networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, April 2, 2015

Panas! Wanita Sarat Mengandung Ditumbuk & Dirompak Di Lebuh Raya Senai-Desaru!


Seorang wanita yang sarat mengandung 8 bulan telah ditumbuk sebelum disamun 2 lelaki mencuri telefon bimbitnya. Kejadian tersebut berlaku di lebuhraya Senai-Desaru.

Kejadian itu berlaku pada malam semalam lingkungan jam 8 malam. 

Perompak itu membaling objek ke kereta mangsa dengan tujuan mangsa akan memberhentikan kenderaannya. Apabila mangsa menyedari keretanya dibaling objek, wanita yang sarat mengandung itu memberhentikan keretanya...

Sebaik sahaja kereta mangsa berhenti..perompak tersebut cuba memberikan bantuan dengan tujuan untuk mengetahui berapa ramai penumpang dalam kenderaan. Apabila mengetahui mangsa keseorangan, perompak itu terus menumbuk muka mangsa dan mencuri telefon bimbit...

Binatang pun tak sekejam itu..ini bukan kejadian pertama berlaku..sebelum ini banyak kes yang kita dengar..lokasi kerap berlaku samun di lebuhraya ini ialah di hentian Layang..dan susur sebelum keluar Cahaya baharu..

Pengguna lebuh raya ini pasti bimbang dengan kejadian ini...banyak kes berlaku di lebuh raya ini..dengan kualiti jalannya yang teruk..jalan berombak...asyik berlubang dan yang paling menakutkan ialah babi kerap melintas..banyak kes berlaku kenderaan terbabas melanggar babi melintas...

Tol jangan cakaplah...perjalanan dari Senai ke Desaru yang tak sampai sejam pun dicas RM 11.20..,




No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA