networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, April 16, 2015

Pengeluaran Wang KWSP Usia 60 Tahun - KWSP Tak Patut Menuduh Rakyat Tidak Pandai Urus Duit!!!


Isu cadangan KWSP yang mahu melewatkan usia pengeluaran KWSP kepada 60 tahun adalah cadangan yang tidak masuk akal..

Cadangan ini seperti mempunyai agenda tersirat..apa tidaknya hanya kerana tidak mahu pencarum membazir duit adakah patut tempoh usia pengeluaran dilanjutkan?

Tidak perlu membuat cadangan..jawapannya semua orang tidak setuju dengan cadangan melewatkan pengeluaran hasil caruman KWSP..jika awalkan usia tempoh pengeluaran adalah lebih baik..

Tidak tahulah apa agenda tersembunyi KWSP...usia 60 tahun sudah terlalu tua untuk mengeluarkan hasil caruman...dan peluang mereka untuk menikmati hasil titik peluh semakin lewat..

Kenapa KWSP bersungguh-sungguh mahu melewatkan pengeluaran jika tiada sebab tersirat...usahlah KWSP menambahkan beban kerajaan untuk menjawab...batalkan sahaja cadangan ini...

Dengan menuduh rakyat tidak pandai urus duit...adakah KWSP pandai urus duit?

3 comments:

Anonymous said...

Ini hak rakyat. Wang ini hak kami, kwsp hanya menguruskan utk kami, jgn cuba ambil apa yg menjadi hak kami. Umat nabi akhir zaman ni dah maklum usia kami tak panjang. Hanya ini utk kesenangan dan keselesaan hidup kami nanti. Jgn cuba cabar rakyat.....

Anonymous said...

sebab kakitangan awam tak de kwsp mana dia tahu,,,kenapa kakitangan awam kerja sampai umur 60thn..baru pencen sebab hutang tak abis lagi seumur hidup asik bayar utang...je kesian..

Anonymous said...

apa muslihat sebenar KWSP nak memanjangkan pengeluar wang pekerja ini? nak tahan-tahan ke wang orang n nak wat apa.. tempoh 55 tahun itu sudah kira terlalu lama, nak tambah lagi ke..? atau nak tunggu org mati dulu ke baru nak kasi keluar..? perkara ini memang tidak relevant 200%, tak de org nak setuju.Hanya org bodoh je yg tak nak duit. Sepatutnya diawalkan lebih jauh lebih baik sebab org masih fresh lg..umur 45 tahun paling sesuai iaitu umur golongan paling berpengalaman dlm mengurus kewangan.. Sy percaya, ramai di kalangan pencarum yang menaruh harapan tinggi dan mempunyai perancangan yg cukup teliti terhadap tabungan ini, bukan sekadar itu malah ada yg bercita-cita hendak menggunakan kesempatan ini untuk tujuan modal memajukan prodaktiviti masing-masing.. Apakah pihak-pihak berkenaan tidak menyedari bhw hal ini sgt ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pencarum..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA