networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, April 6, 2015

"Tan Sri JJ Tidak Lokek Ilmu Semasa Hayatnya" - @WeeKaSiongMP


Pemergian Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan 5 yang lain pasti tidak dapat dilupakan negara dan rakyat Malaysia..iya..berita yang sangat mengejut dan mendukacitakan...tidak sangka kehadiran Arwah dimajlis persandingan Anak Perdana Menteri, DS Najib Razak merupakan majlis perpisahannya dengan rakan-rakan...

Pergi tidak kembali...sebagai umat Islam, kita percaya akan qada' dan qadar Allah SWT..daripadaNya kita datang..kepadaNya kita kembali..

Allahyarham merupakan seorang rakan yang baik..beliau ibarat seorang abang mendidik adiknya...demikian ulasan YB Dato' Ir. Dr. Wee Ka Siong terhadap arwah...biarpun berbeza warna kulit, berbeza bangsa dan agama, ia tidak langsung menjadi penghalang kepada arwah untuk berkongsi pengalaman dan mencurahkan ilmu kepada Dato' Wee..

Menceritakan pengalaman sewaktu hayat Tan Sri JJ, Wee benar-benar terkejut mendapat berita 'abangnya' Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah pergi untuk selama-lamanya dalam satu nahas helikopter...

Dalam satu perbualan telefon, Tan Sri JJ merancang akan mengadakan satu pertemuan dengan Dato' Wee minggu hadapan mengenai PR1MA di Johor khasnya di Ayer Hitam..

Allahyarham pandai berjenaka..lantang diparlimen...pasti ianya kini tinggal kenangan yang tersimpan disanubari orang yang mengenali rapat dengannya..

Allahyarham Tan Sri JJ banyak memberi tunjuk ajar kepada Dato' Wee tentang strategi menangani situasi politik terkini...Semasa Rang Undang-Undang PR1MA dibentangkan JJ dan Wee berbincang tentang kandungan serta implikasinya. Sikap JJ yang terbuka membuatkan segala urusan perbincangan menjadi lebih selesa...

Wee menceritakan, kali pertama beliau mengenali JJ ketika arwah mnjawat jawatan menteri MOSTI, di sini detik Wee mengenali JJ sebagai seorang yang teknokrat dan berlengetahuan luas bermula....

Biarpun pahit..sesi perkenalan bersama Tan Sri JJ memberi 1001 makna dalam karier politik Dato Wee...

Al-Fatihah JJ...jenazah telah selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara kira-kira pada pukul 5.15 petang tadi. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman...amin....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA