mengaitkan FELDA jual minyak ke Israel...

Dek kerana terlalu iri hati dengan kejayaan FELDA tak pasal-pasal melayang RM 100,000..selain Stopa, 4 lagi yang kena saman ialah Ketua Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman, Editor, Taufek Yahya, penulis rencana, Mohd Arif Atan dan pencetak, Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.

Pada 7 Januari 2013. FELDA menyaman 6 terbabit termasuk bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkaitan 2 artikel fitnah bertajuk " 2,000 Himpunan Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat" yang diterbitkan di "Suara Keadilan" pada 27 November 2012.

Syabas FELDA berani menyaman pihak tidak bertanggungjawab yang jelas berniat jahat mahu menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap potensi yang ada dalam FELDA...Pembangkang akan cuba sedaya upaya menidakkan kemampuan FELDA sehingga mereka terpaksa memfitnah. Kemenangan FELDA ini sudah membukti betapa mereka berani berhadapan dengan undang-undang untuk menegakkan keadilan...

Jika kita masih ingat, sebelum PRU 13 dahulu pembangkang mencanang yang FELDA akan bangkrup dan tanah peneroka FELDA akan tergadai kerana penyenaraian FGVH ke dalam bursa saham. Sehingga ini, belum ada berita kita dengan FELDA bankrup dan ada tanah peneroka sudah tergadai.. mesyarakat peneroka sememangnya sudah jelak dengan cara politik pembangkang ini..

Masuk ke FELDA sebagai tetamu bila sampaikan ucapan mulalah cakap FELDA tak betul..nak bakrup..jual minyak ke Israel..padahnya kena saman...haha!

Benda ini pastinya tidak didedahkan oleh media pembangkang.. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pada 21 April 2013 mencapai penghakiman persetujuan bersabit saman fitnah itu dan bersetuju MENERIMA SERTA MENGAKUI BAHAWA FELDA IFFCO OIL PRODUCT SDN BHD, PADA MAC 2010, MEMBUAT PENGHANTARAN KE PALESTIN DAN BUKAN ISRAEL.

Sehingga ke saat ini, FELDA tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat Israel serta Felda dan Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd adalah dua entiti yang berbeza...

Pantun Raja Lawak Mega..

"Niat nak Fitnah FELDA!!!Tapi Kena SAMAN!!!KAHKAHKAHKAH!!!"

1 comment:

Anonymous said...

Asam garam mereka FITNAH, kalau tak fitnah tak boleh hiduplah dan lama lingkup dengan parti2 sekali.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA