networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, May 14, 2015

Hot!!! Datin Paduka Chew Mei Fun Dedah Faktor Sokongan Masyarakat Cina Kembali Kepada BN...


Pada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh kita dapat menyaksikan bahawa undi masyarakat Cina kini sudah kembali kepada Barisan Nasional..biarpun skala perubahan yang kecil setidak-tidaknya ia merupakan garis ukur MCA masih diterima rakyat...

Semalam, portal rasmi MCA mengeluarkan sebuah artikel berkaitan sokongan MCA kepada BN dalam 2 PRK yang lepas..portal tersebut memetik kenyataan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang memberi 3 faktor aliran trend sokongan masyarakat Cina kembali kepada BN berbanding PRU 13..

Mei Fun berpendapat keretakan hubungan yang dihadapi dalam sekutu Pakatan Rakyat. Kebarangkalian ini ada sebab musababnya apabila kita dapati PAS hanya berjuang bersendirian di Rompin dan PAS menghadapi konflik untuk membantu PKR dalam mempertahankan kerusi nepotisme di Permatang Pauh.,.

Faktor kedua yang didedahkan Mei Cun adalah kebimbangan masyarakat Cina tentang pelaksanaan hukuman hudud...

Dari dahulu lagi PAS sudah berlagak mengatakan mereka mampu mengajar DAP tentang Islam dengan cara pentadbiran...memberi label Guan Eng sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz...inilah padahnya bila agama dijadikan playdoll politik PAS...ada pemimpin DAP dengan lantang berucap dengan menyelitkan ayat suci Al-Quran sambil disahut dengan laungan takbir oleh puak PAS...bila sentuh tang hudud, DAP melenting..ini saja telah diketahui bahawa PAS gagal ajar DAP tentang Islam dan yang terjadinya PAS terpaksa ikut kata DAP...kesian sungguh...

Faktor ketiga ujar Mei Fun ialah "statistik keluar undi yang rendah telah membawa kepada keadaan yang tidak diduga. Sebagai contoh, dalam 99% majoriti Cina aliran mengundi di Sungai Lembu di Permatang Pauh, terdapat aliran masuk 14% undi Cina. Aliran masuk undi juga dicatatkan di kawasan bercampur dengan 900-1400 pengundi Cina. "

Perubahan ini memberi petanda positif bahawa kembalinya sokongan Cina kerana kegagalan Pakatan menjaga kebajikan mereka...isu kemelut yang sedang hangat ketika ini GST dan 1MDB tidak menjejaskan undi Barisan Nasional...berkenaan dengan 1MDB, Mei Fun menjelaskan bahawa MCA berharap akan mendapat penjelasan dari semua syarikat-syarikat berkaitan..ini lebih baik daripada menghukum kerajaan dengan mendesak kerajaan beri jawapan...

1 comment:

Anonymous said...

Ada makna tu...
Kihkihkihkih...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA