networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, May 19, 2015

Akibat Zina Bulan Merdeka, Bayi Dibunuh Kejam...


Tindakan seorang ibu membuang anaknya yang telah dikerat -kerat menggundang kecaman masyarakat..Tidak tergambar betapa teruknya mentaliti manusia hari ini..sanggup mengerat anak sendiri sebelum dibuang ke loji kumbahan..ini semua kerana takutkan hukuman dunia...biasa kita dengar orang buang bayi...kali ini kes amat kejam..sudahlah dibunuh..dikerat pula tu...jika dihitung..ini mungkin hasil hubungan haram bulan merdeka tahun lalu...

Binatang pun sayang anak..tak de perasaan sungguh ibu tu sampai sanggup mengerat-ngerat anaknya sendiri yang baru dilahirkan...

Nama sahaja ada akal tapi bebal...jika tidak mahu anak sekali pun pergi sajalah bagi kat orang lain..setidak-tidaknya boleh dijadikan anak angkat...ikuti kupasan berita di bawah!
Penduduk di PPR Kempas Permai gempar dengan penemuan anggota badan bayi yang dibuang dalam loji kumbahan berdekatan kawasan pangsapuri tersebut, kelmarin. 
Rata-rata penghuni mengutuk dan mengecam perbuatan pelaku yang disifatkan terlalu kejam dan zalim. 
Menurut pekerja kilang, Ismail Daud, 47, yang menetap di Blok C pangsapuri tersebut sejak tujuh tahun lalu, dia mengesyaki sesuatu berlaku di loji kumbahan itu ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah kedai berhampiran. 
“Saya tengah minum di gerai kira-kira jam 1 tengah hari apabila nampak polis dan pihak pengurusan ke loji kumbahan tersebut kira-kira 200 meter dari sini. 
“Pada awalnya saya dimaklumkan pam di situ dicuri namun amat terkejut apabila diberitahu mayat bayi yang telah dikerat,” katanya. 
Sementara itu, suri rumah Haslinda Mohd Amir, 38, berkata, dia tidak menyedari kejadian tersebut kerana loji kumbahan merupakan kawasan larangan dan pintu masuk terletak di bahagian belakang perumahan. 
“Seperti biasa saya ambil anak balik sekolah di bawah pangsapuri ini kira-kira jam 12 tengah hari, ketika itu memang ada nampak kehadiran polis, cuma tidak menduga sesuatu yang buruk berlaku. Sebaik suami pulang, dia beritahu penemuan bayi yang 
dikerat, saya amat terkejut dan pilu mengenangkan tindakan pelaku yang cukup kejam,” katanya yang ada dua anak.
Manakala menurut penjual insurans, Khairol Husna Abdul Halim, 36, ini adalah kes kedua pembuangan bayi sepanjang enam tahun dia menetap di situ. 
“Tahun lalu ada bayi dibuang di tong sampah, tetapi kali ini lebih tragis lagi. Saya tidak dapat membayangkan tindakan pelaku ketika mengerat bayi itu. 
“Perbuatan itu amat tidak berperikemanusiaan dan (pelakunya) perlu dihukum setimpal dengan perbuatannya,” katanya. 
PPR Kempas Permai mempunyai 1,288 unit kediaman di empat blok 17 tingkat, dihuni kira-kira 6,000 penduduk.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA