networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, May 8, 2015

MB Johor - DS @KhaledNordin Gesa Kastam Kecualikan GST Ke Atas Perkhidmatan Kerajaan Negeri & PBT!!!


Menteri Besar Johor, DS Kaled Nordin menyeru Kastam Diraja Malaysia kaji titah Sultan Johor tentang GST dikenakan dalam urusan kerajaan negeri dan PBT...Dalam satu kenyataan bertajuk 'Kastam Perlu Kaji Titah Sultan Johor', Khaled berkata :
"Saya berharap Kastam Diraja Malaysia sebagai agensi pelaksana, mengkaji titah Sultan Johor yang meminta kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya tidak mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) terhadap perkhidmatan yang diberi kepada rakyat. 
Ada kewajaran dan memang patut dilihat berkenaan titah Sultan Johor . Kerajaan negeri juga ada berbincang beberapa kali mengenai soal itu. kerajaan negeri dan PBT bukan agensi yang menjalankan perniagaan sebaliknya menyediakan perkhidmatan kepada rakyat."
Dalam perkembangan yang sama, penyokong pembangkang telah memanipulasi kenyataan asal Sultan Johor yang mendakwa baginda menidakkan pelaksanaan GST di negara ini demi kepentingan kerajaan dan rakyat...bawah ini saya share text asal titah Sultan Johor tentang GST :
BARU-BARU INI, KERAJAN PERSEKUTUAN TELAH MULA MELAKSANAKAN SATU SISTEM PERCUKAIAN YANG BAHARU, IAITU “G.S.T”. SAYA PERCAYA, KAJIAN YANG MENDALAM TELAH DIBUAT SEBELUM PERKARA INI DILULUSKAN DEMI KEPENTINGAN KERAJAAN DAN RAKYAT. 
NAMUN BEGITU, DASAR PERLAKSANAANNYA HARUSLAH SENTIASA DITELITI DAN DIKAJI MENGIKUT KESESUAIAN KEADAAN. SAYA DIMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN JUGA TURUT DIARAH MENGENAKAN G.S.T. TERHADAP PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN. 
PERKARA INI ADALAH TIDAK MASUK AKAL KERANA PERKHIDMATAN KERAJAAN ADALAH TANGGUNGJAWAB ASAS KEPADA RAKYAT, DAN TIDAK WAJAR UNTUK DITAMBAH LAGI DENGAN BEBAN BAYARAN G.S.T. OLEH RAKYAT.
OLEH ITU, SAYA MINTA KERAJAAN NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN SUPAYA TIDAK MENGENAKAN G.S.T. TERHADAP PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN KEPADA RAKYAT, DAN MEMINTA PENGECUALIAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN.
Jangan mempolitikkan kenyataan Sultan Johor...teguran Baginda ada asas yang kukuh hanya meliputi perkhidmatan kerajaan negeri dan PBT sahaja..

4 comments:

Anonymous said...

Wahai MB, merujuk kepada buku panduan harga pengguna zon selatan yg dikeluarkan kerajaan muka surat 3 ada menyatakan 'perkhidmatan kerajaan tidak dikenakan GST'. Pada pendapat Saya ini juga terpakai pada PBT.

Anonymous said...

Merujuk kepada buku panduan harga pengguna zon selatan, ms 3 ada menyatakan 'perkhidmatan jabatan kerajaan tidak dikenakan GST.' Dan pada pendapat saya ayat ini juga terpakai pada PBT.

Anonymous said...

Banyak lagi benda yg tak kena GST ada tertulis dlm buku tu. Kalau individu boleh terlepas lah. Tapi kalau berkaitan komersial kena jugak. Sebab tu end product sume harga naik. Pasai nak cover GST lah.

Anonymous said...

MB Johor hanya lah seekor PARROT

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA