networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, April 10, 2015

Stadium Home FELDA United Khas Untuk Bola Sepak Hampir Siap! Makin Mantap Skuad "The Fighters"!!!


Itu dia..stadium rasmi Felda United dah nak siap..apa yang membuatkan saya tertarik dengan stadium ni ialah..ia direka khas untuk sukan Bola Sepak sahaja..tiada running track sepertimana kita lihat stadium-stadium..

Stadium ini mula dibina pada 1 April 2013 yang menelan belanja sebanyak RM 87 juta..bagi menjayakan projek ini, sebanyak 2 kontraktor bertauliah telah dilantik iaitu Konsortium Warisan Jengka Holdings (M) Sdn Bhd dan Johawaki Sdn Bhd.

Jika siap saja stadium ni nanti ia akan memberi lebih kepuasan kepada penonton dengan kapasiti penonton mampu menampung seramai 20,000 orang..kedudukan tempat duduk pulak tu dekat dengan padang...dah macam Stadium Anfield, Liverpool pun ada...

Rumput yang hendak digunakan ialah rumput jenis sintetik yang ternyata menjimatkan kos maintenance...berhampiran stadium Felda , Jengka ni akan ada pejabat rasmi pasukan Felda United.

Stadium ini bukan sahaja tarikan baru kepada Skuad Felda..ianya juga akan menaikkan martabat Felda betapa seriusnya organisasi ini untuk membangunkan pembangunan bola sepak..

Pastinya penyokong Felda tidak sabar untuk bertandang ke Stadium baru ini bagi mengantikan laman home di Stadium Selayang..jika tiada aral melintang..stadium ini akan dibuka pada tahun hadapan...

Dengar khabar Felda akan mengaturkan pertemuan persahabatan dengan Sevilla FC iaitu pasukan dari La Liga Sepanyol. Sevilla merupakan pasukan elit liga Sepanyol yang ditaja Visit Malaysia di jersi mereka..


Walaupun saya penyokong JDT, usaha serius yang dilakukan FELDA ini telah menaikkan martabat sukan bola sepak negara harus diberi pengiktirafan...benda baik kita kena sokong..benda tak baik seperti mutu pengadilan yang lemah kita perlu tegur..ini semua sebab bola sepak kita...


Ternyata usaha keras Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang juga Penaung Felda United telah menampakkan perkembangan positif..ditambah pula dengan pengalaman luas jurulatih tempatan Irfan Bakti Abu Salim yang mengendali skuad FELDA Utd akan memberikan cabaran lebih sengit dalam liga tempatan kita!!!

Bawah ini gambar Stadium Felda United yang dah nak siap..memang rare!!

Hampir siap!

5 comments:

Esa Adam said...

Mantapkan FGV tu dulu dan bukan stadium bola. Bandar2 dekan dengan Felda bukan tak ada stadium.

Anonymous said...

stadium baru kelantan bila pulak nak siap?? Batu bersurat bertandatangan nik ajis dah lama dipamerkan pada umum, hanya nampak lalang je lebihnya...

Anonymous said...

Bina stadium untuk warga felda juga,yang tanam batu asas sampai sekarang tumbuh lalang tu ape cerita?

harlemshake said...

Saya pon sokong , walau pon fan selangor. Stadium ni boleh memajukan lgi bola sepak msia.Harap team lain pon mempunyai stadium bertaraf tinggi mcm ni sbb penonton lebih puas ketika menonton bola.

kem_foto said...

Kira oklah..daripada sewa...menang piala lebih dri 25 kali tapi masih menyewa..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA