networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, May 20, 2015

Liow Tiong Lai Bukan Menteri Cap Ayam! Cepat Tangkis Serangan Terhadap KLIA2!


Mudah saja jadi pembangkang, kerjanya hanya cari saja isu untuk dimanipulasi...nak berusaha membantu rakyat jauh sekali..baru-baru ini Lapangan Terbang Tambang Murah KLIA 2 pula jadi mangsa tohmahan sesat pakatan..

Pemimpin pakatan mendakwa kerajaan sengaja menaikkan kos pembinaan daripada RM 1.7 billion kepada RM 4 billion..tak lain hanya nak create persepsi lebihan kos pembinaan KLIA2 tu disonglap oleh Barisan Nasional..itu sahaja mereka mampu buat...

Syabas diucapkan kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang cepat-cepat menutup isu kos pembinaan KLIA 2 meningkat sebelum fitnah menjadi kepercayaan rakyat...

Putrajaya telah menafikan tuduhan tersebut, KLIA 2 tidak mengalami sebarang lebihan kos walaupun kos melambung tinggi daripada RM 1.7 billion kepada RM 4.00 bilion...

Menurut Tiong Lai, peningkatan kos itu disebabkan konsep reka bentuk baru bagi lapangan terbang itu, yang dibuka Mei tahun lepas...

"Sebenarnya, projek klia2 tidak pernah alami lebihan kos. Kos projek meningkat kerana skop tambahan dengan adanya konsep reka bentuk baru untuk klia2, atau keperluan khusus pihak berkepentingan, seperti syarikat penerbangan dan kerajaan," katanya.

Jawapan tersebut telah dihantar secara bertulis kepada Ariff Sabri, DAP Raub..hampa pemimpin pakatan ni bila persepsi yang pada mulanya hendak disebarkan bagi memburukkan Barisan Nasional tidak berjaya...

Pemimpin macam Tiong Lai inilah rakyat mahu..cepat menjawab sebarang pertikaian dibawah portfolionya...jangan jadi menteri cap ayam..isu portfolio banyak..tapi senyap sahaja..bila sebar tentang peletakan jawatan cepat pula respon..syabas Datuk Seri Liow Tiong Lai!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA