networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, April 5, 2015

Nahas Helikopter - Semua Jenazah Tiba Di HKL..Tiong Lai Rakam Takziah Kepada Keluarga Mangsa.


Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai mengesahkan laporan kematian 6 individu yang melibatkan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan 5 yang lain dalam nahas helikopter awam AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) di Semenyih, Kajang petang semalam.

Dalam satu kenyataan, Tiong Lai merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Nahas helikopter awam tersebut telah meragut nyawa Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan pengawalnya Razakan B Seran, Datuk Sri Azlin Alias ​, Dato' Tan Huat Seang serta juruterbang, Kapten William Clifford Fournier, pembantu operasi, Aidana Baizieva.

Pesawat milik IGB Corporation yang dikendalikan oleh Cempaka Penerbangan dilaporkan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang telah terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih.

Tiong Lai yang terkejut dengan insiden ini berikutan kehilangan dua orang sahabat baiknya Tan Sri Jamaluddin dan Datuk Sri Azlin. Pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar buat negara.

Nahas ini telah mengejutkan negara apatah lagi melibatkan orang penting negara. Setakat ini, kesemua jenazah selamat tiba di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa beragama Islam dan salam takziah untuk semua keluarga mangsa...

1 comment:

Anonymous said...

Innalilahiwainailaihirojiun..dari allah kita datang kepadaNya kita kembali. Salam takziah saya dan keluarga Ismail Rompin..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA