networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, May 24, 2015

Pemimpin Kena Jumpa Rakyat Tanya Masalah, Jangan Harapkan Rakyat Cari Pemimpin...


Sekarang ini bila sebut sahaja nak jadi pemimpin, berebut-rebut orang hendak jadi..kerana mahukan kuasa tapi jika dicari pemimpin yang melaksanakan amanah dengan baik hanya beberapa kerat sahaja...

Menyahut seruan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pemimpin BN perlu mengetahui keluh resah rakyat..merasai denyut nadi rakyat..Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Harun Narrashid mempunyai cara tersendiri untuk mendekati rakyat..

Setiap kali tiada urusan diluar Parlimen, Datuk Ehsan akan duduk di kawasan untuk menjalankan aktiviti ziarah mesra mendekati rakyat...orang Kota Tinggi sudah masak dengan sikap ahli parlimen mereka...rata-rata melabelkan Datuk Ehsanuddin ini sebagai pemimpin mesra rakyat..sehinggakan program bersama rakyat pun mesti ada perkataan Mesra..umpanya Mesra Kota Tinggi...

Baru-baru ini, Datuk Ehsanuddin telah menjengguk rakyatnya di kawasan Tanjung Sedili. Program yang dinamakan "Sembang Santai" ini telah dihadiri sekitar 100 orang..program ini tidak memerlukan kos yang banyak..cukup sekadar belanja rakyat kuih 3-4 biji dan teh tarik...rakyat bukannya mahukan makanan yang mewah..apa yang rakyat mahukan ialah pemimpin bersama dengan mereka..mendengar masalah mereka seterusnya menyelesaikan masalah...

Program tersebut telah dianjurkan oleh JKKK Tanjung Sedili, UMNO Cawangan Tanjung Sedili dan Pusat Khidmat Kota Tinggi...apa yang disampaikan oleh Datuk Ehsan ialah berkaitan informasi dan hal semasa negara...Datuk Ehsan telah menyampaikan maklumat tentang GST dan menyeru rakyat Kota Tinggi untuk terlibat dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar, PIPC dan RAPID Pengerang...

Beliau berharap agar rakyat tidak ketinggalan dengan kepesatan pembangunan di daerah ini dan mengambilnya sebagai peluang kerjaya bagi generasi muda...ini bukan program pertama, sebelum ini banyak kawasan di sekitar Kota Tinggi telah beliau lawati bagi mendekati masyarakat setempat...

Gayanya yang santai dan mesra rakyat membuatkan masyarakat Kota Tinggi merasa selesa dengan beliau..jika semua pemimpin Barisan Nasional seperti ini, insya'allah kita akan menang besar...cara pendekatan BN tidak seperti pembangkang..datang lawat rakyat tabur kebencian kepada BN...itu saja tujuan pembangkang...

Bawah ini saya share beberapa keping gambar sepanjang lawatan Datuk Ehsan di Tg Sedili...








No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA