networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, May 1, 2015

#GST - Isu top Up Hanya @shaberyc Boleh Jawab. Jelas @NajibRazak


Berikutan percanggahan maklumat tentang harga Top Up selepas pelaksanaan GST 1 April lalu..hari ini Perdana Menteri, DS Najib Razak dalam akaun twitternya menyeru Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agar menjalankan amanah untuk menyelesaikan kemelut harga top up...

Terdahulu, kerajaan berjanji akan menurunkan harga seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 Mei..namun selepas hari ini harga yang dijanjikan untuk turun kekal selepas pelaksanaan GST...

Rakyat keliru kerana Top Up dikenakan GST hanya mengantikan cukai sedia ada SST...namun sebaliknya berlaku apabila syarikat masih mengenakan cas tambahan tetapi menawarkan kredit dan sms tambahan..

Kekeliruan ini mendapat kritikan hebat rakyat apabila kerajaan masih lagi belum berjaya menyelesaikan pada tarikh 1 Mei seperti yang dijanjikan...

Shabery dalam akaun twitternya membalas respon Najib Razak akan menyelesaikan perkara ini dan KKKM perlu mengumumkan sepertimana yang diarahkan Perdana Menteri...sama-sama kita nantikan apa pengumuman seterusnya...

1 comment:

MAT NOR said...

Top up masih ada GST. Saya beli top up online kat 11street.my ada GST tapi saya tak kisah sebab promosi sekarang dapat 10% credit that mean saya dapat credit 1.06 @ RM 1.06 yang saya boleh guna untuk next purchase if beli top RM 10.60 termasuk GST saya perlu bayar hanya RM 9.54. Jika masih ada promosi yang sama saya dapat credit 1.06 @ RM 1.06 untuk 2nd purchase jugak. So consider masih jimat. Singgahlah blog saya jika nak tahu pasal 11street.my

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA