networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, May 8, 2015

Keputusan Rasmi #PRKPermatangPauh. Allah SWT Tangguhkan Kemenangan Barisan Nasional!Undi Cina Catat Peningkatan..


Keputusan rasmi sudah diketahui..PKR masih lagi mendominasi Permatang Pauh biarpun ramai cakap-cakap orang mengatakan Wan Azizah seorang yang tamak haloba..

Biarpun sudah memiliki Dun Kajang..dia masih lagi mahu menjadi wakil rakyat permatang pauh...ini semua kerana Anwar Ibrahim..21,943 rakyat yang mengundi BN dan 2 calon bebas terus dijadikan alat permainan politik suami isteri ini...

Lebihan majoriti 8,841 ini telah merestui kemenangan Wan Azizah buat sekelian kalinya..jika tidak Wan Azizah...Anwar Ibrahim..itu sahaja kitaran di Permatang Pauh...

Usaha membantu rakyat susah nak cakap...di Kajang pun masalah menimbun masih lagi mahu tambah tanggungjawab...Permatang Pauh tidak akan berubah..masih ditakuk yang sama..nafas politik Permatang Pauh tidak berubah..pemimpin tidak segar..sekadar calon recycle sahaja...

Calon BN, Suhaimi pada mulanya dilihat mempunyai harapan untuk menang atau setidak-tidaknya merapatkan majoriti..ternyata sasarannya berjaya untuk menurunkan majoriti sebanyak 809 iaitu -8.3% berbanding PRU 13...

Sokongan BN bertambah dengan peningkatan sebanyak 507 iaitu pertambahan 2.42% berbanding PRU13...bagaimana pengiraan dibuat?bawah ini jawapannya :

Majoriti Yang DiPerolehi PKR Merosot 8.3% Berbanding PRU13, prestasi BN meningkat 2.42%.  Buktinya :

PRU13
BN: 25,369
PKR: 37,090
Maj: 11,721

PRK 2015
BN: 21,428
PKR: 30,285
Maj: 8,857

BEZA
BN: -3,941
PKR: -6,805
Maj: -2,864

JUMLAH KELUAR MENGUNDI PRU13
88.52% = 11,721 Maj
1% = 132.41 Maj

Sekiranya % sokongan PKR kekal sama seperti PRU13, PKR akan mendapat:

PERATUS KELUAR MENGUNDI 2015
73% = 9,666 Maj
Maj PKR 2015 = 8,857
PKR kehilangan 809 (-8.3%) 

Sekiranya % sokongan BN kekal sama seperti PRU13, BN akan mendapat

73% = 20,921
Undi sebenar =21,428
Undi BN Bertambah = +507 (+2.42%)

BN bertambah undi 507 (+2.42%)

Dalam pengumuman keputusan ini, masyarakat Cina sekali lagi menafikan tsunami cina..gelombang 'Cina Is Back' dibawa dari Rompin ke Permatang Pauh...biarpun pertambahan ini tidak banyak setidak-tidaknya sudah ada perubahan yang cuba dilakukan MCA untuk mengembalikan sokongan Cina kepada BN...

Misalnya, di PDM Sg Lembu yang terdapat seramai 525 pengundi Cina daripada jumlah keseluruhan pengundi seramai 533 pengundi di PDM ini..pada PRU 13 BN mendapat 78 (16.5%) berbanding Pakatan 393 (83.3%)...PRK semalam jelas menunjukkan penguasaan Pakatan merosot...BN mencatatkan jumlah 123 (30.1%) berbanding PR  282 (69.1%)..

PDM Kg Cross Street 2 yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 75.8% pun mencatatkan peningkatan sokongan kepada BN...

Biarpun sedikit...perubahan itu sudah nampak...jika momentum ini dapat ditingkatkan..insya'allah peratusan pengundi Cina akan terus meningkat...akhirnya BN akan kekal relevan...cumanya pemimpin-pemimpin BN kena kurangkan bercakap bernada sensitif yang mana dirisaui akan dimanipulasi oleh media pembangkang...

Kejutan pada 2 PRK ini menunjukkan bahawa biarpun media seringkali memomokkan ketidak relevan pelaksanaan GST namun dari segi sokongan ianya tidak memberi kesan besar daripada fator pengundi...apa yang BN perlu laksanakan selepas ini buktikan kepada rakyat yang pendapatan GST akan dikembalikan semula kepada rakyat...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA