networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, May 2, 2015

@KhaledNordin Tubuh Sukarelawan Darul Takzim Ajak Anak Johor Pupuk Semangat Kesukarelwan!


Bila saya menubuhkan Yayasan Sukarelawan Siswa semasa di Kementerian Pengajian Tinggi dahulu, Saya teruja dengan cerita-cerita luar biasa, individu kecil yang tidak punya nama besar tetapi mengubah kehidupan orang lain dengan cara sangat luar biasa.Maka kerana itu, saya mahu semangat memberi itu disuburkan, dijadikan budaya, dicontohi.

Dan bila saya di Johor, memimpin masyarakat dan Negeri ini, maka kita ilhamkan Sukarelawan Darul Ta’zim.  Bukan sekadar kerana saya ingin lebih ramai jadi sukarelawan,  tetapi kerana sebenarnya masih terlalu ramai di luar sana yang memerlukan kita.  

Ia adalah usaha kita dalam transfromasi sosial. Ikhtiar kita  agar golongan muda, keluar dari kepompong keselesaan kalian.  Bersungguhlah kita dalam menghulur semangat kesukarelawan ini, melakukan kerja-kerja kebajikan, mendengar rintihan dan keluhan, mendampingi mereka yang serba kekurangan.  

Kita mahu kesukarelawan ini menjadi sesuatu yang besar dan dibudayakan di Johor. Bukan sekadar sesuatu yang dilakukan secara semberono dan bermusim.  Biar ia menjadi gaya hidup anak-anak muda kita.  Biar ia menjadi tren golongan muda Johor yang moden.  Biar memberi, berbudi dan senantiasa menolong itu diterima sebagai ‘cool’. 

Saya harap suatu hari nanti, Sukarelawan Darul Ta’zim atau SDT pula yang akan menjadi nama besar yang disebut-sebut. Menjadi identiti, contoh dan kebanggaan Johor. Menjadi hadiah Johor untuk gerakan kemanusiaan.  Ini impian saya, bahawa suatu hari nanti, SDT akan bergerak seiring dengan Mercy Malaysia, Oxfam, USAids, Doctors Without Border, Qatar Charity atau Hizdmet Turkey.  Menaburluas bakti bukan hanya di Johor, tetapi di merata pelusuk planet bumi ini. - KhaledNordin

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA