networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, April 8, 2015

#MeterOn - Pengguna Teksi Kini Boleh Semak Latar Belakang Pemandu Teksi & Semak Kadar Bayaran Sendiri!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memperkenal satu inovasi baharu berupa aplikasi di telefon bimbit bagi memudahkan urusan penumpang teksi di negara ini.

Inovasi ini berupa sebuah aplikasi yang dinamakan "Meter On". Aplikasi "Meter On" boleh dimuat turun melalui aplikasi Android ataupun iOS di Google Play Secara Percuma...

Pastinya pengguna teksi tertanya-tanya..apa kegunaan aplikasi ini...Meter On ini dilengkapi dengan 6 ciri utama iaitu :

1) Pengesahan pemandu
2) penjejak perjalanan
3) Anggaran tambang
4) Penilaian pemandu
5) Isyarat kecemasan (SOS)
6) Maklum balas/aduan

Klik Gambar untuk besarkan
Setakat ini, lebih 50 ribu teksi di seluruh semenanjung telah berdaftar dalam data aplikasi Meter On. Dengan aplikasi ini pengguna tidak lagi mudah ditipu oleh pemandu teksi yang mengenakan tambang sesuka hati..dalam aplikasi Meter On ini semuanya lengkap...

Pengguna boleh cek latar belakang pemandu teksi dengan hanya memasukkan nombor plat pemandu teksi dalam aplikasi ini...

Dahsyat bukan aplikasi baru ini..anda hanya taip METER ON di Play Store dan aplikasi ini akan keluar...

Saya sudah install..anda bila lagi?



Pelancaran Meter On disempurnakan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Kamal dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA