networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, May 10, 2015

2 Insiden Pesawat Berlaku Malam Tadi... #MH179 #A400M


Flight Spain AirForce A400M terhempas after take off di sana. 4 org mati & 2 cedera semasa flight ni sdg diuji. Flight ni similar dgn pesawat baru TUDM yg dibuat lintas hormat semasa #LIMA15.



#MH179 berlegar-legar di udara selepas take off tgh mlm td utk penerbangan dari kL - Colombo. After 1 hour, flight return to KLIA. Info lebih daripada tu tak diperolehi tp trending di twitter.

Kedua-dua inside tersebut berlaku pada malam tadi...pesawat MH 179 yang berlegar-legar tu biasanya untuk menghabiskan minyak..ini berlaku bagi mengurangkan risiko daripada bahan api ketika pendaratan kecemasan..

Kami dari blogger harapan esok mengucapkan takziah buat semua mangsa Flight Spain AirForce A400M...

Petikan berta dari Astro Awani

Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila pesawat tentera terhempas pada Sabtu.

"Terdapat sekurang-kurangnya tiga orang mati dan dua cedera parah," kata seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan.

Pesawat Airbus A400M yang membawa di antara lapan hingga 10 orang itu terhempas berhampiran Seville di selatan Sepanyol ketika ujian penerbangan.

"Pesawat itu terhempas di utara satu batu dari Lapangan Terbang Seville di kawasan bukan kediaman. Ia bukan sebuah pesawat komersial," kata jurucakap itu lagi.

Sementara itu, lapangan terbang Seville, selatan Sepanyol yang selalu sibuk telah ditutup operasinya Sabtu selepas nahas, kata pihak berkuasa lapangan terbang (AENA).

"Lapangan Terbang Seville ditutup kepada lalu lintas. Anggota bomba berada di tempat kejadian kemalangan di luar kawasan," kata AENA.

Sumber Penerbangan mengesahkan pesawat itu merupakan satu daripada pesawat baharu tentera Airbus A400M yang dibina di sebuah kilang di Seville.

Pesawat malang itu dirancang diterbangkan ke Turki.

Satu pasukan pakar telah dihantar ke lokasi kemalangan.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA