networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, April 26, 2015

TERKINI!!! Membongkar Penipuan Wartawan Lapor Insiden Penyokong JDT Di Stadium Perak!



KRONOLOGI INSIDEN KEKECOHAN DI IPOH
KREDIT : JOHOR THE PHOTOSHOOTERZ 
_____________________________

KRONOLOGI YANG BERLAKU :

1. SSU chant JDT BANGSAT seawal sebelum permainan tapi tidak dilayan oleh penyokong Johor.

2. Sewaktu nyanyian lagu bangsa Johor berkumandang ketika pemain berbaris di padang, penyokong tuan rumah membuat bising seolah mengejek yang menampakkan sikap kurang menghormati.

3. Perbalahan empat penjuru kelab penyokong FIRM Johor, ICF, BOS & SSU yang berpunca dari kemelut 2013 di Lumut berlarutan hingga hari ini apabila media sosial menjadi medan perang mereka. 

4. Semua penyokong Johor berada dalam kawasan yang di sediakan oleh pihak PAFA bagi menjamin tiada sebarang isu yg berlaku. PAFA melarang penyokong Johor untuk keluar membeli minuman dan makanan ketika waktu rehat separuh masa pertama dengan alasan penyokong Perak telah sedia menanti di luar stadium, dan demi keselamatan semua penyokong tidak di benarkan keluar. Persoalan kami....pihak PAFA seolah sudah tahu apa yang bakal terjadi tapi tidak menyuraikan penyokong mereka yang dilihat sebagai punca .

5. Hanya selepas tamat perlawanan, barulah berlaku serangan psikologi melalui chanting ultras Johor terhadap SSU. Dan ketika inilah arahan daripada PAFA agar penyokong Johor ke tengah padang bagi tujuan keselamatan. 

6. Apa significant penyokong JDT diarahkan ke tengah padang? ?? Sepatutnya FA negeri tidak membenarkan penyokong yg ramai ke tengah padang kerana di khuatiri akan menyebabkan kerosakan teruk pada rumput dan fasiliti padang. Cadangan kami, cukup dengan himpunkan penyokong di balapan hadapan grand stand yg lebih selamat dari balingan batu dan objek. 

7. Ketika penyokong Johor di padang tiada pemantauan dari pihak PAFA bagi mengawal 1000 penyokong di padang kerana banyak perkara boleh terjadi jika tiada pemantauan secara tegas.

8. Masih ada penyokong tuan rumah yang cuba masuk semula ke stadium walau arahan telah di berikan agar senua penyokong tuan rumah bersurai.

9. Segelintir penyokong tuan rumah yang masuk semula inilah penyebab berlaku ketegangan dan aksi kejar mengejar. Provokasi yang dilakukan dilihat seolah memanaskan keadaan yang mulanya dilihat terkawal. 

10. Unit pencegahan rusuhan hanya masuk ke stadium setelah beberapa penyokong tercedera.

11. Berlaku perang mulut antara penyokong Johor dan pihak berkuasa kerana pemantauan pihak berkuasa tidak benar-benar memastikan keadaan selamat kerana beberapa penyokong tuan rumah berjaya menyelinap masuk ke stadium sambil membaling objek ke padang.

11. Lampu stadium dimalapkan beberapa kali tanpa mengetahui sebab dan tujuan,walhal penyokong Johor masih berada di padang.

12. Isu signboard yg di katakan rosak berpunca dari penyokong Johor adalah bukti kelemahan PAFA sendiri. Sepatutnya penyokong yg ramai tidak di suruh masuk ke padang, antara cara lain menghimpunkan penyokong adalah di balapan atau tempat dudun grandstand yang lebih menjamin keselamatan dan kerosakan fasiliti lain.

13. Walau hampir 90 minit penyokong Johor terkurung di padang tapi penyokong tuan rumah masih memenuhi perkarangan stadium dan jalan-jalan sekitar stadium. 

14. Beberapa kenderaan dan bas pemain JDT di rosakkan di luar stadium,ini juga menunjukkan kelemahan pihak PAFA memantau drama panas ini.

15. Tentang balingan objek dari penyokong Johor adalah benar, tapi kejadian ini berlaku adalah kerana balasan untuk fans Perak yang membaling terlebih dahulu, pada kami ini kegagalan pihak polis mengosongkan penyokong Perak di stadium kerana ada penyokong yg masih cuba masuk dengan provokasi penyokong JDT di padang.

16. Cerita panas ini tiada kesudahan pada ketika ini, selagi satu jalan penyelesaian tidak di lakukan segera. 

18. Bukan semua penyokong tuan rumah dan pelawat terlibat secara total. Hanya yang extremists melakukan perkara ini.

19. Terdapat pihak yang berpendapat, insiden kekecohan ini adalah berpunca dari IJF sedangkan semua pihak telah sedia maklum bahwa IJF telah diharamkan dan dibubarkan.Jika firm ini masih wujud,bermakna mereka melanggar titah dan arahan TMJ.

20. Unit Pencegah Rusuhan ( FRU) sesuka hati menyembur gas pemedih mata ketika penyokong Johor yang keluar dari perkarangan stadium setelah keadaan di katakan terkawal.

21. Akhir sekali, tajuk-tajuk akhbar utama menjadikan penyokong Johor di anggap sebagai punca dan di persalahkan secara total dalam hal ini. Ini semua adalah kerana laporan polis yg dibuat oleh pihak PAFA yang mengandaikan tercetus segala punca pergaduhan adalah dari pihak penyokong Johor. Secara realitinya penyokong yang terkurung dalam stadium di persalahkan atas insiden yang berlaku sedangkan penyokong mereka yang di luar stadium mencetuskan provokasi tidak pula di persoalkan.

Ini adalah kronologi dari pemerhatian pihak kami yang berada di stadium sepanjang insiden berlaku. Dalam perkara begini semua pihaknya pastinya mahu mengatakan mereka adalah benar dan tidak bersalah, tapi bagi kami, ini bukan tujuan menyalahkan mana-mana pihak tapi ini hanya sebagai medium untuk kita berfikir secara lebih matang dan apakah jalan penyelesaian yang bakal di ambil untuk menjawab segala babak drama yang entah bila akan tamat.

PERANG EMPAT PENJURU...
DUA LAWAN DUA..
JOHOR DAN PERAK
SATU MISI TIADA KESUDAHAN!!!

‪#‎RevolusiBolaSepakJohor‬
‪#ThePhotoshooterz

3 comments:

Anonymous said...

PUTAR BELIT SUDAH BERMULA
Oleh JDT `underground' NEWS
SEPERTI dijangkakan gerakan "spinning" sudah bermula. Kali ini kerjasama antara PAFA dan media untuk menyalahkan Harimau Selatan dalam insiden malam tadi. Peranan FAM dalam putar belit ini pula kita tunggu dan lihat.
Apa yang sedang kedua-dua pihak itu usahakan adalah proses menterbalikkan fakta. Propaganda yang sangat berkesan sejak 2012 untuk memburuk-burukkan bola sepak Johor menggunakan pengaruh media.
Yang mangsa sedang diwar-warkan sebagai pemangsa, pemangsa pula dikatakan sebagai mangsa. Yang berdarah dikatakan jahat, yang mendarahkan dikatakan baik dan teraniaya. Macam dalam filem-filem Tamil.
Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin dilaporkan mendakwa, penyokong Johor yang sebenarnya membaling besi ke arah penyokong Perak dan beliau merupakan saksi kejadian itu.
Justeru, beliau telah melaporkan perkara itu kepada FAM supaya mengambil tindakan ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) dan penyokongnya.
Hairan bagaimana pula penyokong JDT boleh memperoleh besi di tempat lawan? Mengapa pula penyokong Johor yang mengalami kecederaan?
Jangan lupa maklumat oleh penyokong Johor semalam bahawa sekumpulan penyokong Perak memasuki semula stadium dan membaling kayu dan besi ke arah mereka. Seorang penyokong Johor cedera terkena objek keras itu.
Menurut penyokong Johor itu, benar beberapa penyokong Harimau Selatan bertindak mengejar penyokong Perak yang membaling kayu dan besi ke arah mereka tetapi untuk menangkap mereka bagi diserahkan kepada pihak polis, namun gagal,
Mungkin itu yang insiden yang disaksikan oleh Setiausaha PAFA, tetapi beliau cuba memutarbelitkan senario sebenar kejadian tersebut kononnya penyokong JDT sengaja cuba mengejar dan memukul penyokong Perak.
Akhbar Berita Harian lebih hebat dengan melaporkan kekecohan berpunca daripada Safee Sali walhal JDTUN dimaklumkan oleh penyokong Johor yang menyaksikan perlawanan itu, Safee terlebih dahulu ditampar pemain Perak.
Keganasan dialami itu menyebabkan Safee marah dan menolak pemain Perak tersebut lalu berlaku kekecohan akibat campur tangan lain. Nampak gaya Johor juga yang sedang cuba digambarkan sebagai jahat oleh PAFA dan media.
Langsung tiada gambar disiarkan oleh media itu mengenai keganasan yang dilakukan penyokong Perak mahupun kesengsaraan penyokong Harimau Selatan termasuk wanita dan kanak-kanak akibat diserang dan dikepung dengan ganas malam tadi.
Lebih menghairankan tiada langsung laporan media-media lain tentang keganasan dialami penyokong Johor itu hari ini.
Ternyata ini semua konspirasi "tiada siaran langsung" untuk menyekat kemenangan Johor seperti yang dilakukan di Pahang sebelum ini dalam aksi Liga FA.
Laungan `Johor Bangsat' berkemundang. Pengadil bermaharajalela memberi kelebihan kepada pasukan Perak. Marcus dicederakan diawal permainan. Pato nyaris mengalami kecederaan parah. Pemain-pemain JDT lain mengalami nasib sama dilanyak secukup-cukupnya tanpa dipedulikan pengadil.
Kemudian keganasan dibiarkan ke atas penyokong Johor.
Tetapi ini semua adalah jis-jis kepada konspirasi lebih besar mereka iaitu menyekat kejayaan Harimau Selatan untuk menyelamatkan kedudukan masing-masing dalam pimpinan FAM dan pasukan-pasukan gabungannya,
NOTA: Selamanya mereka akan bangsat!. Penyokong Johor tolong `share' demi kebenaran,

Mohd Hafis said...

Perangai sakai serba serbi,
Hahaha, perak memang babi!

Harun Enchem said...

Yang bersalah wajib dibawa ke muka pengadilan!!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA