networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, May 19, 2015

Insiden Penculikan Sabah : "Sudah Tiba Masanya Kita Dapatkan Bantuan Negara Jiran" -Tiong Lai


Beberapa hari yang lalu, negara kita digemparkan sekali lagi dengan insiden penculikan di Sabah..Insiden ini bukan pertama kali berlaku..pada bulan mac lalu, seorang anggota Polis Marin berpangkat Lans Koperal, Zakia Aleip telah dibebaskan selepas diculik di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai tahun lalu...

Insiden ini ibarat tiada kesudahan apabila kejadian serupa sekali lagi berlaku. Kejadian ini berlaku Khamis malam yang lalu apabila satu kumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyi kaitan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf telah menyerbu sebuah restoran popular di tepi pantai berhampiran Sandakan dan menculik pengurus serta seorang pelanggan..

Dua identiti mangsa yang diculik ialah Pengurus restoran, Thien Nyuk Fun dan pelanggan restoran, Bernand Ghen Ted Fen..kejadian tersebut berlaku pada lingkungan 8 malam, empat lelaki celoreng dengan dua daripada mereka memiliki senjata api tiba-tiba masuk ke restoran dan pergi menculik dengan 2 orang mangsa.


Penetapan ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah belum lagi menjanjikan yang kawasan perairan Sabah tidak langsung dimasuki penculik.,biarpun kawasan ini diawasi ternyata ia belum selamat.

Ini kerana, jajaran bentuk muka bumi ESSCOM yang meliputi 1,400 km yang bermula dari kudat sehingga ke Tawau sangat luas..tujuan ESSCOM diperkenalkan untuk menguatkan lagi kawalan keselamatan maritim di bahagian timur Sabah susulan dengan krisis pencerobohan yang berlaku baru-baru ini dan menghalang sebarang kegiatan pengganas berlaku di perairan Sabah..

Kes ini adalah yang pertama dilapor di Sabah tahun ini dan berlaku ketika perintah berkurung dikuatkuasakan dari senja ke subuh yang meliputi 10 daerah termasuk Sandakan...

Disebabkan hal ini Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru agar pihak keselamatan tempatan dapat memperkukuhkan dan mengkaji semakan prosedur kselematan yang dilaksanakan di kawasan tersebut.

Dalam masa sama negara kita perlu mendapat bantuan dan komitmen dari Negara jiran untuk tindakan yang serupa” ujar Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Setakat ini kerjasama antara negara Malaysia dan Filiphina adalah amat diperlukan bagi mengekang tragedi penculikan ini terus berulang..walaupun bentuk muka bumi Sabah cantik dengan muka buminya yang segar dipersisiran pantai..ianya tidak memberi apa-apa makna jika keselamatan pelancong dalam dan luar negara tidak diberi jaminan selayaknya oleh Malaysia...

Industri perlancongan akan mengalami kemerosotan akibat perkara ini berlaku..agak sukar bagi Malaysia untuk mengekalkan status negara paling selamat dalam kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia jikalau masalah ini terus berlaku...justeru, penglibatan negara jiran perlu dilaksanakan segera sebagaimana saranan Datuk Seri Liow Tiong Lai....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA