networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, May 18, 2015

Bapa Rogol Anak - Timb. Menteri Wanita Gesa AG Fail Rayuan Serta Merta!


Keputusan Mahkamah Rayuan di Kuching yang membebaskan seorang tertuduh, Bunya Jalon, 60 tahun daripada tuduhan merogol anak sendiri yang ketika itu berusia 15 tahun sehingga melahirkan anak telah mendapat bantahan warga netizen...

Warga netizen mempertikaikan kredibiliti mahkamah apabila ujian DNA membuktikan bahawa tertuduh adalah bapa/datuk kepada bayi tersebut...tertuduh sebelum ini telah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 31 Oktopber 2013...Jalon ketika itu telah disabitkan dengan empat pertuduhan rogol yang mana dijatuhkan hukuman 42 tahun penjara, 11 sebatan dan bayaran RM 40,000 sebagai pampasan kepada mangsa...

Bunya didakwa merogol anaknya pada Mei, Jun, Julai dan Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu..akibat perbuatan terkutuk itu, anaknya melahirkan anak pada 5 Februari 2012 dan ujian DNA mengesahkan Bunya bapa kandung kepada bayi itu...

Warga Netizen mengecam tindakan mahkamah apabila menggugurkan hukuman ke atas Bunya atas alasan dia tidak memasukkan zakar..adakah dengan alasan memasukkan jari yang mengandungi air mani boleh melepaskan seseorang itu daripada disabitkan sebarang pertuduhan?

Antara yang memberi kecaman terhadap keputusan mahkamah rayuan ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun. Beliau melahirkan rasa terkejut atas keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan yang memberi alasan memasukkan jari yang mengandungi air mani sehingga mengandung tidak disabitkan sebagai rogol..

Mei Fun kini mengesa agar Peguam Negara memfailkan rayuan serta-merta, jika ada Seksyen perundangan sebelum ini digunakan untuk mendakwa tertuduh yang boleh dipertikaikan...

"Jika Kanun Keseksaan atau Akta Kanak-kanak sendiri yang didapati tidak lengkap, pemansuhan segera dan pembetulan perlu dilakukan, kita merasakan apa sahaja perbuatan yang melibatkan perbuatan seksual untuk kanak-kanak bawah 16 tahun perlu diklasifikasikan sebagai rogol..tidak kira samada ia memasukkan zakar atau jari" kata Mei Fun.

Mei Fun selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata perkara ini akan dibawa ke Kementerian untuk perbincangan lanjut..

Agak hairan kes ini, bukan kan nak kata air mani masuk ke dalam kemaluan..anak sendiri mengandung dan ujian DNA telah dilakukan itu masih tidak diklasifikasikan sebagai kes rogol..Anwar Ibrahim sendiri pun menggunakan keputusan sample DNA untuk menjatuhkan hukuman.tetapi dalam kes ini mahkamah tidak menggunakan DNA...

Teruskan desakan agar kanak-kanak bawah umur itu diberi pembelaan sewajarnya!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA