networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, May 2, 2015

Menarik #PRKRompin !!!Generasi Baru FELDA Ditawarkan Rumah Berharga RM 90,000!


Susulan mengetahui keresahan generasi baharu FELDA untuk memiliki rumah, hari ini Perdana Menteri, DS Najib Razak mengumumkan harga rumah Perumahan Generasi Baru FELDA serendah RM 90,000..

Sebelum ini, saya ada menulis tentang PGBF yang mana telah menjadi bola tanggung pembangkang untuk menghasut generasi baru Felda membenci institusi itu di SINI...Rompin yang mempunyai ramai warga seharusnya menyatakan sekongan padu kepada calon Parlimen Rompin, Datuk Hasan Ariffin untuk memastikan kesejahteraan hidup masyarakat FELDA di FELDA....


Perdana Menteri akan mengarahkan Pengarah besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada untuk mengkaji semula harga yang bakal ditawarkan untuk generasi baru FELDA dengan pembelian secara jual-beli..FELDA menawarkan rumah ini dengan harga kos tanpa mengambil keuntungan semata-mata mahu memastikan generasi baru mampu memiliki rumah...

Ini menunjukkan betapa kerajaan Barisan Nasional peka dan mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA untuk generasi baru..Menariknya di sini, FELDA menawarkan sewaan selama 5 tahun yang mana jika penghuni mampu membayar secara konsisten sepanjang tempoh 5 tahun ini, ianya akan terus menjadi milik penghuni dengan terus membeli termasuk harga yang telah dibayar melalui sewaan selama tempoh 5 tahun...

Carilah dimana-mana pemaju perumahan dan pihak bank yang mampu menawarkan sistem ini..jawapannya tidak ada..hanya generasi FELDA sahaja yang mendapat keistimewaan ini..

Setakat ini kerajaan telah membina 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit...

Ini semua dilakukan kerajaan bagi meringankan beban generasi baru FELDA yang sukar mendapat pembiayaan untuk membeli rumah tersebut...beruntung benar jadi warga FELDA...banyak keistimewaan yang telah ditawarkan kepada golongan ini...itu sebablah generasi FELDA dari dahulu lagi menyokong kerajaan kerana nasib mereka dibela dengan baik oleh pihak kerajaan...

Kerajaan akan terus membina perumahan untuk generasi baru FELDA di tanah-tanah rancangan milik FELDA...bayangkan dengan harga RM 90,000 generasi baru FELDA mampu memiliki rumah seluas 1,000 sqft...jika diluar, dengan keluasan rumah 1000 sqft, harganya tak lari RM 150,000-RM 190,000...

Jesteru itu, sebagai warga FELDA adalah diharapkan untuk terus menyokong dasar-dasar kerajaan bagi kesejahteraan hidup mereka...nak harapkan bantuan PAS, mereka sendiri tidak memiliki track record yang baik..Ladang Rakyat yang ditawarkan oleh mereka terlalu pro kepada penyokong PAS sahaja..anda boleh rujuk grafik dibawah untuk membandingkan FELDA dan Ladang Rakyat Pembangkang...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA