networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, April 1, 2015

RON 97 Kekal RM 2.25 Seliter Selepas GST...


Harga runcit RON97 pada RM2.25 seliter bagi April sudah diambil kira Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus, menurut Kementerian Kewangan.

"Harga RON97 itu kekal tidak berubah seperti harga pada bulan Mac, tidak seperti apa yang dilaporkan dalam sebuah akhbar iaitu harga RON97 adalah RM2.385 selepas GST," kata seorang jurucakap kementerian ketika dihubungi Bernama.

GST akan dilaksanakan mulai hari ini.

Semalam, RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 diumumkan kekal pada harga bulan Mac.

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Klik untuk maklumat terperinci berhubung pelaksanaan GST

HE : Alhamdulillah..dalam kita sibuk dengan GST semua terlupa yang keputusan Bang Non untuk buat rayuan ditolak...minyak Ron97 yang dikatakan naik tu sebenarnya tidak...ini cara perniagaan sebenar...harga selepas GST kekal pada harga sebelum GST..bukan macam peniaga tamak...daftar GST tidak...bila laksanakan GST sibuk nak kaut jugak unyung GST...



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA